|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
APA DIA PENYAKIT JIWA?
Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa. Penyakit jiwa adalah
satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan
ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’
adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa
dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih
kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa. Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa. APAKAH PUNCA
PENYAKIT JIWA? Lazimnya tidak ada
suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit
ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-
APAKAH JENIS-JENIS
PENYAKIT JIWA? Terdapat beberapa jenis
penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti
sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.
APAKAH YANG HARUS
DILAKUKAN JIKA KITA MEMPUNYAI TANDA-TANDA MASALAH EMOSI?
BAGAIMANA MASYARAKAT
BIASA BOLEH MEMBANTU? Pertama sekali, perlu
diingatkan bahawa pesakit-pesakit jiwa adalah manusia biasa seperti kita yang
menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. Sikap yang tidak ambil peduli, takut,
salah anggap, memandang rendah dan penolakan terhadap pesakit jiwa merupakan
masalah rumit yang dilemparkan masyarakat kepada pesakit jiwa. Masyarakat lebih banyak
mengancam pesakit jiwa daripada pesakit jiwa mengancam masyarakat. Sikap dan
penerimaan kita mungkin merupakan faktor utama terhadap pemulihan pesakit jiwa. HOSPITAL BUKIT
PADANG Hospital Bukit Padang
terletak 6 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan telah memulakan
perkhidmatannya sejak tahun 1971. Ada dua perkhidmatannya yang penting iaitu :-
Perkhidmatan Pesakit
Dalam Kebanyakan pesakit yang
memerlukan rawatan di dalam hospital ini mengidap penyakit ‘Psikosis’ dan
‘Depression’ yang tidak dapat dirawat di rumah. Dua cara untuk memasuki
hospital adalah :-
Di hospital mereka
diberi rawatan yang moden oleh Pakar Sakit Jiwa, Pegawai Perubatan dan
kakitangan hospital. Rawatan ini adalah melalui ubat-ubatan, terapi rundingcara
(psycho-therapy), Unit Jurupulih Carakerja (Occupational Therapy), aktiviti
rekreasi pesakit dan rawatan getaran elektrik. PERKHIDMATAN PESAKIT
LUAR Perkhidmatan pesakit
luar adalah untuk orang awam yang menghadapi masalah-masalah jiwa dan memerlukan
pemeriksaan, nasihat atau rawatan. Pesakit yang telah keluar dari hospital juga
diberi rawatan susulan melalui perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini dijalankan di
Unit Pesakit Luar, Hospital Bukit Padang tiap-tiap hari. Jika rawatan kecemasan
diperlukan, perkhidmatan ini boleh didapati dari wad satu, Hospital Bukit Padang
selepas waktu pejabat. Untuk mereka yang
tinggal di luar Kota Kinabalu, perkhidmatan ini juga disediakan di semua
Hospital Daerah serta beberapa Klinik Kesihatan (Tuaran, Tamparuli, Kuala Penyu) Tiap-tiap tahun, lebih
dari 13,000 pesakit menerima perkhidmatan pesakit luar di Sabah. LAWATAN KE HOSPITAL Hospital ini mempelawa
saudara mara datang melawat pesakit di sebelah petang sebelum pukul 6.00 petang. Lawatan sosial oleh
Badan-badan Sukarela dan lawatan sambil belajar oleh murid-murid sekolah dan
ahli-ahli persatuan juga digalakkan. Pihak hospital ada menyediakan perkhidmatan
taklimat mengenai hospital jika penetapan awal dapat diberikan. Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi:- Penguasa Perubatan
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -