Sumber: Majalah Mingguan Wanita (Bil 1285,
4-10 Julai 2008), m/s: 44)
Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Tumor Otak merupakan ketumbuhan yang berasal
dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya, ia boleh
diklasifikasikan sebagai:
Tumor Benigna (Bukan Kanser)
Tumor ini tumbuh secara
perlahan-lahan dan ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam
badan. Jika tumor ini berjaya dibuang, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa
masalah. Walaubagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan
mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman
kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh
menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Kadangkala, ia
menimbulkan kesulitan untuk dibuang kerana kedudukannya itu.
Tumor Malignan (Kanser)
Sel-sel ketumbuhan ini berkemampuan
untuk merebak ke bahagian-bahagian yagn lain (kanser). Ia menyerang dan
merebak dengan begitu cepat. Tetapi, tumor otak malignan ini jarang sekali
merebak keluar dari sistem saraf pusat.
Tumor otak akan menimbulkan pelbagai
gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ia berlaku. Sakit kepala
merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya
mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di
dalam otak:
-
Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah
pagi berbanding dengan waktu tengah hari.
-
Sakit kepala yang berterusan dan diikuti
dengan loya dan muntah.
-
Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk
, bersin dan menunduk.
Perubahan
tingkah-laku seperti sikap ‘tidak apa’, hilang ingatan, hilang tumpuan dan
kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana, setiap
bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu badan. Jadi, apabila
terdapat tumor di sesuatu bahagian, maka ia akan mempengaruhi keupayaan
fungsi di bahagian tersebut.
Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia
boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan
awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala
masih berterusan, berjumpalah doktor pakar neorologi atau doktor pakar
kanser.
Bayi yang menghidap kanser, selalunya
menunjukkan gejala-gejala berikut:
·Ubun-ubun
membonjol (bukaan yang terdapat pada tengkorak disebabkan oleh proses
penulangan yang tidak lengkap).
·
Lilitan kepala membesar
·
Tidak terdapat refleks merah di dalam
mata.
Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin
berlaku:
-
Loya dan muntah.
-
Gangguan penglihatan seperti penglihatan
berganda, juling, kebutaan.
-
Gangguan
makan.
-
Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
-
Perubahan gaya berjalan (berjalan
terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).
-
Kesukaran untuk berjalan.
-
Keletihan dan terasa lemah badan.
-
Peningkatan berat badan.
-
Perubahan pada endokrin.
Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan
menunjukkan gejala seperti berikut:
-
Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
-
Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak
sedarkan diri)
-
Gangguan percakapan.
-
Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
-
Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru
dan kemerosotan proses mental.
-
Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan
periferi)
-
Hilang daya imbangan terutama jika ia
dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.
-
Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.
Dua kategori tumor otak adalah:
Tumor otak primer tumor ini berasal
atau tumbuh dari otak. Ia bermula dan terbentuk di dalam otak dan mungkin
merebak ke kawasan-kawasan berdekatan.
Tumor otak sekunder (dikenali juga
sebagai metastatik) -
Ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian
badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit. Ia
boleh merebak melalui saluran darah ke otak untuk membentuk tumor otak
sekunder.
Selesema Burung.
Penyakit selesema burung pernah mengemparkan
dunia, malah rakyat Malaysia juga tidak terkecuali berisiko terkena
penyakit ini. Bagaimana penyakit ini boleh merebak dan siapakah antara
yang berisiko untuk terkena penyakit ini? Ikuti beberapa fakta di bawah:
Siapa yang berisiko?
Mereka yang bekerja di ladang ternakan ayan,
itik burung yang berkemungkinan telah dijangkiti.
-
Mereka yang mempunyai kontek terus dengan
haiwan yang dijangkiti.
-
Mereka yang mengendalikan pemusnahan ayam,
itik, burung yang berpenyakit.
-
Virus juga boleh didapati pada kulit telur
yang tercemar najis haiwan ternakan seperti yang disebutkan.
Cara perlindungan terbaik.
Amalkan cara penternakan
haiwan yang selamat seperti menggunakan penutup mulut dan hidung, sarung
tangan, apron dan but.
Selalu membasuh tangan
dengan air yang bersih setiap kali selepas mengendalikan haiwan ternakan.
Amalkan lain-lain peraturan kawalan yang
dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.
Bagi yang
ingin melawat negara yang dilanda wabak selesema burung, setakat ini pihak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak membuat sebarang sekatan untuk melawan
untuk melawat ke negara-negara yang terlibat. Bagaimanapun, adalah
dinasihatkan supaya tidak melawat ladang ternakan ayam, itik, burung atau
pasar basah di negara tersebut.
Pengendalian daging ayam atau produknya
yang dijual di pasaran yang telah dibersihkan dan dimasak dengan sempurna
adalah selamat. Semua produk tersebut termasuk telur perlu dimasak sebelum
dimakan. Jadi, tidak perlulah anda menggelakkan diri daripada makanan
kesukaan anda ini.