|
||
|
||
|
Apakah jenis maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh eMas Sabah? Kami merancang untuk mewujudkan satu hompej yang senang digunakan, dan memberi maklumat yang terkini dan relevan. Sebagai permulaan, kami akan menekankan beberapa perkara: Di sini, orang ramai boleh mengemukakan soalan mengenai masallah-masalah seperti perundangan, kesihatan, kebajikan, hak pengguna dan lain-lain. Semua soalan akan dijawab oleh badan dan pertubuhan yang berkenaan. Soalan dan jawapan akan dimuatkan di dalam hompej. FAQs (soalan yang sering ditanya) dan maklumat relevan mengenai komuniti akan dimuatkan di dalam kategori ini. Sebagai tambahan kepada eMas Consult, direktori untuk semua Pertubuhan Bukan Kerajaan di seluruh Sabah akan disediakan. Direktori ini memuatkan alamat, nombor telefon dan faks ( alamat emel dan pautan kepada laman web, jika ada) untuk kemudahan mereka yang ingin berhubung terus dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan tertentu. Pertubuhan Bukan Kerajaan dan mana-mana pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan boleh memuatkan hompej masing-masing di eMas Sabah secara percuma. Kami berharap untuk mempupuk satu komuniti elektronik di setiap daerah di Sabah. Emas akan dimulakan di daerah Keningau dimana eMas Sabah akan dilancarkan. Maklumat mengenai setiap daerah akan dimuatkan dengan peta lokasi, sejarah, jumlah penduduk, budaya, tempat-tempat menarik direktori kelab dan pertubuhan tempatan, pengumuman, tokoh tempatan dan lain-lain. Kategori ini dimuatkan dengan semua laman web yang berkaitan dengan Sabah. Kategori kecil mengandungi maklumat am seperti Kalendar, Kerajaan, Pendidikan, Pelancongan, Sukan dan Rekreasi, Seni dan Kebudayaan, Pembangunan Masyarakat dan Ekonomi, Kelab dan Persatuan, Perpustakaan, Kesihatan, Cuaca dan lain-lain. Orang ramai juga boleh menghantar URL atau alamat mana-mana laman web Sabah yang mereka rasa harus dimuatkan. Kategori lain termasuklah: Kalendar untuk acara tahunan (Perayaan, Cuti dll), kalendar harian (seminar/mesyuarat/latihan dll), kempen, Minggu Kebajikan, Minggu Perpustakaan, Minggu Wargatua dan seterusnya. Orang ramai boleh memuatkan pengumuman seperti Jualan Kereta Terpakai, Binatang Peliharaan, Mencari Kawan lama dll. Pengenalan kepada Sabah, peta dan lokasi, sejarah, penduduk dan jumlah penduduk, kebudayaan, kraftangan dll. Baru Pengumuman mengenai hompej, laman web, maklumat dan pautan eMas yang baru. Pengguna boleh mencari maklumat di seluruh hompej
menggunakan Enjin Carian dari Sabah Net. |
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -