|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
DEMAM
Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak. Adakah keadaan ini serius? Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi. Apakah tindakan pertama?
Perlukah saya berjumpa doktor? Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak. Apakah tindakan doktor? Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa. Bagaimanakah saya boleh membantu?
Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 84 - 85.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -