Bagaimana pembekalan semula estrogen boleh membantu ?

Pembekalan semulal estrogen melegakan gejala-gejala kekurangan estrogen dengan menggantikan kehilangan estrogen dan memulihkan imbangan hormon wanita. Tetapi boleh mengurangkan atau menyingkirkan serangan panas dan peluh malam. Ini bererti ia meningkatkan keselesaan siang dan mengurangkan tidak boleh tidur malam. Dengan pemulihan imbangan estrogen, anda mungkin merasa tidak begitu cepat gelisah, marah atau murung. Pendek kata, anda akan merasa seperti biasa semula. Terapi ini juga mengembalikan fleksibiliti dan lembapan bersetubuh, kawasan itu kurang mudah gatal dan dijangkiti kuman dan inkontinens mungkin kian pulih. Tambah lagi, doktor-doktor baru-baru ini mendapati bahawa pembekalan semula estrogen mungkin juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah osteoporosis (tulang kian nipis dan lemah sehingga mudah patah). Walaupun anda tidak "merasai" faedah-faedah ini secara sedar, faedah itu adalah salah satu aspek penting TPH, dan anda akan menikmati faedah ini selamanya asalkan anda terus dengan perapi pembekalan semula hormon (TPH)

"Inilah masa yang cukup meriangkan... Kita benar-benar bertambah gembira semakin tua kita. Saya baru mula menikmati kegembiraan peningkatan usia."

Mengapa doktor saya membekalkan semula estrogen ?

Osteoporosis memang membimbangkan saya setelah saya sampai ke tahap menopos.  Saya dan doktor saya telah berbincang tentang strategi pemeliharaan tulang dan dia telah memberi saya TPH untuk memastikan tulang saya masih dalam keadaan sihat.

Dalam generasi dahulu, wanita tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa cuba bersabar dan terima gejala-gejala yang mengiringi kekurangan estrogen. Wanita kini jauh lebih bertuah daripada wanita dahulu; mereka boleh mengambil terapi untuk mengatasi kekurangan estrogen. Doktor anda mungkin memberikan pengubatan kerana kekurangan estrogen mungkin mengganggu aktiviti harian anda. Atau anda mungkin diberikan terapi kerana doktor anda percayai anda menghadapi risiko mendapat osteoporosis atau penyakit jantung.

Dipetik daripada: SEasons Vol 5 Issue 5, Pg 4-7

Bagaimanakah pengambilan semula estrogen diambil ?

Terapi pembekalan semula estrogen (TPH) boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk pil, implan dan tampal kulit. Kebanyakan wnaita mengambil estrogen dalam bentuk pil. Kecuali seorang wanita telah membuang rahimnya melalui pembedahan histerektomi, dia patut mengambil progesterone bersama estrogen. Bahagian terapi progesterone mungkin menyebabkan lapisan rahim ditanggalkan lebih tepat masa. Tambah lagi, ia mengurangkan peluang pembinaan lapisan rahim dan risiko kanser endometrial. Menambah proogesteron kepada terapi estrogen adalah sama seperti edaran estrogen-progesteron semulajadi wanita, jadi lapisan rahim ditanggalakan seperti waktu haid yang biasa. (Penanggalan ini, disebut sebagai pendarahan tarikan, yang akan dibincangkan nanti).

Kini, estrogen dan progesterone diberikan dalam berbagai cara. Ramai doktor memberikan satu pil estrogen untuk ditelan setiap hari, bersama satu dos rendah progesteron untuk selama 12 hingga 14 hari sebelum hujung bulan, yang boleh mendatangkan pendarahan tarikan bulanan yang tetap. (Seorang wanita yang telah membuang rahimnya melalui pembedahan histerektomi boleh mengambil estrogen tanpa tambahan progesterone sebab dia tidak menghadapi risiko kanser endometrial) setiap tubuh badan wanita adalah berbeza dan keperluan setiap aras hormon yang berbeza. Sekiranya dos permulaan anda itu tidak sesuai, doktor anda boleh mengubahsuainya sehingga anda mengambil dos yang sepatutnya. Seseorang wanita yang tidak mahu pendarahan tarikan bulanan boleh diberikan sebiji pil estrogen dan progesterone setiap hari. Peraturan ini boleh menghasilkan "amenorrhea" atau tiada pendarahan. Sedikit pendarahan mungkin berlaku pada permulaan terapi tetapi ramai wanita akan dapat "amenorrhoeo" dalam tahun pertama rawatan.

Pengaturan tanpa pendarahan ini sesuai untuk wanita yang tidak menginginkan pendarahan tetap. 

Apakah yang saya harus jangkakan bila saya mulakan pembekalan semula estrogen ?

Setelah anda dan doktor anda setuju  dengan terapi dos yang paling sesuai, anda seharusyan dapati diri anda merasa lebih selesa. Untuk  kebanyakan wanita,serangan panas dan peluh malam berkurangan cepat atau langsung lenyap. Anda mungkin dapati emosi anda lebih stabil. Kebanyakan perubahan pada kulit anda yang berkaitan dengan peningkatan usia akan diperlahankan. Tisu faraj anda akan mengekalkan lembapan. Dan tidak banyak kemungkinan yang anda akan mengalami pendarahan haid yang tidak tetap semasa anda paling tidak menduganya. Anda harus jangkakan keselesaan dalam masa lebih kurang sebulan setelah anda bermula dengan pengubatan. Tubuh anda perlukan masa sebulan itu untuk menyesuaikan keadaan kepada pengambilan estrogen. Sekiranya anda tidak dapati diri lebih selesa selepas satu bulan, hubungilah pakar kesihatan anda dengan segera untuk membincangkan dos yang sesuai.

Apakah itu pendarahan tarikan dan kenapa ia berlaku ?

Sekiranya anda mengambil progesteron selama 12 hingga 14 hari bersama estrogen, anda boleh jangkakan sedikit pendarahan bulanan dipanggil ‘pendarahan tarikan’ kerana ia berlaku pada hari-hari progesterone ditarikbalik. Pendarahan itu biasanya tidak pekat, lebih tentu masa dan biasanya selama 3 hingga 5 hari. Sekiranya anda dapati anda berdarah banyak, bincangkanlah dengan pakar kesihatan anda, yang mungkin ingin menyiasat keadaan atau mengubahsuai dos anda. Pendarahan tarikan bererti tubuh anda menanggalkan lapisan rahim. Anda mungkin merasa seperti datang haid lagi, tetapi pendarahan tariakn tidak sama seperti pendarahan haid, kerana ia tidak bererti kesuburan dipulihkan. Sekiranya anda lepas menopos (tiada haid lebih dari 6 bulan) anda tidak akan hamil kerana kekurangan estrogen biasanya satu tanda bahawa anda telah habiskan gedung telur tubuh anda.

Apakah kesan sampingan terapi ? setengah wanita yang mengambil estrogen mungkin mengalami kesan sampingan termasuk tambah berat badan, pengekalan bendalir, mual dan muntah, pengembangan dan kelembutan buah dada dan sakit kepala. Semua ini seolah-olah senarai kesan sampingan yangpanjang lagi menakutkan, tetapi pada hakikatnya kebanyakkan kesan dan kebanyakan kesan sampinganyang tersenarai dalam risalah informasi barangan yang anda mungkin telah terima dalam pakej ubatan, berlaku pada segelintir wanita. Sekiranya anda memang mengalami kesan sampingan itu, ia mungkin tanda anda memerlukan penyesuaian dos. Bincangkan dengan doktor atau jururawat atau minta ahli farmasi anda untuk membincangkan dengan doktor anda - untuk mencari dos yang sesuai dengan anda. Sekiranya anda dapati diri bertambah berat, ini mungkin hasil pengekalan air, atau mungkin kerana anda lebih lapar atau telah makan dengan banyak. Tidak kira apakah sebabnya, anda boleh bincangkan dengan pakar kesihatan anda tentang diet dan program senaman untuk mengawal berat badan anda. Tetapi adalah penting untuk diingati sentiasa bahawa inilah masa kehidupan anda di mana anda lebih senang meningkat berat badan, sama ada anda mengambil pembekalan semula estrogen atau tidak.

Sekiranya anda mendapati selepas sebulan atau lebih pengambilan terapi, anda masih mengalami gejala kekurangan estrogen - sama ada sepanjang masa atau kadang-kadang  dos anda mungkin perlu diubahsuai. Sekali lagi, doktor anda boleh membantu.

Apakah seharusnya saya buat sekiranya pembekalan semula estrogen itu seolah-olah menyusahkan lagi keadaan ?

Anda mengambil terapi untuk merasa lebih selesa, jadi sekiranya anda merasa lebih teruk, anda patut bincangkan dengan doktor atau jururawat dengan segera. Apa yang anda harus jangan lakukan ialah berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba atau tanpa nasihat doktor anda. Bila anda berhenti mengambil terapi dengan tiba-tiba tahap estrogen anda jatuh dengan pesat, dan gejalah kekurangan estrogen kembali dengan lebih teruk lagi. Anda seharusnya juga jangan ubah dos estrogen atau progesterone atau hari-hari yang anda patut ambil ubat, tanpa nasihat doktor anda. Pembekalan estrogen seperti hormon semulajadi anda, adalah diimbangkan dengan halus dan mengubahnya sehingga di luar nisbah itu adalah merbahaya. Sebaliknya, bincangkan dengan doktor dan jururawat anda. Dalam semua kes, perubahan itu boleh dibuat supaya anda dilegakan daripada gejala kekurangan estrogen tanpa kesan sampingan. 

Penutup 

Setiap wanita mengalami menopos, tetapi ramai wanita ia diiringi gejala-gejala yang tidak selesa dan tidak menyenangkan. Sudah lama, kaum wanita sabar menderita menghadapi gejala-gejala itu, kerana ia menganggap bahawa ketidakselesaan sewaktu menopos adalah sebahagian hidup wanta. Kini, terdapatlah penyelesaian. Dengan terapi, ketidakselesaan kekurangan estrogen boleh dilegakan, supaya anda bebas untuk menikmati waktu hidup yang mengembirakan ini.

"Terapi pembekalan semula estrogen mungkin merupakan bentuk perubatan pencegahan yang paling maju di dunia sejak setengah abad akhir ini."

*John Studd, MD - King's College Hospital, London.

Article lain:

  1. Apa itu Menopos dan Kekurangan Estrogen

  2. Apakah kesan kekurangan estrogen pada wanita ?

Dipetik daripada Kekurangan Estrogen: Apakah pentingnya untuk anda, Program prihatin kesihatan wanita WYETH