|
TEKANAN DARAH TINGGI
KETAHUI TEKANAN
DARAH ANDA - ELAKKAN KOMPLIKASI Apa Dia Tekanan
Darah? Tekanan darah ialah
tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag
disebabkan oleh denyutan jantung. Bagaimana Tekanan
Darah Diukur? Tekanan darah ada dua
ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:- 120 / 80 mmHg Nombor atas (120)
menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia
dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80)
menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil
tekanan diastolik. Masa yang paling baik
untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk
atau baring. Tekanan Darah
Berubah-ubah Kadar tekanan darah
tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.
Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah
anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Apa Dia Tekanan
Darah Tinggi? Jika kadar tekanan
darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang
lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi. Tekanan darah optima Tekanan darah tinggi Lebih daripada 130 / 85
mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda
adalah terlalu tinggi. Kenapa Anda Perlu
Mengetahui Tentang Darah Tinggi? Tekanan darah tinggi
kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami
tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu
cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah
dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala. Apakah Akibat
Tekanan Darah Tinggi? Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
Jika Tekanan Darah
Anda Optima (130 / 80 mmHg) Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:
Jika Anda Menghidap
Tekanan Darah Tinggi :-
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
|