Apakah kesan kekurangan estrogen pada wanita ?
| "Masalah saya bermula beberapa bulan selepas saya dapati haid datang semakin tidak teratur. Satu ketika saya rasa selesa tetapi kemudiannya saya rasa seolah-olah sebuah pemancar baha yang besat dipasangkan di tepi saya. Bahang dirasai bermula di dada, kemudiannya beredar ke muka dan bahagian atas tubuh dan saya akan kuat berpeluh. Semua ini cukup memalukan; saya tidak dapat menahan dikiran bahwa orang sedang memandang pada saya yang tidak henti-henti berpeluh. Saya cukup menderita waktu siang tetapi berpeluh waktu malam lagi teruk. Saya akan terjaga dari tidur dan dengan sekejapnyasaya basah dengan peluh -kain tilam, baju tidur, semuanya habis basah. Kemudian, selepas serangan panas itu berhenti, saya tidak dapat tidur sehingga saya tukarkan semua kain tilam. Ini akan berlaku tiga atau empat kali semalam. Saya tidak dapat tidur nyenyak. Mungkin itulah sebabnya saya rasa begitu muram dan cepat marah setiap hari." |
Wanita ini menceritakan
serangan panas siang dan versi malamnya, peluh malam. Serangan panas dan [eluh
malam biasanya dialami kerana kekurangan estrogen. Serangan ini menyusuli gejala
pertama kekurangan estrogen - haid yang tidak teratur - bila ketidakseimbangan
hormon menyebabkan ketidakseimbagan pusat kawalan suhu diotak. Sesetengah wanita
mengalami serangan panas yang sederhana, yang lain pula begitu teruk. Serangan
panas boleh berlaku selama beberap saat sehingga sejam. Walaupun sesetengah
wanita mungkin mengalaminya beberapa kali seminggu, sesetengah pula mengalaminya
beberapa kali setiap jam,. Bila ia melanda kerap-kali, ia boleh menjejaskan
kemampuan untuk tidur lalu menyebabkanb perubahan emosi yang dikaitkan dengan
menopos, termasuk rasa keletihan, kemurungan dan kegelisahan.
Sebahagian proses
penuaan termasuk kehilangan kekenyalan dan penipisan kulit, akibatnya kedut
kulit. Adalah dicadangkan kekurangan estrogen memberikan sedikit sebanyak kesan
kepada perubahan kulit.
"Ia
semacam, dalam tmepoh semalam saja, saya kelihatan tua. Kulit saya kering dan
berkedut....saya tidak nampak diri saya lagidalam cermin. Saya nampak nenek saya."
"Bahagian
faraj saya mula terasa terbakar dan gatal... seks semakin kurang selesa. Tidak
lama kemudian saya merasa bahang setiap kali saya kencing. Akhirnya saya dapati
jangkitan kuman di saliran kencing."
Gejalan Menopos
Serangan kepanasan
Sakit kepala
Mudah naik angin
Rasa murung
Kurang dorongan seks
Kekeringan faraj
Sakit belakang
Sakit sendi
Berpeluh waktu malam
Pendarahan faraj tidak tetap masa
Sakit otot
Rambut baru di muka
Kulit kering yang luar biasa
Perasaan tidak disayangi
Kurang perasaan seks
Resah tidak boleh tidur
Kelesuan yang luar biasa
Kesakitan waktu bersetubuh
Kekurangan pelinciran
faraj dan penipisan serta penyusutan tisu faraj adalah juga gejala kekurangan
estrogen. Akibat perubahan itu, faraj cenderung mengalami kekeringan, kesakitan,
kegatalan, pendarahan selepas bersetubuh dan jangkitan kuman.
Disebabkan saluran
kencing dikaitrapat dengan faraj, ia juga bergantung kepada estrogen. Kekurangan
estrogen mengurangkan pengaliran darah dan pengecutan otot saluran kencing
dengan rasa bahang waktu kencing jugamungkin berlaku. Semakin tisu saluran
kencing menyusut dan berubah, sesetengah wanita mengalami tekanan inkontinens
atau kehilangan air kencing bila mereka ketawa, bersin, batuk atau mengangkat
sesuatu benda. Ramai wanita juga mengelami debaran jantung, sakit kepala dan
sakit sendi.
Article lain:
Dipetik daripada Kekurangan Estrogen: Apakah pentingnya untuk anda, Program prihatin kesihatan wanita WYETH