Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun
dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan.
Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan
segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek
berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan
penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu,
mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko
untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan
menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut
mengenai pencegahan penyakit kanser, Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai,
Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat
mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah
kanser.
Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko
makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. Untuk mencegah
kanser, kita tengok apa puncanya. Jika ia berpunca daripada makanan, kita
tengok apa jenis makanan dan kurangkan makanan tersebut. Bagaimanapun,
apabila memperkatakan mengenai makanan dan kanser, ia menjadi komplikated.
Contohnya, daging. Ada yang mengatakan bahawa daging boleh menyebabkan
kanser dan ini bermakna, jika anda tidak memakan daging, maka anda tidak
akan mendapat kanser. Walhal keadaan ini tidak semestinya berlaku. Ini kerana, jika kita tengok mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian pun
boleh mendapat kanser. Misalnya, orang Buddha, mereka tidak makan daging
tetapi makan sayur-sayuran, tetapi ada yang menghidap kanser dan saya
sendiri mempunyai pesakit daripada penganut agama ini. Sebab itulah saya
katakan tadi, ia agak komplikated. Mereka yang menjaga kesihatan pun boleh
mendapat kanser. Sebenarnya banyak faktor lain, antaranya merokok,
peningkatan usia, sinaran matahari, radiasi, bahan kimia, virus atau
bacteria, hormon, sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser, alkohol dan
juga diet, kurang aktiviti kecergasan serta berat badan berlebihan jelas
beliau.
Antioksida Cegah Kanser
Ditanya mengenai kelebihan
antioksida yang dikatakan mampu mencegah kanser, Dr. Ibrahim berkata
antioksida bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul
yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh
meningkatkan risiko kanser. Antioksida terdiri daripada beta karotena,
lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida
yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai topik ini, Dr. Ibrahim menjelaskan
mengenai beberapa kajian yang telah dijalankan sekitar tahun 1990-an.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 1993 ini dilakukan oleh
Chinese Cancer Prevention Study ; ujian melibatkan kesan kombinasi di antara
beta-karotin, vitamin E dan selenium ke atas masyarakat di Negara China (lelaki
dan wanita)yang menghidapi kanser gastrik. Keputusannya, didapati kombinasi
‘unsure’ tersebut boleh mengurangkan risiko kanser gastrik. 1994 kajian melibatkan kaitan antara beta-karotena dengan
vitamin E. menunjukkan bahawa kanser paru-paru di kalangan lelaki telah
meningkat apabila mengambil beta-karotena. Sebaliknya, ia tidak menunjukkan
kesan atau risiko apabila mengambil vitamin E.
1994 kajian yang dinamakan Kajian CARET juga memberikan
kesan yuang sama yang mana beta-karotena dan tetinol (Vitamin A) boleh
meningkatkan kanser paru-paru. 1999 Women’s Health Study yang mengkaji kesan antara Vitamin
E dan beta-karotena dalam mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular di
kalangan wanita berusia 45 tahun, mereka dapati ia tidak memberi manfaat dan
tidak mendatangkan risiko.
Berdasarkan kelima-lima kajian, apa yang boleh katakana di sini ialah
pengambilan makanan ataupun makanan tambahan tidak semestinya mengurangkan
atau meningkatkan risiko kanser. Ini kerana daripada kajian tersebut, satu
kajian menunjukkan kesan positif, dua kajian memberikan kesan yang negatif
dengan meningkatnya risiko mendapat kanser dan dua lagi tidak memberi
perubahan ataupun risiko ke atas kanser. Jadi, nasihat saya kepada pesakit,
amalkan makanan seimbang. Masyarakat kita tidak dapat lari daripada
mempercayai pantang larang dalam makanan. Sebenarnya, pantang larang ini
boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan pesakit itu. Mereka sebenarnya
memerlukan kalori dan cukup berbanding dengan pesakit lain. Apabila mereka
menjalani rawatan terutamanya kimoterapi, mereka memerlukan lebih banyak
tenaga, protein dan kalori.
Pakar
nutrisi sentiasa menyarankan pesakit kanser meningkatkan pengambilan makanan
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan makanan berasaskan gandum.
