MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Nasihat menu
nasihat_icon.jpg (2094 bytes) |   Pengenalan   |  Artikel-Artikel FAQ  |  Talian Telefon Penting  |  Maklumat Awam   |  Borang Nasihat   | 
Artikel-artikel Nasihat

ARTIKEL-ARTIKEL


Pengenalan

Persendirian

Keibubapaan

Kesihatan

Kewangan

Pertanian

Perundangan

Remaja

Teknologi

Wanita

Tip Keselamatan

 

 

Apakah kesan kekurangan estrogen pada wanita ?

"Masalah saya bermula beberapa bulan selepas saya dapati haid datang semakin tidak teratur. Satu ketika saya rasa selesa tetapi kemudiannya saya rasa seolah-olah sebuah pemancar baha yang besat dipasangkan di tepi saya. Bahang dirasai bermula di dada, kemudiannya beredar ke muka dan bahagian atas tubuh dan saya akan kuat berpeluh. Semua ini cukup memalukan; saya tidak dapat menahan dikiran bahwa orang sedang memandang pada saya yang tidak henti-henti berpeluh. Saya cukup menderita waktu siang tetapi berpeluh waktu malam lagi teruk. Saya akan terjaga dari tidur dan dengan sekejapnyasaya basah dengan peluh -kain tilam, baju tidur, semuanya habis basah. Kemudian, selepas serangan panas itu berhenti, saya tidak dapat tidur sehingga saya tukarkan semua kain tilam. Ini akan berlaku tiga atau empat kali semalam. Saya tidak dapat tidur nyenyak. Mungkin itulah sebabnya saya rasa begitu muram dan cepat marah setiap hari."

Wanita ini menceritakan serangan panas siang dan versi malamnya, peluh malam. Serangan panas dan [eluh malam biasanya dialami kerana kekurangan estrogen. Serangan ini menyusuli gejala pertama kekurangan estrogen - haid yang tidak teratur - bila ketidakseimbangan hormon menyebabkan ketidakseimbagan pusat kawalan suhu diotak. Sesetengah wanita mengalami serangan panas yang sederhana, yang lain pula begitu teruk. Serangan panas boleh berlaku selama beberap saat sehingga sejam. Walaupun sesetengah wanita mungkin mengalaminya beberapa kali seminggu, sesetengah pula mengalaminya beberapa kali setiap jam,. Bila ia melanda kerap-kali, ia boleh menjejaskan kemampuan untuk tidur lalu menyebabkanb perubahan emosi yang dikaitkan dengan menopos, termasuk rasa keletihan, kemurungan dan kegelisahan. 


Sebahagian proses penuaan termasuk kehilangan kekenyalan dan penipisan kulit, akibatnya kedut kulit. Adalah dicadangkan kekurangan estrogen memberikan sedikit sebanyak kesan kepada perubahan kulit. 

"Ia semacam, dalam tmepoh semalam saja, saya kelihatan tua. Kulit saya kering dan berkedut....saya tidak nampak diri saya lagidalam cermin. Saya nampak nenek saya."

"Bahagian faraj saya mula terasa terbakar dan gatal... seks semakin kurang selesa. Tidak lama kemudian saya merasa bahang setiap kali saya kencing. Akhirnya saya dapati jangkitan kuman di saliran kencing."

Gejalan Menopos

  • Serangan kepanasan

  • Sakit kepala

  • Mudah naik angin

  • Rasa murung

  • Kurang dorongan seks

  • Kekeringan faraj

  • Sakit belakang

  • Sakit sendi

  • Berpeluh waktu malam

  • Pendarahan faraj tidak tetap masa

  • Sakit otot

  • Rambut baru di muka

  • Kulit kering yang luar biasa

  • Perasaan tidak disayangi

  • Kurang perasaan seks

  • Resah tidak boleh tidur

  • Kelesuan yang luar biasa

  • Kesakitan waktu bersetubuh

Sistem Pembiakan Wanita

menopos.jpg (28586 bytes)
 

Pemandangan Sisi Pelvis
menopos2.jpg (40506 bytes)

Kekurangan pelinciran faraj dan penipisan serta penyusutan tisu faraj adalah juga gejala kekurangan estrogen. Akibat perubahan itu, faraj cenderung mengalami kekeringan, kesakitan, kegatalan, pendarahan selepas bersetubuh dan jangkitan kuman. 

Disebabkan saluran kencing dikaitrapat dengan faraj, ia juga bergantung kepada estrogen. Kekurangan estrogen mengurangkan pengaliran darah dan pengecutan otot saluran kencing dengan rasa bahang waktu kencing jugamungkin berlaku. Semakin tisu saluran kencing menyusut dan berubah, sesetengah wanita mengalami tekanan inkontinens atau kehilangan air kencing bila mereka ketawa, bersin, batuk atau mengangkat sesuatu benda. Ramai wanita juga mengelami debaran jantung, sakit kepala dan sakit sendi. 

Article lain:

  1. Apa itu Menopos dan Kekurangan Estrogen

  2. Bagaimana pembekalan semula estrogen boleh membantu ?

Dipetik daripada Kekurangan Estrogen: Apakah pentingnya untuk anda, Program prihatin kesihatan wanita WYETH

 

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -