Sistosele atau Cystocele adalah
situasi prolaps dasar pundi kencing pada wanita. Ia biasanya berlaku
akibat kelemahan lantai pelvis selepas bersalin dan menyebabkan
pengembungan dinding anterior vagina apabila meneran.
Sistosele juga boleh berlaku
daripada rengangan berlebihan seperti melahirkan anak, sembelit kronik dan
mengangkat barang berat. Biasanya keadaan ini berlaku selepas menopaus
iaitu apabila estrogen berkurangan. Wanita berusia dan wanita yang
melahirkan ramai anak lebih mudah untuk mengalami sistosele.
Bagi sistosele ringan dan
sederhana, penjagaan sendiri atau rawatan tanpa pembedahan adalah lebih
berkesan. Dalam kes sistosele teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk
memastikan vagina dan organ-organ pelvik dalam kedudukan yang sepatutnya.
Tanda-tanda dan simptom-simptom sistosele.
Dalam kes ringan, adalah tidak
mustahil untuk individu itu merasai sebarang kebonjolan. Apabila
simptom-simptom sistosele muncul, ini termasuklah:
-
Rasa penuh atau tekanan pada pelvik dan
vagina terutamanya apabila berdiri dalam tempoh masa yang lama.
-
Rasa tidak selesa yang semakin meningkat
apabila merengang, batuk, tunduk atau bangun.
-
Tisu yang membengkak. Dalam kes teruk,
menonjol keluar melalui pembukaan vagina.
-
Rasa tidak puas untuk membuang air kecil
walaupun selepas anda melakukannya.
-
Hilang kawalan terhadap urinari atau air
kencing apabila terbatuk, ketawa atau mungkin tidak boleh mengawal
pembuangan air kencing langsung.
-
Jangkitan pundi kencing yang berulang.
-
Sakit atau kebocoran urinary sewaktu
melakukan hubungan kelamin.
Penyebab Sistosele.
Dasar pelvik wanita mengandungi
lapisan otot-otot dan ligamen yang menyokong pundi kencing, rahim, kolon
dan usus kecil. Jika tisu penyokong ini merengang atau lemah, beberapa
organ dalaman anda boleh jatuh ke bahagian bawah tubuh atau prolaps.
Kehamilan dan melahirkan bayi
adalah punca biasa sistosele. Namun begitu tidak semua wanita akan
mengalami sistosele. Ada wanita yang mempunyai ligamen yang kuat dan tidak
mengalami masalah ini. Wanita yang bersalin kaedah Caesarean biasanya
tidak mengalami prolaps.
Penyebab-penyebab prolaps lain
mungkin juga disebabkan oleh perengangan lantai pelvik akibat;
-
Berat badan berlebihan atau obese.
-
Mengangkat barang berat berulang-ulang.
-
Perengangan dengan pergerakan usus perut.
-
Batuk kronik atau bronkitis.
Faktor-faktor risiko sistosele.
Faktor-faktor berikut boleh
meningkatkan risiko wanita untuk mengalami sistosele:
-
Melahirkan bayi.
-
Penuaan.
-
Melakukan histerektomi.
-
Genetik.
Pilihan rawatan yang sesuai.
Rawatan sistosele bergantung pada
keterukan keadaan masalah itu. Bagi kes ringan mungkin tidak memerlukan
sebarang rawatan atau hanya memerlukan penjagaan sendiri yang mudah
seperti senaman khas untuk menguatkan otot dasar pelvik. Jika penjagaan
sendiri ini tidak berkesan, rawatan yang boleh dilakukan termasuklah:
Pesari.
Persari adalah satu plastik atau
logam berbentuk cincin yang dimasukkan ke dalam vagina untuk menyokong
pundi kencing dengan cara menolak ia naik semula ke atas. Bagi kes-kes
tertentu, doktor mungkin mencadangkan penggunaan tampon yang besar atau
diafragma vagina daripada pesari.
Terapi Estrogen.
Doktor anda mungkin mencadangkan
penggunaan estrogen sama ada dalam bentuk dimakan atau krim sapu
vagina jika anda sudah mengalami menopause. Ini adalah kerana estrogen,
yang membantu kekuatan otot pelvik berkurangan selepas menopause.
Perlukah pembedahan atau tidak?
Keterukan atau kes sistosele yang
tidak selesa mungkin memerlukan pembedahan. Pembedahan ini adalah elektif
dan direka untuk melegakan simptom-simptom berkaitan dengan sistosele.
Dalam kebanyakkan kes, pembedahan mengandungi pembetulan vagina. Dalam
prosedur ini, doktor bedah menaikkan prolaps semula ke tempatnya dan
mengetatkan otot-otot dan ligamen lantai pelvik.
Prosedur ini mungkin memerlukan
pembuangan beberapa tisu yang telah merengang. Walaupun kebaikan
pembedahan jenis ini boleh bertahan lama, namun begitu terdapat juga
risiko pengulangan. Ini adalah kerana disebabkan otot pelvik dan saraf
akan kembali semula lemah seiring dengan usia yang meningkat.
Jika sistosele berulang, anda
mungkin memerlukan pembedahan semula. Dalam beberapa kes, terutamanya
apabila tisu yang istimewa diperlukan untuk membantu menebalkan tisu
vagina dan meningkatkan sokongan. Jika sistosele ini berkaitan dengan
rahim yang jatuh, doktor mungkin mencadangkan pembuangan rahim (histerektomi)
bagi membantu membetulkan masalah dan mencegah pengulangan.
Jika boleh, elakkan pembedahan jika
anda mempunyai sistosele besar sehinggalah anda sudah tidak mahu
melahirkan anak lagi. Jika prolaps itu tidak memberi keselesaan dan anda
perlukan pembetulan vagina, sebenarnya anda masih boleh mempunyai anak
kerana melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean boleh dipertimbangkan.
(Sumber:
Majalah Mingguan Wanita, Bil: 1285, 4-10 Jun 2008, oleh: Julie Roshana
Akma Bt Shafee)