Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda
tanpa mengenakan tali leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya
yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis
formal seperti mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas
atau tidak mahir mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya.
Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, MW menampilkan pelbagai
info untuk diikuti berkenaan tali leher.
Pemakaian tali leher yang betul.
-
· Pastikan
tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai
contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian
yang sama tekstur dengannya.
-
· Seeloknya
pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
-
· Pastikan
simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan
juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu
kecil.
-
· Periksa
semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula
sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
-
· Biasakan
memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.
-
· Elakkan
memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna terang.
-
· Anda
tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan
betul-betul perlu sahaja.
-
· Untuk
gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama
dengan sut yang anda pakai.
Kenali aksesori tali leher.
1.
Klip tali leher – aksesori jenis ini
boleh diklipkan secara horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di
pasaran, terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama
ada bentuk, warna dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda
untuk memilihnya agar kena dengan cita rasa.
2.
Rantai tali leher (the chain) – cukup
mudah untuk memakai aksesori jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras)
pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada
bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang
sementara rantainya di bahagian hadapan.
3.
‘The Tack’ – sangat berbeza dari
bentuk serta fungsi memakainya. Ia direka dengan dua bahagian yang
berlainan di mana bahagian pin diletakkan di sebelah kiri belakang.
Untuk memakainya, tanggalkan pin dari dasarnya kemudian tusukkan pada
tali leher. Temukan bahagian dasar dengna pin dan masukkan rantai ke
lubang butang kemeja.