|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
HERNIA Hernia berlaku apabila kecacatan kecil di dinding otot abdomen menyebabkan tisu yang lembut menonjol keluar. Ini kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat. Keadaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak ialah hernia pusat.. Keadaan ini berlaku di bahagian pusat. Masalah ini disebabkan kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Hernia inguinal berlaku di bahagian groin dan biasanya dialami oleh anak lelaki. Kecacatan ini berlaku selepas testikel telah turun ke dalam skrotum. Biasanya hernia pusat tidak memerlukan rawatan kerana keadaan ini akan pulih dengan sendirinya. Hernia inguinal juga boleh pulih sendiri tetapi jika sebahagian kecil usus terperangkap dalam hernia, ini perlu dibetulkan melalui pembedahan. Adakah keadaan ini serius? Jika usus tidak terperangkap dalam hernia, keadaan ini biasanya tidak serius. Tanda-tanda
Apakah tindakan pertama? Cuba tolak hernia dengan lembut. Hernia biasanya boleh ditolak masuk ke dalam dinding otot dengan mengenakan sedikit tekanan. Perlukah saya berjumpa doktor? Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda melihat bonjolan pada perut bayi yang berumur kurang enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika hernia menjadi keras dan bonjolan tidak masuk apabila ditolak dengan lembut atau anak mengalami kesakitan dan muntah. Apakah tindakan doktor? Jika hernia terasa keras atau tidak masuk semula, doktor akan merujuk anak kepada pakar pediatrik. Hernia tersebut mungkin perlu dibetulkan melalui pembedahan. Pembedahan bagi hernia sangat mudah. Jika umur anak anda kurang enam bulan dan dia menghidap hernia inguinal, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk mengelak usus dari tersepit. Bagaimanakah saya boleh membantu?
Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 112.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -