|
Artikel-artikel Nasihat
|
MATI PUCUK
LELAKI MENDERITA DALAM DIAM
PADA 1994, kajian ke atas lelaki
berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40
hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Ia juga
berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran
menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile
dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika
berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki
di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta
lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.
Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan
untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti
seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di
kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk
memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki
terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan
kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih
memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan
pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.
"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil
langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam.
Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar
urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat
segera," kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.
Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin
disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru
kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula
bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan
menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan
jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.
"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47peratus cuba
mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air
tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain.
Cara-cara tradisional boleh juga membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh
membantu daya keteganan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan
tidak meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat tradisional
boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.
Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan
seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum
meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr
Daud.
Mengapa mati pucuk berlaku?
Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular
yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat
pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol
dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya
masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan
kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan
saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada
penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
"Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi
juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan,
perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah
ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki
tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan
banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan
fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.
"Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga
batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar)
dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit
prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti
sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi,
ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah," katanya.
Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden
Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng,
yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat
masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang
menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal.
Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan
masalah hati.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah
tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah
berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus
menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan
peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh
peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.
"Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan
kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh
menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi
penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara
tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat
masalah lemah tenaga batin," tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman
isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.
Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya
boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan
darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah
boleh memburukkan lagi masalah tersebut.
Rawatan
Amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual,
pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang
perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Inventori kesihatan
seksual untuk lelaki merupakan satu kaji selidik lima soalan diagnostik mudah yang baru
bagi memastikan wujud komunikasi di antara profesional perubatan dengan pesakit bagi
membantu memastikan diagnosa yang tepat. Ujian makmal yang menilai darah dan air kencing
membantu mengenal pasti sebarang penyebab dari segi perubatan yang memerlukan rawatan.
- "Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga
batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam),
pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri
atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. lika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah
tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi
lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan
lain diperlukan.
- "Satu lagi cara rawatan terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah pil Viagra.
Cuma, Kementerian Kesihatan masih belum meluluskannya. Saya tidak fikir ia akan diluluskan
dalam jangka waktu yang singkat walaupun kelihatannya kaum lelaki terdesak mencarinya.
Lapan belas bulan adalah jangka masa kajian ke atas produk. Kelulusan mungkin mengambil
lebih daripada dua tahun. Barangkali lima tahun. Berita ini tentulah tidak menggembirakan
bagi lelaki yang sudah bertabun-tahun mengalami masalah lemah tenaga batin. Mungkin ada
yang pergi sendiri ke Amerika semata-mata mahu membeli Viagra kerana ia mudah didapati di
farmasi-farmasi di sana.
- "Biasalah, benda baru selalunya mendapat sambutan hebat. Tetapi awas, Viagra bukan
untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang
berusia 40 tabun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat
doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit
kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan
kondisi yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain
khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai
penyakit lain," tegasnya bersungguh-sungguh.
"Kalaupun ia diluluskan nanti, kementerian harus lebih tegas dan
berhati-hati. Pada pandangan peribadi saya, Viagra tidak sesuai dijual secara terbuka
seperti di pasar raya atau di farmasi. Lagipun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh
pengeluarnya, Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya
meningkatkan libido. Saya khuatir, mereka vang tidak mengalami masalah ketegangan buah
zakar tidak faham tentang fungsi viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain
seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesannya lebih bahaya. Ia hanya boleh
dimakan sekali sehari. Lebih-lebih lagi orang muda yang selalunya suka mencuba benda-benda
yang baru," katanya lagi.
Tambahnya, Viagra bukanlah menandakan satu kejayaan besar dalam dunia
perubatan. Ia cuma salah satu antara penemuan-penemuan baru dalam memberikan alternatif
lain kepada penghidap lemah tenaga batin. Tambahan pula Viagra tidak memulihkan terus
pesakit daripada masalah lemah tenaga batin. Fungsinya hanya untuk menegangkan buah zakar
sewaktu hendak melakukan hubungan seksual dan perlu dimakan sejam sebelum itu. Itupun
tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak
dijamin. lika ada ubat yang boleh berfungsi serentak iaitu menegangkan buah zakar sekali
gus merangsangkan keghairahan seks barulah ia boleh dianggap kejayaan dalam bidang rawatan
lemah tenaga batin Ini kerana rawatan-rawatan yang ada sekarang termasuklah Viagra hanya
mempunyai satu fungsi sahaja. Justeru nasihat beliau agar lelaki tidak begitu ghairah
menerima kehadiran viagra.
WANITA, OGOS 1998, M/S 129-131
|