Kemampuan wanita menyempurnakan
pelbagai tugas dan tanggungjawab serentak, tidak lagi diragui. Bagaimanapun,
mereka bukanlah manusia perkasa (superhuman) dan ada kala kecundang juga
apabila kerap dihimpit tekanan atau stress.
Tekanan, penyakit masyarakat
moden yang terdedah pelbagai masalah berkaitan tugas dan tanggungjawab di pejabat.
Tekanan bukan sahaja mengganggu perasaan dan fikiran, ia mampu menjejas penampilan
keseluruhan.
Pakar kecantikan berpendapat,
tekanan antara punca wanita mudah menghadapi pelbagai masalah kecantikan seperti
kemunculan garis penuaan, kedutan pada dahi, kehadiran noda hitam, noda putih
serta pengeluaran minyak berlebihan dan kulit pucat, kusam. Ia berlaku kerana
tekanan mengganggu perjalanan sistem tubuh, menyebab kulit pucat dan kusam kekurangan
oksigen serta masalah lain berkaitan gangguan hormon.
Tekanan juga mengganggu
perasaan, membuatkan wanita lemah dan seolah-olah tidak bersemangat hendak bergaya.
Dahi sentiasa berkerut kerana memikirkan masalah yang tidak pernah selesai dan
jarang tersenyum.
Keadaan kurang sihat ini
tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia 'mencacatkan' penampilan anda sekali
gus boleh menjejaskan hubungan sosial anda dengan masyarakat sekeliling atau
teman sepejabat.
Masyarakat sekeliling yang
tidak memahami keadaan atau masalah anda pasti keliru dengan keadaan anda yang
sentiasa 'kusut-masai'. Anda bukan sahaja dijauhi tetapi mungkin menjadi bahan
umpatan di kalangan teman-teman, menyebabkan tekanan lebih berlipat-ganda dan
keadaan menjadi rumit.
Seandainya anda berhasrat
membaiki penampilan agar lebih bermaya dan ceria, cuba hindari tekanan atau
belajar mengendalinya cara lebih baik. Dr Ronald G Nathan, penulis
buku The Doctor's Guide to Instant Stress Relief mencadangkan beberapa
pendekatan menghilang atau mengurangkan tekanan sama ada di pejabat atau di
rumah.
LEBIH SANTAI DI PEJABAT
I . Berlagak seperti pengarah
Bayangkan seolah-olah anda
pengarah filem. Jalan ceritanya ada kaitan dengan hidup anda. Pastikan sama
ada masalah yang sangat menekan jiwa anda itu perlu dimuatkan dalam 'skrip'
filem ini. Jika 'ya', beri arahan kepada diri anda sendiri agar bijak mengendalikan
watak. Jangan biarkan diri terlalu ditimpa perasaan sehingga menjejas 'jalan'
cerita lain dalam hidup anda.
2. Menjerit
Menurut Dr Dave Rainham
daripada Pusat Kesihatan Optima, Ontario, menjerit sekuat-kuat hati berkesan
melegakan fikiran bermasalah kerana ia melampiaskan tenaga negatif yang terkurung
di dalam badan. Akan tetapi jangan lakukan di tempat terbuka kerana mungkin
menimbulkan tanggapan buruk. Sebaik-baiknya kurung diri dalam bilik/sudut terasing,
sembam muka pada kusyen dan menangis atau menjerit sekuat hati.
3 . Tarik nafas lega
Belajar kawal perasaan
tertekan Sendainya anda perlu menghadiri mesyuarat penting - punca tekanan -
tarik nafas panjang dan duduk diam di meja beberapa minit untuk menenangkan
fikiran sebelum menyertai mesyuarat.
4 . Lakukan perkara mudah
Lakukan tugasan mudah dan
menyeronokkan untuk melupakan masalah serta melegakan tekanan. Misalnya, jika
tanggungjawab menyediakan kertaskerja projek baru memeningkan, ketepikan seketika.
