PENYELIDIK dan pakar perubatan menggariskan
beberapa punca seseorang boleh menghidap barah paru-paru. Antaranya:
1. Tabiat menghisap rokok
Banyak kajian menunjukkan kaitan langsung
antara tabiat merokok dan penghidap barah paru-paru. Malah, kadar kematian di kalangan
perokok yang kerap (heavy smoker) 20 kali lebih tinggi daripada orang yang tidak
merokok. Presiden American Health Foundation, Dr Ernest I Wynder, menggariskan
seorang yang kuat merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok sehari dan merokok
setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100 peratus menghidap barah paru-paru.
Kalian juga menunjukkan, orang yang
menghidu asap rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah paru-paru. Asap
rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan seperti logam, toksid dan gas
pencemar, merosakkan rerambut silia yang meliputi rongga udara.
Lapisan silia berfungsi menapis habuk dan
zarah halus daripada memasuki rongga peparu. Apabila sistem silia dilumpuhkan, ia tidak
mampu menapis debu justeru menyebabkan rongga terdedah kepada kesemua bahan toksid. Ini
menyebabkan sel paru-paru membahagi dan membesar tidak sempurna serta menjadi sekelompok
sel barah.
2. Pendedahan radiasi dan sesetengah bahan
kimia
Ramai kurang peka bahawa pendedahan kepada
sinaran radiasi pada sesetengah bahan kimia memungkinkan pelbagai penyakit barah.
Pada 1991,160,000 penduduk benua Amerika
mati disebabkan barah paru-paru kesan radon iaitu sejenis gas radioaktif semula jadi. Di
dalam badan kita, ada kira-kira 25 juta sel yang membolehkan kita hidup. Justeru, tubuh
kita terpaksa menjana sel dengan cepat, kira-kira 2.5 juta sesaat. Sel yang terdedah
pantas bergerak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kanser.
Kajian juga menunjukkan pendedahan ke"
pada bahan gentian mineral, iaitu asbestos, menyebabkan barah paru-paru. Malah pen"
dedahan kepada bahan kimia seperti bisdiloromethymethyl ether (BCME) dan chloro"
methy-methyl ether (CMME) menyebabkan penyakit ini.
Kini, penemuan terbaru mendapati ka lah
rawatan radioterapi juga menyebabkan ko barah paru-paru.
3. Pencemaran atmosfera
Barah paru-paru didapati lebih kerap
terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai
ben~ tuk pencemaran.
4. Makanan mengandungi
lemak tepu
Menurut Dr Takeshi Hirayana daripada
Institute of Preventive Oncaogy, Jepun, orang yang banyak makan daging yang tinggi kadar
lemak tepunya (saturated fats) seperti lemak babi serta kurang makan sayuran hijau,
mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ili.
5. Faktor lain
Faktor lain yang masih dikaji ialah kemung.
kinan barah ini disebabkan scar dan fibrosis dalam peparu atau jangkitan batuk
kering atau tuberculosis (TB) yang baru sembuh se fibrosis lesions.