|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
UJIAN ANTIBODI HIV HIV virus yang menyebabkan AIDS, tidak mengenal sasarannya. Tidak mustahil ia masuk ke dalam tubuh anda, jika anda lalai atau kurang pengetahuan. Jika anda atau pasangan anda pernah mengadakan hubungan seks tanpa kondom atau berkongsi jarum untuk menyuntik dadah, terdapat kemungkinan anda telah dijangkiti HIV. Jangan perkecilkan kemungkinan ini. Jangan terlalu yakin jika anda berasa sihat. Jangkitan HIV tidak menunjukkan tanda... sehingga sistem daya tahan badan anda mulai menjadi lemah. Anda bernasib baik jika ia tiada dalam tubuh anda. Tapi mungkin juga virus itu sedang membiak dan memusnahkan sistem daya tahan badan anda, sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak merasakannya, sehingga hampir keseluruhan sistem daya tahan badan anda dimusnahkan. Dan dalam pada anda tidak menyedari kehadiran HIV itu, anda mungkin telah menjangkiti orang lain. Pengesahan segera memungkinkan rawatan segera jika anda disahkan positif HIV. Sebaliknya, alangkah leganya jika anda disahkan tidak menghidapinya. Apakah perbezaan di antara HIV dan AIDS? HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, iaitu sejenis virus yang bertindak melemahkan dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia. HIV telah dikenalpasti sebagai virus yang menyebabkan AIDS. Bila seseorang itu disahkan telah dijangkiti HIV, orang itu dipanggil sebagai positif-HIV. Ini tidak bermakna dia menghidap AIDS. AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome atau dalam Bahasa Melayunya Sindrom Kurang Daya Tahan melawan Penyakit. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat sistem daya tahan badan yang telah lemah atau musnah. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) sepert radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap. Bagaimanakah cara saya mengetahui yang seseorang itu dijangkiti HIV? Seseorang mungkin kelihatan sihat dan berasa sihat walaupun telah dijangkiti HIV. Satu-satunya cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu telah dijangkiti HIV ialah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV. Apakah Ujian Antibodi HIV? Ujian Antibodi HIV adalah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV di dalam tubuh kita. Antibodi adalah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV di dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun, bagi jangkitan HIV, antibodi yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus tersebut di peringkat awal jangkitan. Bila virus ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya. Siapakah yang perlu menjalani Ujian Antibodi HIV? Sesiapa yang pernah terlibat dengan tingkahlaku yang berisiko tinggi perlu menjalani Ujian Antibodi HIV. Ini termasuk mereka yang pernah mengadakan hubungan seksual tanpa menggunakan kondom, pernah berkongsi jarum suntikan atau pernah menjalani pemindahan darah atau pemindahan organ. Mungkin juga anda menjalani ujian tersebut kerana ingin:
Ujian hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga bulan selepas kemungkinan jangkitan. Berapa lamakah selepas dijangkiti seseorang itu mungkin menunjukkan tanda jangkitan? Sesetengah orang menunjukkan tanda dalam masa dua hingga tiga minggu selepas dijangkiti. Ini termasuklah tanda-tanda sepert demam, selesema, berpeluh malam, bengkak kelenjar dan ruam kulit. Tanda-tanda awal ini boleh sembuh dalam beberapa hari. Penyakit-penyakit ringan ini juga mungkin bukan disebabkan HIV tetapi akibat jangkitan virus yang lain. Oleh kerana tanda-tanda ini boleh sembuh seperti biasa, is sering disangka demam biasa. Ada juga kesan yang dipanggil asymptomatic, iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama sekali, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun tanpa diketahui. Keadaan ini amat merbahaya kerana dalam jangkawaktu tersebut seseorang yang positif-HIV mungkin akan memindahkan virus yang terselindung ini kepada orang lain tanpa disedarinya. Tatacara Ujian Antibodi HIV dijalankan Ia dilakukan melalui beberapa peringkat:
Untuk maklumat lanjut rawatan, hubungi Majlis AIDS Malaysia di talian (03) 445 1033, dan minta bercakap dengan Pegawai Maklumat Rawatan. Seseorang yang positif-HIV boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya disahkan negatif-HIV?
Adakah identiti mereka yang mengambil ujian diumumkan atau diberitahu kepada sesiapa? Sudah tentu tidak. Walaupun semua keputusan yang positif dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, identiti individu yang menjalani ujian berkenaan adalah sulit dan rahsia. Biasanya, nombor pendaftaran akan digunakan sebagai pengenalan pada contoh darah, manakala butir-butir lawatan tidak dicatitkan pada kad klinik. Di manakah saya boleh menjalani ujian antibodi HIV? Anda boleh mengambil ujian ini di mana-mana klinik atau hospital kerajaan, klinik-klinik dan makmal-makmal swasta ataupun doktor peribadi anda. Pastikan tempat yang anda pilih menawarkan perkhidmatan kaunseling sebelum dan selepas ujian. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengambil Ujian Antibodi HIV? Hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan menawarkan perkhidmatan ujian ini secara percuma manakala ujian di klinik-klinik swasta biasanya dikenakan bayaran di antara RM15 hingga RM35 bagi setiap ujian. Selepas berapa lamakah keputusan boleh diperolehi? Biasanya, keputusan boleh diperolehi selepas tiga hingga lima hari. Menangguhkan menjalani ujian Jika negatif:
Jika positif:
Aktiviti berisiko tinggi Ujian Antibodi HIV Jika negatif:
Jika positif:
Pilihan untuk menjalani Ujian Antibodi HIV terletak di tangan anda sendiri. Yang pasti, mengetahui keputusan ujian - tak kiralah positif atau negatif, akan lebih mententeramkan jiwa anda daripada terus gelisah tanpa mengetahui situasi yang sebenar. Walau apapun, pastikan anda mendapat kaunseling agar bersedia dan selesa dengan keputusan yang akan diketahui kelak. Di manakah saya boleh dapatkan keterangan lanjut? Pertubuhan-pertubuhan berikut boleh menjawab kemusykilan dan membantu anda dalam membuat keputusan yang sewajarnya. Majlis AIDS Malaysia (Unit Maklumat Rawatan) (03) 4043 9711 or 4045 1033 ext. 202 Mon - Fri 9.00 am - 5.30 am
Malaysian AIDS Council (Hopis Cahaya) (03) 4045 0133 Mon - Fri 9.00 am - 4.00 pm
Positive Living (03) 4044 4611 Mon - Sat 9.00 am - 5.30 am
Hospital Kuala Lumpur (03) 2692 1044 ext 5228/5238 Mon - Fri 9.00 am - 4.00 pm
Hospital Universiti (03) 7956 4422 Mon - Fri 9.00 am - 4.00 pm
Tenaganita (03) 2691 3681/91 Tue - Sat 10.00 am -6.00 pm
Community AIDS Service, Penang (04) 229 9566 Mon - Fri 10.00 am - 5.00 pm
Majlis AIDS Malaysia
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -