Ibu hamil pasti ingin tampil cantik dengan
wajah dan tubuh dirawat. Namun tidak semua perawatan itu baik di saat
kehamilan.
1.
Rawatan muka
Perawatan kecantikan wajah umumnya disertai dengan berbagai jenis
perawatan kulit termasuk rawatan wap muka, pengelupasan, penggunaan krim
dan losen, masker dan urutan.
Tip
Beritahu petugas salun atau spa yang
anda sedang hamil.
· Pastikan
bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya
kepada janin yang berbahaya kepada janin dan aman untuk kehamilan.
· Hindari
penggunaan alat elektrik pada wajah seperti mesin berfrekuensi tinggi
untuk mencegah jangkitan kulit yang biasanya digunakan di akhir
perawatan wajah.
2.
Rawatan kuku kaki dan tangan.
Belum ada bukti secara saintifik yang menyatakan perawatan jari tangan
dan kaki, termasuk kuku berbahaya buat janin. Namun memang banyak produk
perawatan kuku yang mengandungi bahan kimia seperti toluence pada cat
kuku atau aseton sebagai bahan pembersih kuku. Sebaiknya ibu hamil
menghindari perawatan ini pada trimester pertama kerana pada tahap ini
janin masih dalam tahap pembentukan.
Tip
Gunakan
bahan pelindung semasa perawatan tangan dan kaki bagi menggelakkan
bahan-bahan itu termasuk dalam mulut.
3.
Mewarnakan rambut.
Mewarnakan rambut semakin popular dengan pelbagai gaya dan jenis pewarna
yang tidak lagi dipandang berbahaya oleh ibu hamil. Semakin banyak pula
produk yang mengakui tidak berbahaya kepada ibu hamill dan janin. Namun
tanpa mereka sedari, masih banyak produk yang mengandungi bahan kimia
seperti tar mampu meresap jauh ke dalam kulit rambut, lalu memasuki
aliran darah. Apabila bakal ibu terus menerus menggunakan bahan tersebut,
mereka berisiko untuk mengalami keguguran.
Tip
Sebaiknya gunakan inai atau pewarna yang diperbuat daripada tumbuhan
semula jadi sebagai alternatif. Bahan ini lebih baik untuk ibu hamil.
Namun anda perlu juga mendapatkan nasihat daripada doctor memandangkan
keadaan kehamilan setiap orang berbeza.
4.
Akupuntur kehamilan
Akupuntur
dilakukan dengan menyuntik jarum ke kulit di titik-titik tenaga
seseorang, seperti di perut. Sehingga kini belum ada kajian yang
membuktikan bahawa akupuntur kecantikan atau yang dilakukan untuk
keremajaan kulit berbahaya kepada janin. Ini bermakna anda boleh
melakukan akupuntur kecantikan.
Tip
-
· Perlu
dilakukan oleh akupuntur bertauliah.
-
· Sebelum
membuat rawatan akupuntur, dapatkan dahulu nasihat
daripada pakar sakit puan.
ELAKKAN.
1.
MESOTERAPI
Teknik menyuntik ubat atau bahan lain ke lapisan mesodermis atau lapisan
tengah kulit untuk mengatasi pelbagai masalah. Misalnya untuk
mengurnagkan selulit dan lapisan lemak pada tubuh atau untuk keremajaan
kulit dan mengurangkan lapisan lemak di bawah mata.
Perlu dielakkan kerana:
Sepanjang kehamilan ibu hamil
dilarang melakukan perawatan yang melibatkan suntikan kecuali amat perlu
untuk tujuan perubatan. Ini kerana, setiap bahan yang disuntikkan ke
dalam tubuh akan memasuki peredaran darah ibu dan janin. Walaupun ketika
ini terdapat, kaedah mesoterapi tanpa suntikan, ubat-ubatan yang
digunakan tetap mempunyai tujuan yang sama. Ubatan tersebut akan
menyerap ke dalam tubuh dan ia belum terjamin keselamatannya kepada
janin.
2.
‘FACELIFT’
Prosedur pembedahan yang bertujuan menghilangkan kulit kendur yang
bertujuan menghilangkan kulit kendur dan menegangkan wajah serta leher
untuk melawan tanda penuaan. ‘Facelift’ melibatkan suntikan bius dan
biasanya berjalan selama tiga hingga tujuh jam atau lebih.
Perlu dielakkan kerana:
Tidak ada petunjuk perubatan
yang khusus yang perlu dilakukan. Apalagi ubat bius yang digunakan akan
melalui pembuluh darah dan beredar ke janin.
3.
Botox
Perawatan
kecantikan yang dilakukan dengan cara suntikan botulinum toksin. Toksin
yang dihasilkan oleh bakteria Closridium Botulinum ini disuntik ke otot
tertentu sehingga menghalang fungsi otot tersebut. Ia bertujuan
menghilangkan sementara kedutan, misalnya kedut pada sudut mata dan di
antara dua kening dan dahi.
Perlu dielak kerana:
Suntikan ini melibatkan toksin
walaupun ada kajian yang memadai tentang penggunaan Botulinum toksin
pada ibu hamil. Bukankah ibu hamil biasa mengalami perubahan kulit
seperti pigmentasi dan akan hilang selepas melahirkan ? Jadi mengapa
menghabiskan wang untuk perkara yang anda sendiri tidak pasti pada
sembilan bulan akan datang.