|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
KESIHATAN MENTAL IBUBAPA
Ibubapa Harus Membentuk Sebuah Keluarga Yang Harmoni 1. Jalankan peranan sebagai ibubapa
2. Amalkan cara berkomunikasi yang baik (dengan pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan juga rakan)
3. Bentuk sistem keluarga yang sihat
4. Ujudkan suasana rumahtangga positif
5. Amalkan sikap terbuka, jangan lokek dalam meluahkan kasih sayang
Kemahiran daya tindakan Setiap perkahwinan akan mengalami berbagai peringkat dan bentuk permasalahan rumahtangga. Pasangan suami isteri yang lebih peka dan bersedia akan dapat menghadapi sebarang cabaran. Hasilnya tekanan-tekanan emosi akibat masalah rumahtangga akan dapat dikurangkan. Mempelajari kemahiran daya tindak yang berkesan akan membantu anda menangani masalah rumahtangga dan mengelakkan keretakan rumahtangga. Gunakan sumber dari kalangan ahli keluarga sendiri atau orang luar (jiran/kawan-kawan) untuk menyelesaikan tuntutan, permintaan dan keperluan hidup harian. Amalkan kemahiran daya tindak yang lain seperti berdoa, bertafakur, senaman pernafasan, teknik relaksasi, senaman fizikal atau bergurau senda untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga. Masalah Keluarga Analisa masalah - adakah situasi itu boleh diubah atau tidak? Jika situasi boleh diubah
Jika situasi tidak boleh berubah
Ibubapa yang mempunyai kesihatan mental yang baik dapat berkomunikasi dengan pasangan anak-anak, ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekeliling dengan harmoni. Walau pada hakikatnya tiada satu keluarga pun yang tidak mempunyai masalah, namun setiap ibubapa mempunyai impian untuk membentuk satu kehidupan keluarga yang harmoni. Konflik perkahwinan & rumahtangga, jika tidak ditangani akan menyebabkan tekanan emosi dan masalh dalam keluarga. Adalah penting bagi suami dan isteri untuk berterus-terang antara satu sama lain dan berkongsi perasaan. Kasih sayang harus dipupuk di antara suami dan isteri dan juga ahli keluarga. Saling memahami, mengambil berat sesama ahli keluarga bermakna suami isteri harus bertolak ansur sesama sendiri dan juga dengan anak-anak. Memupuk kasih sayang dalam keluarga penting bagi mencapai keharmonian perkahwinan dan hidup berkeluarga yang bahagia. Amalan ini mengujudkan suasana kekeluargaan yang menyokong ke arah kebaikan kesihatan mental seisi sekeluarga. Kendali emosi anda
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -