|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
APAKAH HIV?
Human Immunodeficiency Virus (HIV) HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS. * Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita. Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit. Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti? HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti? HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara. HIV tidak boleh dijangkiti melalui
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti? Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV? Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko. SEKS SELAMAT Apakah seks selamat? Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan. MITOS & BENAR TENTANG SEKS DAN HIV Yang Benar
Anda boleh mengelak jangkitan HIV dengan mengamalkan 'seks selamat' atau tidak berkongsi jarum suntikan yang tercemar. Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis AIDS Malaysia di (03) 4045 1033 atau talian Interaktif 24-Jam HIV/AIDS di (03) 707 7007. Untuk kaunseling, sila hubungi Kaunselor di Talian Bebas Toll 1-800-88 18 48 atau e-mel counselling@mac.org.my Majlis AIDS Malaysia
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -