|
Pemanasan global jejas
kesihatan.
Aktiviti pemanasan global
meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Menurut
kajian yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), perubahan
iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu
kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit.
Jangkitan
virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa.
Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin
(di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim tropika),
tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.
Oleh itu,
berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Berhati-hati dengan
penyakit-penyakit akibat bakteria dan kuman. Ikuti beberapa panduan di bawah:
-
Cirit birit.
Perubahan iklim yang berkaitan dengan pola hujan mempengaruhi penyebaran
berbagai mikro organisma penyebar penyakit. Hujan mencemari air dengan cara
memindahkan kotoran manusia dan haiwan ke air tanah. Antara organisma yang
dikaitkan dengna penyakit cirit-birit adalah Kriptosporodium, Giardia dan
E.Coli. Walaupun begitu, penularan penyakit ini bukan hanya disebabkan olah
organisma-organisma yang disebutkan sahaja. Ia juga boleh berlaku akibat
kontaminasi air dan sebagainya.
-
Demam Denggi Berdarah
dan Malaria
Udara
lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk, terutama
nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan
penyebar parasit malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul
ketika transisi musim hujan dan kemarau, tetapi kini serangannya boleh
dikatakan berlaku hamper di kesemua musim sepanjang tahun. Suhu lebih panas
ternyata memendekkan kitaran hidup nyamuk-nyamuk ini sekaligus mengurangkan
tempoh matang kuman yang terdapat di dalam badan nyamuk. Akibatnya, populasi
nyamuk tersebut meningkat dan penularannya semakin cepat. Apa yang boleh
lakukan untuk mencegah gigitan nyamuk:
·
Tidur dalam kelambu
·
Sapukan krim pencegah gigitan nyamuk.
·
Sembur ruangan kediaman anda dengan semburan nyamuk satu jam
sebelum masuk tidur.
Untuk
membanteras sarang nyamuk:
· Bersihkan bekas-bekas yang memudahkan air bertakung
· Bersihkan semak belukar di sekitar rumah.
· Pelihara ikan untuk membunuh larva nyamuk.
·
Taburkan ubat khas yang mampu membunuh larva nyamuk di dalam
bekas seperti pasu bunga, kolam ikan, kolam air dan sebagainya.
· Pastikan tiada kain yang bergantungan di rumah.
Apa
yang boleh anda lakukan:
-
Biasakan mencuci tangan
dan kaki setiap kali anda pulang ke rumah. Ini kerana anda berkemungkinan
terkena kotoran atau kuman sepanjang anda berada di luar rumah.
-
Tempatkan alas kaki di
pintu depan atau bahagian dapur rumah bagi mencegah penyebaran kotoran
atau parasit yang boleh masuk melalui kulit.
-
Elakkan tabiat membeli
makanan di tempat yang kotor atau diketahui tahap kebersihan yang rendah.
-
Kanser kulit.
Gas rumah kaca yang terkumpul di atmosfera bumi menyumbangkan peningkatan
pemanasan global dan seterusnya merosakkan lapisan ozon. Jika dalam keadaan
normal, atmosfera bumi boleh menahan 95 peratus radiasi ultra lembayung
matahari dan hanya lima peratus daripada sinaran tersebut yang masuk ke bumi,
tetapi kini lapisan tersebut sudah tidak mampu untuk menahannya, terutama di
sekitar kawasan kutub selatan.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan penduduk di kawasan itu
terdedah kepada penyakit kanser kulit. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud
bahawa kita di sini bebas untuk terdedah di bawah sinaran matahari tanpa
sebarang pelindung. Yang boleh kita lakukan:Pastikan anda sapukan krim atau losyen pelindung matahari 20
minit sebelum anda keluar dari rumah. Sebaik-baiknya yang mempunyai SPF 15
atau lebih.Sebaik-baiknya, sapukan juga krim tersebut pada kedua telinga
dan kaki anda.
Jika anda rasakan anda akan berada di bawah sinaran matahari
untuk tempoh waktu yang panjang, pilihlah losyen yang mempunyai SPF 30 atau
lebih. Ia lebih berkesan menahan sinaran matahari yang berbahaya kepada
kulit anda.
-
Penyakit Paru
Obstruktif Kronik.
Rata-rata kenaikan suhu udara global ‘hanya’ 0.8o Celcius. Namun
di beberapa tempat, suhu udara naik cukup tinggi, termasuklah suhu air laut
hingga ada ketikanya membuatkan sesetengah tempat bertekanan rendah. Angin
kencnag mudah terbentuk ketika ini. Tiupan angin kencang yang bercampur
dengan udara kering boleh membentuk percikan api sehingga akhirnya
mengakibatkan kebakaran hutan. Akibatnya, timbul asap tebal yang memenuhi
ruangn udara. Debu halus dan pelbagai oksida karbon itu menyebabkan gangguan
pernafasan seperti asma dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan penyakit paru
obstruktif kronik. Selain itu, asap tersebut juga membawa racun dioksin yang
boleh menimbulkan kanser paru-paru dan gangguan kehamilan. Sebaliknya bahan
kayu yang terbakar di hutan pula menghasilkan jutaan gas-gas rumah kaca yang
akhirnya pemanasan global.
Apa
yang boleh anda lakukan:
Jika
sudah mengalami penyakit paru obstruktif kronik, elakkan daripada anda
mengidap influenza atau pneumonia, yang boleh memburukkan lagi keadaan
kesihatan anda. Sebaiknya lakukan vaksinasi influenza setiap tahun dan
vaksinasi pneumokokus setiap enam tahun atau lebih.
Info Sihat (Sumber Majalah Mingguan Wanita, 20 – 26 Julai
2008)Oleh : Khairun Nisa Ishak
|