Keluarga yang bahagia menjadi idaman
orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar
hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan
erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan
supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan
suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka
akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat
bermesra dan bersukacita bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang
masih bersekolah, pada musim cutis ekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa
mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.
Tetapi
bagaimanakan dengan ibu bapa ? Adakah masa yang dapat mereka luangkan untuk
memenuhi musim cuti sekolah ini bersam-sama dengan anak-anak mereka ? Adakah
mereka membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke
mana-mana tempat yang menarik di seluruh negara sempena kempen ‘cuti-cuti
Malaysia’? Walauapa pun, abgi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancagan yang menarik
bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa
sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan
ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah.
Dalam masyarakat tradisional, suami istero mempunyai peranan khusus iaitu suami
bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan
tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja.
Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang
semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan
keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih
sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu
bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembanturumah.
Dan apabila pulanbg dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra,
bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan
anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi
untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton
televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Televisyen dn komputer berfungsi menjadi
teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan
di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan
yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau
kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini
kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli
mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang
menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa
pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas
mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang
mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual
kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.
Anak-anak
remaj pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di
bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks
membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti
merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu
pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa
cuti ini untuk bersama-sama dengan
anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang
menarik dan dapat mengeratkan kasih saying dan hubungan kekeluargaan antara ibu
bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan
perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh,
biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi.
Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak
masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi
untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah
inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak.
Walaupuan ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasanuntuk mengelakkan diri daripada
memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga
menjadi insane yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat
dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka
dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.
Antara tips
memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-
-
Lakukan
aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun,
mengajar memasak dan bertukang kayu.
-
Bawa
keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di
seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak
berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
-
Bersukan
atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
-
Menonton
bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan
anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
-
Makan
bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan
kemesraan pada waktu makan.
-
Kalau ada
perpustakaan awam yang
berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
-
Kalau anda
mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama
anak-anak.
-
Menggalakkan
anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal,
kelas muzik dan kelas drama
-
Menggalakkan
anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan
dan permainan, kembara dan lawatan
Buletin Perlindungan
Pengguna, Nov 2001, ms 11-12