MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Nasihat menu
nasihat_icon.jpg (2094 bytes) |   Pengenalan   |  Artikel-Artikel FAQ  |  Talian Telefon Penting  |  Maklumat Awam   |  Borang Nasihat   | 
Artikel-artikel Nasihat

ARTIKEL-ARTIKEL


Pengenalan

Persendirian

Keibubapaan

Kesihatan

Kewangan

Pertanian

Perundangan

Remaja

Teknologi

Wanita

Tip Keselamatan

 

 

 

BAGAIMANA BERSARA DENGAN SETENGAH JUTA

 

PERSARAAN Sesetengah orang memandang jauh ke depan dan setengahnya pula tidak kisah. Terdapat mereka yang bimbang mengenai pendapatan yang semakin kurang atau kehilangan punca untuk terus memperolehi pendapatan seperti sebelumnya. Manakala yang lain pula tidak sabar lagi untuk bersara.

Dapatkah seseorang itu hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen apabila bersara nanti? Ia bergantung kepada gaya hidup pesara itu sendiri.

Jika dia merancang untuk menghabiskan masa dengan membaca suratkhabar, menonton TV, mengunjungi perpustakaan, berbual-bual dengan rakan di kedai kopi, berkebun dan makan makanan yang dimasak di rumah maka perbelanjaannya tidaklah banyak.

Kita juga mengandaikan pada waktu ini anak-anak sudah tidak mengharapkan pembiayaan kewangan lagi dan ansuran rumah juga sudah selesai.

Jika itulah gaya hidup yang anda inginkan anda boleh meneruskannya tetapi anda seharusnya berhati-hati dengan, simpanan KWSP dan wang pencen jika anda ditakdirkan bersara hari ini.

Jika anda bersara 15 hingga 20 tabun lagi, makanan, barangan dan perkhidmatan akan bertambah mahal. Jika anda sudah pun mengadu betapa mahalnya barangan hari ini, bayangkanlah berapakah kosnya dalam masa 15 hingga 20 tahun lagi.

Jika anda merancang untuk mengunjungi saudara mara di segenap pelosok Malaysia atau bercuti di luar negara, maka amat penting untuk anda menetapkan dana persaraan sewaktu anda masih lagi bekerja.

Dengan mempunyai dana persaraan, anda mampu untuk mempunyai pendapatan tambaan dalam kehidupan. Jika anda tidak merancang persaraan, anda tidak boleh memilih gaya hidup persaraan yang anda mahu.

Jika anda bergantung sepenuhnya kepada KWSP, ingatlah bahawa ia akan berakhir 20 atau 30 tahun akan datang dan anda mungkin mengurangkan setiap sen untuk dibelanjakan.

Berikut adalah lima langkah untuk menyimpan wang persaraan yang perlu anda ingat jika anda merancang untuk tidak menghadapi masalah kewangan apabila bersara nanti.

LANGKAH 1:

  • Mulakan Lebih Awal

Ketika anda muda anda mungkin fikir bahawa banyak tahun lagi untuk bersara dan alasan ini menyebabkan anda menunda perancangan. Pada hakikatnya lebih awal anda mula menyimpan, lebih mudah anda merancang persaraan anda nanti.

Lebih lama anda tidak menyimpan bagi persaraan andu maka kosnya akan menjadi tinggi.

Orang selalu mengatakan mereka perlukan wang itu untuk kegunaan penting, mereka akan menyimpan apabila anak-anak mereka bekerja, insuran rumah selesai atau sewa beli kereta telah habis atau selepas mengubah suai rumah.

Malangnya, sering berlaku selepas satu pinjaman selesai masalah lain pula bertimbun atau terdapat "krisis" kewangan lan akhirnya dana persaraan dilupakan.

Sudah tentu bagi kebanyakan orang mereka mempunyai pencen atau simpanan KWSP yang bermakna sekurang-kurangnya mereka tidak lah ketiadaan wang nanti.