Begitu juga dengan daging, susu, telur dan juga keju. Manakala cara memasak
juga disarankan diubah dengan menggunakan mentega, marjerin dan minyak.
Sesetengah pakar pemakanan menyarankan supaya kurang mengambil makanan yang
mengandungi serat yang tinggi kerana makanan itu boleh membara kepada diarea
(cirit birit) dan juga sakit mulut. Bagi pesakit saya, saya galakkan mereka
mengambil pelbagai makanan yang disarankan, walaupun berat mereka naik
sedikit, tetapi mereka tidak perlu risau kerana ia memeri kesan yang baik.
Sebaliknya jika terlalu megawal pemakanan, berat badan akan susut. Ini akan
lebih memudaratkan penyakit, katanya.
Pakar
Imunologi Pemakanan beri pendapat berbeza
Sementara itu, menurut Pakar Imunologi Pemakanan yang
juga pengasas E. Excel International yang berpangkalan di Amerika Syarikat
(pengeluar makanan kesihatan), Dr. Chen Jau-Fei dalam Penyelidikan Imunologi
Pemakanan, beliau mendakwa bahawa makanan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba, mengandungi nutrien
seperti fitokimia, antioksida dan polisakarida yang tidak hanya bermanfaat
untuk kesihatan, malah boleh membantu mencegah dan merawat kanser.
Menurut Dr. Chen cabaran paling hebat yang dialami oleh kebanyakkan penyakit
yang berkait rapat dengan corak pemakanan moden seperti penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
Katanya
lagi, apabila tubuh tidak mendapat nutrien asas, sistem imun menjadi lemah
dan hilang keupayaan untuk melawan penyakit. Sebaliknya, apabila ia
berfungsi dengan baik, system imun mampu melawan penyakit malah dapat
menghalang serangan toksin dan bahan cemar yang sentiasa mengancam
persekitaran kita. Oleh itu, daripada hasil kajiannya dalam bidang imunologi
pemakanan ini, beliau menemui hubung kait yang pasti di antara nutrien yang
ada dalam tumbuhan makanan dengan fungsi sistem imun. Kata Dr. Chen lagi,
Persatuan Kanser Makanan yakin bahawa pemakanan merupakan faktor utama yang
dapat mencegah kematian akibat kanser.
Fitokimia
Ia merupakan sebatian unik
dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Ia bersifat menyembuh dan
berupaya mencegah penyakit kerana mampu menyuburkan dan memperkasakan sistem
imun.
Antioksida
Melindungi daripada radikal
bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada
kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot).
Polisakarida
Rantaian panjang gula yang
sering ditemui pada sesetengah cendawan. Kajian menunjukkan bahawa
polisakarida cendawawan dapat menghapuskan pertumbuhan tumor dengan
mengaktifkan sel imun. Ia juga membantu menyeimbangkan sistem imun dan
membolehkannya memusnahkan sel-sel kanser sedia ada dan virus.
Sumber Pemakanan
Semulajadi Yang Berkhasiat
Kaktus
Dalam penyelidikan kanser,
ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun
dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat
penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras
kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah.
Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga
perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus.
Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu
perantara yang kuat.
Buah Kaktus
Buah yang mengambil masa
sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah
kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan
sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan
penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang
ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat
membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan
merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit
bertambah baik.
Beri Ginseng
Beri Ginseng mengandungi
sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu.
Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri
ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri
ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada
anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya
dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C.
Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan
antioksida badan dengan ketara.
Biji Anggur
Proantosiandin, lazimnya
disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya
di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa
aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan
beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti
antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih
banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan
mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga
sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.
Cendawan Agaricus Blazel
Murill (ABM)
Dikenali juga sebagai
cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida.
Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong
system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang
kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan
sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.
Soya
Makanan yang rendah lemak,
tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian
menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya
mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung.
Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan
mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan
bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru
yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa
genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan
Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein
sebagai ubat mencegah kanser.
Cendawan Maitake
Mempunyai kandungan
polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain
termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah
fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian
polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak
daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan
tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada
80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang
lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan
pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan
kolesterol tinggi.