MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Nasihat menu
nasihat_icon.jpg (2094 bytes) |   Pengenalan   |  Artikel-Artikel FAQ  |  Talian Telefon Penting  |  Maklumat Awam   |  Borang Nasihat   | 
Artikel-artikel Nasihat

ARTIKEL-ARTIKEL


Pengenalan

Persendirian

Keibubapaan

Kesihatan

Kewangan

Pertanian

Perundangan

Remaja

Teknologi

Wanita

Tip Keselamatan

 

 

 

EPIDEMIOLOGI

 

Penyakit Koronari Jantung

  • Penyakit disebabkan oleh kerosakan pada koronari arteri dalam jantung dipanggil penyakit koronari jantung.

  • Penyebab utama masalah yang membawa maut ini ialah arthrosklerosis.

  • Iaitu satu keadaan di mana timbunan lemak menyempitkan bahagian dalam saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung.

  • Arthroskelorosis mengambil masa yang agak lama untuk membentuk serta keadaannya bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dihalang.

  • Diantara tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

Jejak-jejak Pembunuh

  • Penyakit kardiovascular adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung.

  • Ia merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor Malaysia.

  • Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit yang membunuh ini.

  • Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi 100,000 kepada 37 bagi 100,000.

  • Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun.

Bagaimana Terjadinya Sakit Jantung

  • Angina (sakit dada bila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang.

  • Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung.

  • Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk pernafasan.

  • Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

Faktor-faktor Terjadinya Penyakit Jantung Koronari

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.

  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.

  • Jika anda merokok.

  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.

  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.

  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.

  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.

  • Jika anda kurang bersenam.

 

Diterbitkan oleh Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92.

 

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -