-
Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah,
sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada
orang lain.
-
Terimalah hakikat bahawa lebih banyak
perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan
anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan
berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
-
Jangan fikir anda harus menunjuk kepada
orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi
hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
-
Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk
menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap
adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
-
Jangan fikir anda mengetahui benar apa
yang terbaik untuk orang lain.
-
Terimalah hakikat sementara anda boleh
terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka
melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran
ke atas kedua-dua pihak.
-
Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat
mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap
anda.
-
Terimalah hakikat bahawa manusia berhak
kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda
mendapat hak yang sama itu.
-
Jangan fikirkan mengenai semua perkara
buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
-
Terimalah keadaan bahawa setiap orang
mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
-
Bersimpati terhadap orang lain akan
membantu anda bersifat lebih sabar.
-
Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak
menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
-
Terimalah hakikat kadangkala diri kita
yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
-
Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa
yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
-
Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan
jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda
dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan
anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.