Ada kala perbezaan, pertentangan pendapat
dan pertengkaran tidak dapat dielakkan. Ia boleh mencipta konflik antara suami
isteri yang mungkin berlarut-larutan. Biasanya, apabila bertengkar, kita akan
menuduh pasangan kita bertanggungjawab menyebabkan pertengkaran itu. Kita percaya
kita tidak bersalah dan tidak menjadi punca apa yang berlaku.
Dalam keadaan itu, bahasa yang digunakan
ialah bahasa menyalahkan orang lain. Bahasa itu juga disebut sebagai bahasa
'menuduh' atau bahasa 'awak'.
"Ini semua salah awak."
"Kalau awak ada di rumah, masalah
ini takkan timbul."
"Cuba kalau dari dulu awak mahu dengar
pendapat saya, kan baik?"
"Apa salahnya awak datang sendiri?"
Kata-kata seperti itu, menunjukkan bahawa
orang yang bercakap itu tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku sehingga
menyebabkan mereka bertengkar. Dia yakin dia tidak sedikit pun menyumbang kepada
pertengkaran itu. Sebaliknya orang lainlah yang menyebabkan bertengkaran itu.
Kerap kali, dalam pertengkaran, masing-masing
tidak mahu bertanggungjawab. Kesannya, mereka saling tuduh menuduh . Selagi
masing- masing mendakwa dirinya tidak bertanggungja- wab, selagi itu konflik
yang ditimbulkan oleh pertengkaran itu tidak akan berakhir. Barangkali mereka
sudah berhenti bertengkar, tetapi itu bukan bermakna konflik itu ikut tamat
di situ Konflik itu mungkin masih berlarutan walaupun ia tidak diucapkan. Kedua-dua
belah terus berkonflik dalam hati. masing-masing.
Untuk bertengkar dengan cara selamat, perkara
paling penting ialah ubah sikap yang tidak mahu bertanggungjawab. Apabila kedua-dua
belah pihak mahu mengaku bahawa masing-masing turut bersalah sehingga tercetusnya
pertengkaran itu, barulah konflik ada harapan diselesaikan.
Kalau kita asyik dipersalahkan, memanglah
sukar bagi kita hendak bersikap bertanggungjawab dan mengaku bahawa kita turut
menyumbang kepada pertengkaran itu. Biasanya kita akan bersikap defensif, iaitu
membela diri Cara yang paling senang untuk membela diri kita ialah menyalahkan
pasangan kita sendiri. Kesannya, pertengkaran itu bertumpu kepada dialog saling
salah-menyalahan.
Kedua-dua pihak menggunakan gaya bahasa
menyalahkan orang lain. Mereka menggunakan bahasa 'awak' iaitu bahasa menuduh.
Isteri: "Awak sengaja menyakitkan
hati saya."
Suami: "Awak yang kata saya sengaja
sakit hati awak. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak."
Isteri: "Awak tahu saya memang takkan
setuju, tapi kenapa awak buat juga?"
Suami: "Mana saya tahu awak tak setuju.
Awak tak pernah cakap."
Isteri: "Awak sengaja tak mahu ambil
tahu perasaan saya."
suami: "Kalau awak tak cakap, mana
saya tahu?"
Begitulah contoh dialog defensif, itu dialog
yang suami dan isteri saling tuduh-menuduh demi membela diri. Masing-masing
tidak mahu mengaku bahawa dia turut bersalah menyebabkan pertengkaran itu. Selagi
mereka tidak mahu menukar sikap tidak mabu bertanggungjawab, selagi itu mereka
akan terus bertengkar.
Untuk bertengkar dengan selamat langkah
pertama dan langkah paling penting ialah sekurang-kurangnya satu pihak mesti
sanggup mengubah sikap tidak mahu bertanggungjawab. Jadi ambilah inisiatif memulakannya.
Walaupun kita dipersalahkan, jangan kita jawab cara membalas tuduhan dengan
tuduhan juga. Ini memang susah, tetapi kita boleh mengawal mulut kita sentdiri.
Apabila salah seorang menunjukkan sikap
positif ia menghasilkan dua kesan baik. Pertama, ia dapat mencegah pertengkaran
itu daripada bertambah buruk. Kedua, sikap positif itu mungkin ditiru pihak
satu lagi.
Dalam dialog berikut, suami tidak menggunakan
bahasa menyalahkan orang lain. Dia menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan
mengakui bahawa dia turut menyebabkan pertengkaran itu.
Isteri: "Awak sengaja menyakitkan
hati saya."
Suami: "Saya tahu hati awak sakit
kerana apa yang saya.buat." Isteri: "Awak tahu saya memang takkan
setuju, tapi kenapa awak buat juga?"
suami: "Saya mengaku saya buat perkara
itu walaupun awak tak setuju. Tapi saya ada alasan sendiri."
Dalam sebarang pertengkaran rumahtangga,
tiada pihak yang
tjdak bersalah menyebabkan pertengkaran
itu. Kalau tidak banyak, sedikit rnasing-masing tentu turut bersalah. Ada banyak
cara kita boleh menunjukkan bahawa kita mahu bertanggungiawab dalam pertengkaran
itu.
" Saya tahu, saya pun salah juga.
" Saya minta maaf. Itu salah saya."
"Saya mengaku, tadi saya terlalu ikutkan
perasaan."
Langkah kedua agar bertengkar dengan selamat
ialah berhenti bercakap mengenai perbezaan-perbezaan. Pertengkaran memang datang
daripada perbezaan. Tetapi, walaupun suami isteri mempunyai perbezaan, mereka
juga mempunyai banyak persamaan. Perbuatan suka membesar-besarkan perbezaan,
tidak boleh tidak, akan mencetuskan pertentangan pendapat, perbalahan dan konflik.
Ramai suami isteri suka menumpukan perhatian
mereka kepada sifat-sifat yang berbeza antara diri mereka dengan pasangan. Kedua-dua
pihak menumpu kepada perkara mereka berbeza, bukan perkara mereka serupa.
Sikap suka memberi tumpuan kepada perbezaan
datang daripada sikap yang suka berfikir secara negatif dan kritis. Gaya pemikiran
negatif dan kritis datang daripada cara berfikir yang diajar di sekolah. Guru-guru
suka mencari salah murid dengan tujuan supaya murid akan membetulkan kesalahannya.
Walaupun sekolah suka cara berfikir begitu, di luar sekolah ia boleh menyebabkan
banyak masalah. Cara berfikir yang begitu, sudah tentu menghasilkan sikap suka
mencari kesalahan, kekurangan, kelemahan dan cacat-cela orang lain.
Dialog pertengkaran berikut ialah contoh
suami dan isteri asyik menegaskan perbezaan-perbezaan antara mereka berdua.
Mereka lupa bahawa mereka juga ada banyak persamaan.
Isteri: "Saya dah kata, cat itu tak
cantik, tapi awak kata cantik. Awak degil, tak mahu dengar pendapat orang lain.
Awak fikir pendapat awak saja betul."
Suami: "Itu mata awak yang kata cat
ini tak cantik. Mata saya kata cantik."
Isteri: "Awak tak boleh fikir mata
awak saja. Orang lain pun ada mata juga. Mana ada orang lain cat kereta warna
macam warna dangdut! Saya nak naik pun, rasa malu."
Suami: "Awak malu. Saya tak malu.
Awak tak mahu naik, awak beli kereta sendiri. Ini kereta saya. Suka hati sayalah."
Isteri: "Mentang-mentanglah awak ada
kereta, saya tak ada kereta. Daripada malu, baik saya naik bas saja."
Ramai wanita memang mencari-cari apa yang
berbeza antara diri mereka dan suami mereka. Kemudian mereka memberi tumpuan
kepada perbezaan itu. Semakin hari senarai perbezaan yang mereka berjaya kumpulkan
itu semakin panjang. Kemudian mereka yakin perbezaan-perbezaan itulah yang menjadi
punca masalah. Lalu mereka berusaha cuba mengubah suami mereka supaya mereka
tidak berbeza lagi. Ramai isteri berusaha supaya suami mereka berfikir dan berkelakuan
seperti mereka sendiri kerana yakin apabila fikiran dan kelakuan suami dan isteri
serupa, barulah tidak timbul lagi sebarang pertentangan pendapat.
Usaha mengubah diri orang lain supaya serupa
dengan diri kita, adalah usaha yang sia-sia. Pertama, manusia tidak suka menjadi
seperti diri orang lain. Manusia cuma mahu menjadi dirinya sendiri.
Kedua, perbezaan bukanlah punca pergaduhan
dan konflik rumahtangga. Faktor utama yang menjadi punca konflik itu ialah sikap
kita terhadap perbezaan. Suami dan isteri mesti mengubah sikap mereka terhadap
perbezaan-perbezaan yang ada antara mereka berdua. Barulah perbezaan tidak menjadi
ancaman kepada cinta, kasih sayang dan keintiman suami isteri.
Caranya ialah dengan menegaskan persamaan-persamaan
yang ada antara mereka, meskipun pada masa sedang bertengkar.
Isteri: "Saya tak suka, saya tak sukalah."
Suami: "Tak apalah kalau awak tak
suka yang ini, walaupun saya suka. Mari kita cari yang lain, yang saya suka,
dan awak pun suka."
Langkah ketiga agar bertengkar dengan selamat
ialah berhenti mencari siapa yang menjadi punca pertengkaran, sebaliknya mula
mencadangkan cara-cara penyelesaiannya.
Isteri: "Saya tak puas hati betul
dengan apa yang terjadi."
Suami: "Nampaknya kita tak habis-habis
bergaduh kerana perkara yang sama. Awak tak puas hati, saya pun tak puas hati.
Mari kita cari penyelesaian yang kita sama-sama puas hati. Apa cadangan awak?"
Biasanya, apabila sedang bertengkar, masing-masing
pihak sibuk saling salah-menyalahkan satu sama lain. Perbuatan itu tidak berguna
kalau apa yang kita mahu ialah penyelesaian. Ia hanya memburukkan lagi pertengkaran
yang sedang berlaku.
JELITA, JANUARI
1998, M/S 106-107