Kami fikir adalah penting untuk menyimpan lebih awal kami akan tunjukkan kepada anda kenapa perlu berbuat demikian.

Kami mengandaikan umur persaraan anda ialah 55 tahun Jika seseorang boleh menyimpan RM300 sebulan di akhir tahun mereka akan memilik RM3,600. Dia kemudiannya melabur RM3,600 pada kadar pulangan tahunan 10% setahun. Setiap tahun dia akan mengenepikan jumlah yang sama jadi dana persaraan yang akan berkembang.

Jika dia mula pada usia 2 menjelang 55 tahun dia aka mengumpulkan RM1,076,8 tetapi jika dia mula menyimpan pada usia 50 tahun dia hannya dapat mengumpulkan RM21,978.

LANGKAH 2

  • Kesan Inflasi

Jutawan di usia 55 tahu Inilah sesetengah pesa mahukan. Malangnya sejuta ringgit dalam masa 35 tahun tidak seperti yang anda lit iika anda mengambil kira kesan  inflasi.

Andaikan kadar inflasi ia 4% setahun untuk tempoh tahun yang akan datang, s. juta dicampur dengan kuasa l akan merosot kepada kira-k $182,500. RM354,000 al selebihnya akan hanya bern

kira-kira RM132,829 dalam masa 25 tahun.

Sudah tentu sekiranya kadar inflasi meningkat, dana persarsan akan semakin kurang nilainya.

Jadi adalah lebih baik untuk diingati bahawa pulangan pelaburan anda seharusnya selalu lebih tinggi daripada kadar inflasi. Oleh itu lebih besar- dana lebih baik untuk menentang inflasi.

 

langkah 3

Hasilkan Lebihan

Mengetahui anda harus mula lebih awal untuk membina simpanan bagaimana boleh anda meningkatkari potensi sim-  panan? Sekarang anda j i merasakan dengan anak-anak,  rumah dan kereta tidak ada lagi i yang tinggal untuk disimpan.

Itu semua tidak seharusnya menjadi halangan, simpanlah apa saja yang boleh sekarang dan lebih banyak pada tahuntahun akan datang.

 

Malah apabila anda muda dan dengan banyak tahun lagi untuk bekerja, peraturan utama bagi semua pelabur ialah untuk menyebarkan risiko. Anda mungkin mengambil sedikit risiko tetapi tidak terlalu tamak.

I LangLah 5

Lebih Fleksibel

Apabila anda telah merumuskan pelan persaraan anda semaklah dalam tempoh tertentu.

Perancangan persaraan adalah perancangan jangka panjang dan janganlah mengharapkan semua perkara kekal sama. Sebagai contoh, KWSP mengumumkan akan memberikan sebahagian dalam bentuk pencen daripada membenarkan pengeluaran sepenuhnya dan anda fikir ia akan membatalkan rancangan pelancongan anda, maka anda perlu membuat penyesuaian kepada rancangan itu. Ini bermakna anda perlu menyimpan lebih banyak atau memperolehl pulangan yang lebih tinggi di atas pelaburan atau membuat kerja sambilan.

Oleh itu amat penting untuk bersikap fleksibel dan membuat beberapa penyesuaian atau menyemak semula supaya dana anda membenarkan anda bersara dengan lebih selesa.

Kesimpulan

Anda mungkin mendapati jika segalanya berjalan dengan lancar seperti hari ini (per saraan tanpa sebarang perancangan) anda tidak mungkin mampu bersara apabila anda mabu sekurang-kurangnya tanpa kompromi yang serius kepada gaya hidup anda atau risiko yang berlebihan terhadap aset anda.

Untuk memastikan persaraan anda akan menjadi tempoh jaminan kewangan dan keselesaan, bersedialah untuk membuat penyesuaian dari sekarang.

UTUSAN PENGGUNA,MEI 1997JIL 20 BIL 5
ISSN 0126-9771PP3640/12/96, M/S 8

 

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -