|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
JANGKITAN SALURAN KENCING
Jangkitan ini boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing. Ini termasuk ginjal, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan). Biasanya bahagian yang terlibat ialah lapisan pengalas pundi kencing. Keadaan ini dikenali sebagai sistisis. Anak perempuan lebih kerap menghidap penyakit ini berbanding lelaki. Ini kerana uretra perempuan adalah lebih pendek dan mikrob yang terlibat mudah sampai ke pundi kencing. Kadangkala anak tidak membasuh bahagian kemaluannya dengan bersih selepas menggunakan tandas. Jika dia menyapu dari dari belakang ke depan, kesan tinja yang tinggal mungkin mengenai bukaan uretranya dan menyebabkan jangkitan. Jarang sekali keabnormalan saluran kencing menjadi punca jangkitan. Tanda jangkitan yang biasa ialah rasa sakit semasa membuang air kecil dan kekerapan membuang air kecil. Adakah ini serius? Jangkitan saluran kencing adalah serius. Tanda-tanda
Apakah tindakan pertama?
Perlukah saya berjumpa doktor? Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengadu sakit bila membuang air kecil. Apakah tindakan doktor?
Bagaimanakah saya boleh membantu? Latih anak cara mengelap yang betul selepas mencuci diri iaitu mengelap dari depan ke belakang supaya uretranya tidak dicemari tinja.
Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 124.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -