|
Artikel-artikel Nasihat
|
MENGENALI SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga
cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom
Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana
keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650
kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak
biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal
mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tigaTrisomi,
Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui
wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
- Sakit jantung berlubang
- Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
- Kurang pendengaran
- Lambat/bermasalah bertutur
- Penglihatan kurang jelas
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar
dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:
- Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik
perhatian mereka.
- Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
- Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka
dan beri mereka peluang menjawab.
- Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
- Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
- Latihan berterusan.
- Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan
aktif.
- Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan
sebelum beralih kepada latihan baru.
- Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
- Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
- Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru,
melalui boneka.
- Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
- Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
- Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
- Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
- Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan
mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
- Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu
bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Cadangan kepada ibu bapa
Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD.
Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar
mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor,
sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi
pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi
maklumat demi kebaikan anak.
Maklumat lanjut, sila hubungi:
- Yayasan Sindrom Down Kiwanis
- 59, Jalan Gasing
- 46000 Petaling Jaya
- Telefon: 03-7571179, 03-75751861
|
- Down Syndrome Parents' Network
19, Jalan SS 3/70
- 47300 Petaling Jaya
- Telefon: 03-7764319
|
Ciri fizikal kanak-kanak SD :
- Hidung kemek
- Lidah tebal dan kerap terjelir
- Tapak tangan lebar
- Tapak tangan ada hanya satu lipatan
- Jari kelengkeng tangan melengkung
- Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
- Leher pendek dan besar
- Kelopak mata berlipat-lipat
- Sendi longgar
- Otot lembik
Kepentingan permainan
Permainan penting membantu pembesaran
setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai
kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami
hubung kait, sebab dan akibat.
- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek
pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat
membuka almari, laci, bakul atau kotak.
misalnya, mencantum gambar berdasarkan
corak, bentuk atau warna
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi
- berpura-pura menjadi orang lain dalam
suasana berbeza
- bermain masak-masak
- berlari, melompat, memanjat, menari dan
mengayuh basikal
- meniru gaya cakap
- menyanyi
Pemilihan Alat Permainan
- Umur
|
- Permainan
|
- 0 - 6 bulan
|
- Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat
permainan yang boleh dipegang dan digigit
|
- 6 - 12 bulan
|
- Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta
- permainan cantum bina
|
- 12 - 18 bulan
|
- Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod
- bercorak, bol, ai, buku bergambar
|
- 18 bulan -
|
- Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun
bina, buku bergambar, boneka
|
JELITA, JANUARI 1997, M/S 170-171
|