|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
Kad Kredit
Menggalakkan Budaya Berhutang
Kad kredit atau kad caj,
jika tidak diurus atau dirancang penggunaan dengan rapi akan menjadi perangkap
yang akan menjerumus pemiliknya ke dalam krisis kewangan. Kira-kira 15 tahun yang
lalu kad kredit atau kad caj dipandang sebagai lambang status. Hanya mereka yang
berpendapatan tinggi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk mendapat kad kredit
atau kad caj. Walau bagaimanapun senario itu sudah berbeza. Kad kredit bukan
lagi sesuatu yang ekslusif atau simbol kemewahan tetapi ia sudah menjadi
perkhidmatan perlu bagi sesiapa sahaja. Namun begitu, kad caj masih mengekalkan
statusnya sebagai simbol kekuatan kredit dan kewangan penggunanya. Masalah yang timbul
sekarang adalah berkaitan dengan budaya kad kredit atau wang plastik yang
merosakkan cara hidup penggunanya. Kini, kerani, guru, pegawai kerajaan,
eksekutif, para profesional, usahawan, malah pemandu teksi dan peniaga pasar
malam juga memiliki kad kredit. Untuk mendapat kad
kredit pada masa sekarang adalah begitu mudah dan syaratnya tidak serumit 15
tahun yang lalu. Pada ketika itu syarikat pengeluar kad kredit dan kad caj
mensyaratkan pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM24,000 setahun atau
RM200o sebulan serta mempunyai rekod kredit yang baik.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -