MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Nasihat menu
nasihat_icon.jpg (2094 bytes) |   Pengenalan   |  Artikel-Artikel FAQ  |  Talian Telefon Penting  |  Maklumat Awam   |  Borang Nasihat   | 
Artikel-artikel Nasihat

ARTIKEL-ARTIKEL


Pengenalan

Persendirian

Keibubapaan

Kesihatan

Kewangan

Pertanian

Perundangan

Remaja

Teknologi

Wanita

Tip Keselamatan

 

 

 

ELAK DIRI DARIPADA DIPECAT

 

Diminta menghadap pihak atasan memang mendebarkan. Jika ia berkaitan dengan kenaikan pangkat, tentu sahaja anda dapat menarik nafas lega tetapi bagaimana pula jika sebaliknya ? Paling membimbangkan jika ia adalah atas tujuan pemecatan.

 

Sebagai pekerja yang bergantung hidup dengan pendapatan yang diberi, kata-kata Anda ditamatkan perkhidmatan ataupun You-re fired sebaiknya cuba dihindari. Namun anda tidak perlu terlalu gentar kerana syarikat tidak akan memecat anda tanpa alasan yang remeh temeh. Oleh itu, ikuti tip di bawah untuk mengelakkan anda daripada dipecat.

 

1.      Menggunakan Internet.

 

Suka menyertai laman borak di internet, mengirim e-mel yang tiada kaitan dengan kerja ataupun muat turun lagu mahupun video sebagai koleksi peribadi? Jika ya, berhati-hatilah. Ini kerana kebanyakkan syarikat sudah mempraktikkan pengawasan penggunaan internet di kalangan kakitangannya. Jika ada pekerja yang melakukan perkara ini dan kemudiannya diketahui oleh pihak atasan, ia antara alasan anda mungkin dipecat. Jika dikatikan dengan hak asasi, pengawasan yang dilakukan sudah dianggap melanggar hak peribadi. Namun jika dilihat dari sudut penyalahgunaan kemudahan syarikat, yang sudah tentunya menjadi milik syarikat, anda mungkin akan dipersalahkan. Apatah lagi, masih belum wujud lagi peraturan yang jelas mengenai pengawasan akses internet dan kebiasaannya ia bergantung kepada budi-bicara majikan.

 

Lebih baik jika anda mengelakkan daripada menggunakan internet pejabat untuk mengirimkan mesej yang bersifat peribadi. Malah ditakuti jika hal-hal terlarang seperti dokumen peribadi diketahui pihak lain. Oleh itu, gunakan kemudahan komputerpejabat untuk hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan. Untuk urusan lain seperti melayari internet atau membayar bil secara on-line, gunakan sahaja komputer anda di rumah.

 

2.      Menulis Blog.

 

Menulis cerita atau berkongsi pengalaman di blog peribadi memang mengasyikkan. Namun elakkan daripada memperkatakan ketidakpuasan anda terhadap syarikat. Lebih-lebih lagi cerita yang dihantar mengenai pihak atasa, pengurusan syarikat ataupun para pelanggan yang berurusan dengan syarikat. Lebih berbahaya jika tulisan anda begitu tepat, musalnya nama ketua anda.

 

Bayangkan jika blog anda tanpa sengaja dibuka dan dibaca oleh pihak atasan. Meskipun tulisan anda bersifat peribadi, syarikat mungkin menganggap sebagai hal sensitif kerana imej syarikat boleh tercalar akibat tulisan anda.

 

Sebaik-baiknya segala luahan anda diketahui oleh anda dan rakan-rakan yang boleh dipercayai sahaja tanpa perlu dimasukkan di dalam internet. Sekali sahaja anda posting di blog, secara automatiknya diketahui oleh mereka yang membuka blog anda.

 

3.      Tepat pada masanya.

 

Waktu bekerja bagi setiap syarikat adalah berbeza-beza. Ada yang menentukan sistem sembilan hingga lima, namun ada juga yang mewajibkan kakitangannya masuk jam lapan pagi malah ada yang tidak begitu berkira dengan waktu bekerja asalkan kerja mereka dapat dipersiapkan tepat pada masanya.

 

Namun sebagai pekerja, anda wajib mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Meskipun tidak ada kerja yang harus dilakukan, tidak bererti anda boleh datang ke pejabat sesuka hati kerana pihak atasan akan tetap memantau anda. Jika anda ada urusan yang perlu dilakukan, minta izin ketua anda. Jika anda datang tepat ke pejabat, anda tidak akan berhadapan dengan risiko dipecat. Setidak-tidaknya anda tidak mempunyai masalah disiplin terutamanya dari segi rekod kedatangan dan tentulah pihak atasan akan berfikir dua kali sebelum memberhentikan anda.

 

4.      Patuhi ketetapan.

 

Adakalanya kita akan melengah-lengahkn pekerjaan dengan pelbagai pekerjaan dengan pelbagai alasan. Bagi anda, anda bukan robot dan tentulah memerlukan masa untuk bersenang-lenang sebentar. Bukan tidak boleh tetapi jangan sampai rasa malas membuatkan anda terlanggar waktu yang telah ditetapkan.

 

Sebagai pekerja professional, anda memang dituntut untuk memberi yang terbaik kepada syarikat. Jika pihak atasan memnita anda menyerahkan tugas pada hari Rabu, berikan yang terbaik sesuai dengan jadual. Jika ada pembetulan yang disedari, biarkan dahulu. Yang penting anda sudah berusaha menyiapkan sebaik mungkin.

 

Mengelak daripada dipecat sebenarnya tidaklah sukar. Asalkan anda tidak memberi ruang kepada pihak atasan untuk mencari alasan memecat anda, jawatan anda akan tetap terjamin.

 Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1287, 18-24 Julai 2008, m/s:82, oleh : Nor Amiza Abd Kadir.

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -