Dunia pekerjaan seperti
juga perniagaan ada pasang surut kerana ia banyak bergantung kepada prestasi
syarikat. Ada ketikanya graduan-graduan universiti tidak perlu memohon pekerjaan
kerana peluang sentiasa menanti. Dan ada ketikanya terutama semasa negara dilanda
kemelesetan ekonomi pertengahan 1980-an lalu, graduan yang baru menerima ijazah
terpaksa berpuas hati dengan gali lebih rendah daripada sepatutnya.
Kini di era Internet, peluang
pekerjaan tidak dinafikan semakin banyak dan luas, begitu juga dengan
persaingan bukan sahaja di antara syarikat-syarikat yang berlumba-lumba merebut
peluang perniagaan tetapi juga di kalangan kakitangan.
Pekeria yang banyak pengalaman
mempunyai lebih banyak peluang dan mampu 'demand' untuk mendapatkan gaji yang
tinggi.
Oleh itu setiap pekeria
di sektor swasta perlu sentiasa bersedia dan tidak berkira untuk menambah pengalaman
dan pengetahuan kerana dengan cara ini mereka boleh dan mampu bersaing secara
sihat untuk terus naik setiap anak tangga kejayaan. Ingat setiap tingkah laku,
penampilan dan pergerakan anda di pejabat tidak kira bidang apa yang diceburi
akan menjadi perhatian dan secara tidak langsung menggambarkan imej syarikat.
Tujuh kemahiran di bawah
ini bukan sahaja akan membuka peluang yang luas untuk anda meningkat ke tahap
lebih tinggi dari jawatan sekarang tetapi juga membolehkan anda bertukar ke
profesyen lain dengan lebih mudah.
1. Suara yang meyakinkan
Kebanyakan tugas hari ini
memerlukan kemahiran berkomunikasi terutama melalui telefon. Ada ketikanya dengan
hanya satu panggilan, tugas kita mudah diselesaikan dengan jayanya. Ini bermakna
suara yang dibuat menerusi panggilan telefon berjaya meyakinkan pihak yang berurusan
dengan kita.
Seperti kata penulis buku
Winning With Your Voice, Morton Cooper, H kira-kira 80 peratus daripada
komunikasi harian bergantung kepada suara. Kebanyakan kita menjual suara untuk
menjalin perhubungan terutama dalam perniagaan.
Percakapan yang kurang
jelas melalui telefon akan mengurangkan keyakinan pihak yang satu lagi membuatkan
mereka mendapat gambaran negatif terhadap kita sehingga mereka bertemu empat
mata dengan kita.
Bagaimana caranya untuk
memperbaiki pertuturan? Nancy Friedman, pemilik dan presiden apa yang
dipanggil Doktor Telefon di Saint Louis mencadangkan agar berlatih sendiri
untuk memperbaiki cara pertuturan. Caranya mudah, letakkan cermin kecil di atas
meja supaya anda dapat melihat sama ada anda tersenyum atau tidak ketika mengangkat
gagang telefon. Apabila tersenyum, suara akan lebih meyakin, seolah-oleh orang
yang kita hubungi dapat'mendengar' kita tersenyum.
Cara pertuturan amat penting.
Apa jua profesyen kita sama ada wartawan, penerbit, eksekutif jualan malahan
mereka yang bekeria sendiri juga memerlukan keyakinan diri untuk meyakinkan
orang lain.
2. Pena yang tajam
Kemampuan bercakap dengan
baik hanyalah salah satu daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang
tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting.
Apabila memohon sesuatu
pekerjaan, pastikan surat permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu bagaimana
tugas yang dipohon dan diri anda adalah gandingan sepadan. Mungkin ramai berpendapat
kurang kemahiran berbahasa Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis
surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus
atau buku-buku di samping melihat surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya
dalam permohonan mereka.
3. Luahan idea
Jangan takut untuk memberi
idea. Tidak semestinya setiap idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai
digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria tidak berfaedah.
Perkembangan teknologi
begitu pesat kini sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan.
Bukan hanya melalui media elektronik, malahan melalui media cetak banyak perkara
baru boleh dijadikan panduan untuk memberikan idea yang boleh digunakan dalam
tugas seharian.
Ini bermakna setiap pekeria
perlu peka dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan hanya di sekitar
mereka tetapi juga di seluruh dunia.
Semakin banyak kita sedar
dan peka mengenai tren semasa, semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan
semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.
4. Pengetahuan teknologi
Kajian yang dijalankan
di Amerika menunjukkan berbanding lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan
teknologi terutama komputer.
Kemahiran teknikal adalah
penting dalam menjalani kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut berkejar
dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa pengetahuan ini, ramai yang akan
ketinggalan. Usah malu untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu.
Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan komputer, tetapi adalah lebih
menguntungkan jika kita mempelajarinya atas inisiatif sendiri.
5. Tingkatkan pendapatan
syarikat
Dalam temuduga untuk mendapatkan
pekerjaan, majikan akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada syarikat.
Walaupun jawapan yang diberikan "saya akan cuba me" ningkatkan jualan,
meningkatkan pendapatan syarikat dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi.
Pekerja yang beriaya membawa
hasil yang banyak kepada syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi
aset kepada syarikat tersebut.
Oleh itu anda perlu ada
keyakinan diri untuk meyakinkan syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa
anda mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada syarikat berkenaan.
6. Luaskan rangkaian
Alat yang penting dalam
mengembangkan karier adalah rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna
hanya menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan dengan kenalan
baru atau sering berbual melalui telefon.
Yang penting selepas setiap
pertemuan, anda perlu berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan
nasihat dan maklumat yang diperlukan.
Kita sering bertemu ramai
orang dari pelbagai bidang, tetapi jika kita tidak sering berhubungan walaupun
sekadar bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan meluas. Ia akan
hanya menjadi sekadar kenangan dalam pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk
pengurusan karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan dengan orang
yang mereka kenal dan boleh dipercayai.
Kunci utama mengembangkan
rangkaian kita ialah dengan mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai pertubuhan-pertubuhan
sosial, pertubuhan profesional, kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang
ditemui ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman.
Kejayaan dalam pekeriaan
dan perniagaan bukan sahaja bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi
juga siapa yang mengenali kita.
7. Susulan
Apabila memulakan sesuatu
tugas, kita hendaklah sentiasa memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak
kurang yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya
dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan lanjut membuatkan segalanya gagal.
Ada juga yang menghantar
permohonan pekerjaan tetapi tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan
telefon bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan dari awal lagi individu
ini tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.