Lakukan tugas lain dahulu. Misalnya, menganalisis jualan atau merangka strategi
promosi barang baru. Apabila fikiran sudah lega, barulah anda sambung tugas
terbengkalai.
5 . Rancang cara berfikir
Menurut Pakar Perunding
Penta biran New York, Heather Brightor' orang yang bijak mengatur cara
berfikir jarang diserang tekanan kerana se suatu tindakan terkawal terhasil
daripada cara berfikir yang terancang. Hanya orang yang tidak pandai merancang
cara berfikir sering, melakukan tindakan atau perkara sesu'ka hati. Kesannya,
mereka sering terjebak dengan masalah dan jika dibiarkan akan, menjadi tekanan.
6. Berani berterus-terang
Jangan terlalu cepat menyanggupi
tugasan diberi jika anda sudah mempunyai timbunan kerja yang perlu dibereskan.
Berani berterus-terang akan menyelamatkan anda daripada masalah dan tekanan.
7. Tetapkan had pekerjaan
Jangan terlalu ghairah
menyiapkan timbunan kerja sehingga mengabaikan mutunya. Justeru, usah buka terlalu
banyak fail sehari. Jika anda berjaya menyiapkan satu tugasan selepas jam 3.00
petang, rehat sebentar. Kemudian semak semula tugasan itu. Baiki sebarang kesilapan
sebelum meletakkannya diatas meja ketua. Ia akan mengurangkan tekanan kerana
kerja anda lebih kemas dan lengkap.
CARA HILANGKAN TEKANAN
DI RUMAH
Biasanya rumahlah syurga
yang mampu mengurang / menghilangkan ketegangan mungkin sukar diatasi di pejabat.
Bagaimanapun, ada kala kita masih tidak dapat melegakan ketegangan walaupun
enak terperap di kediaman yang serba mewah dan indah.
I . Asingkan pejabat dan
rumah
Sebaik sahaja melangkah
keluar dari pejabat, putuskan hubungan seketika dengan dunia pekerjaan. Cuba
alih tumpuan mendengar muzik merdu dan rehat sebentar di dalam kenderaan. Apabila
sudah lega, barulah pandu pulang perlahan-lahan.
2. Tiada hubungan selepas
kerja
Pastikan teman atau pelanggan
tahu prinsip anda yang tidak suka membawa kerja pulang. Justeru, mereka tidak
akan menelefon atau mengirim faksimili semata-mata untuk berbincang masalah
kerja pada hujung minggu atau ketika anda sedang bercuti.
3 . Biarkan waktu terhenti
Apabila di pejabat, anda
sering dihimpit tekanan kerana mengejar waktu.
Masa dirasakan berlalu
pantas dan masih banyak tugasan belum selesai. Ia menimbulkan rasa tertekan.
Justeru, anda patut melupakan peredaran waktu seketika apabila di rumah. Tanggalkan
atau sorok jam agar anda boleh berehat panjang.
4. Cipta ruang bebas tekanan
Pastikan anda ada bilik,
sudut atau kerusi khas yang boleh dijadikan tempat pelepas tekanan. Jangan lakukan
sebarang kegiatan seriusbuka surat saman daripada bank atau menatap bil
yang belum dijelaskanapabila berada di ruang ini.
5 . Hargai kenangan
Hiaskan kediaman anda dengan
cendera hati, gambar dan potret bersama keluarga, saudara mara dan teman rapat
bagi mengembalikan kenangan indah dan menghilangkan ketegangan. Cendera hati,
sijil dan anugerah juga sesuai dijadikan hiasan kerana ia mampu mengembalikan
semangat juang dalam kerjaya apabila anda menatap hadiah istimewa ini.
6. Masa santai penting
Walau sesibuk mana sekalipun,
jangan lupa meluangkan sedikit masa untuk melakukan perkara yang anda senangi
kerana ia mampu meningkatkan kembali semangat dan keyakinan pada kemampuan diri.