|
Artikel-artikel Nasihat
|
KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental
berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan
mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan
harian yang merangkumi:
-
Memupuk perasaan,
fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
-
Kemampuan untuk
berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
-
Bagaimana seseorang
itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari
kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan
mental yang positif
Terhadap diri sendiri
-
Menyedari kelemahan
dan kekuatan diri sendiri.
-
Berupaya mengawal
perasaan.
-
Sanggup menerima
kegagalan.
-
Mampu menghindari
kegiatan yang tidak bermoral.
-
Menghargai diri
sendiri.
Terhadap orang lain
-
Mampu berkomunikasi
secara berkesan dengan orang lain.
-
Mampu memberi dan
menerima kasih sayang.
-
Tahu menghargai dan
mempercayai orang lain.
-
Dapat menerima
pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
-
Berupaya menghadapi
dan menyelesaikan masalah.
-
Mampu mengatasi
konflik dengan bijak.
-
Mampu membuat
keputusan untuk diri sendiri.
-
Bersedia
mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah
Kesihatan Mental Yang Positif
-
Menerima kenyataan
diri secara realistik.
-
Mengendali masa
dengan baik (time management)
-
Merancang perubahan
dalam kehidupan secara bijak.
-
Memupuk hubungan
harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
-
Menjaga kesihatan
fizikal.
-
Menyediakan masa
untuk aktiviti fizikal dan riadah.
-
Memastikan rehat
dan tidur yang cukup.
-
Mengendalikan
tekanan mental secara berkesan.
-
Mengamalkan
asas-asas kerohanian yang baik.
-
Berkongsi masalah
dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan
Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
-
Perasaan rendah
diri.
-
Tekanan dalam hidup.
-
Pertelingkahan dan
keruntuhan rumahtangga / keluarga.
-
Kecenderungan
melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis
dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
-
Suasana tempat
kerja yang tidak menyenangkan.
-
Kecenderungan
menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak /
pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
-
Peningkatan risiko
penyakit mental.
Diterbitkan oleh
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
|