MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Nasihat menu
nasihat_icon.jpg (2094 bytes) |   Pengenalan   |  Artikel-Artikel FAQ  |  Talian Telefon Penting  |  Maklumat Awam   |  Borang Nasihat   | 
Artikel-artikel Nasihat

ARTIKEL-ARTIKEL


Pengenalan

Persendirian

Keibubapaan

Kesihatan

Kewangan

Pertanian

Perundangan

Remaja

Teknologi

Wanita

Tip Keselamatan

 

 

 

SAHAM AMANAH SABAH

 

 

1. Apakah SAHAM SABAH?

Saham-saham amanah adalah satu bentuk pelaburan yang menyediakan cara yang mudah untuk melabur di dalam Pasaran Saham Malaysia dan lain-lain pelaburan yang dibenarkan.

2. Apakah 0bjektif utama Saham Amanah Sabah ditubuhkan?

Memberikan peluang kepada rakyat Sabah melabur bagi pelaburan jangka panjang dengan peluang untuk mendapat peningkatan modal dan mendapat dividen pada risiko yang boleh diterima...satu cara rakyat Sabah sama-sama dapat menikmati kekayaan negerinya sendiri.

3. Bagaimanakah pelaburan anda diuruskan oleh Saham Sabah Berhad?

Pemegang Amanah menggabungkan wang pelaburan anda dengan wang pelabur-pelabur lain, yang kemudian dikendalikan oleh pengurus tabung (Saham Sabah Berhad) untuk dilaburkan di pasaran saham dan pasaran kewangan yang berdaya pulangan dengan objektif untuk memaksimakan pulangan di atas pelbagai bentuk pelaburan yang mana anda mungkin berkesulitan memperolehinya secara individu. Hasil keuntungan daripada pelaburan akan dikembalikan semula kepada rakyat Sabah melalui kenaikan modal, dividen atau bonus*

* Nilai pelaburan anda mungkin turun ataupun naik.

4. Apakah kelebihan-kelebihan melabur di Saham Amanah Sabah?

  • Saham Sabah Berhad yang merupakan pengurus Saham Amanah Sabah ialah syarikat milik penuh kerajaan...

  • Pelaburan anda dikendalikan oleh tenaga pengurusan yang amanah dan bertugas sepenuh masa...

  • Peluang untuk Pendapatan yang menarik...ada kemungkinan pelaburan di dalam Saham Amanah dapat menyediakan pendapatan yang konsisten dan memuaskan...

  • Kecairan yang tinggi...di mana sekiranya kehendak kewangan anda berubah, anda boleh pada bila-bila Waktu Urusniaga mengarahkan pengurus untuk membeli kesemua atau sebahagian dari unit-unit  anda...

  • Risiko yang boleh diterima kerana pelaburan diluaskan kepada sekuriti- sekuriti terpilih yang meliputi saham-saham hartabenda, kewangan,pelaburan, perusahan dan perladangan... dan perluasan pelaburan ini dapat dibuat berdasarkan sumber yang luas dari pelabur yang ramai...

  • Jumlah pelaburan yang minima iaitu 10 unit...yakni membolehkan golongan yang berpendapatan rendah untuk melibatkan diri di dalam pelaburan Saham...

  • Anda terlepas dari susah payah menjaga rekod-rekod pengurusan stok dan syer, penyelidikan pelaburan dan analisa pasaran saham dan yang lebih ketara...anda tidak perlu memindahkan aset anda kepada risiko yang tidak dapat dijangkakan...

Sila hubungi pejabat SSB atau ejen-ejen kami untuk urusan-urusan berikut sekiranya :

  • Sijil anda Hilang, Rosak atau Tidak Diterima...

  • Memerlukan pemindahan milik sijil samada pindah milik biasa atau kematian...

  • Mahu menyatukan unit-unit (sijil-sijil) pelaburan anda kepada bilangan unit atau sijil yang dikehendaki...

  • Alamat atau nombor telefon anda berubah untuk memastikan rekod anda dikemaskini...

  • Hendak bertukar ejen (untuk pinjaman sahaja)

  • Ada hal-hal lain yang berkaitan dengan SAS...

Di manakah anda boleh melabur?

SAHAM SABAH BERHAD
7th Floor, Suite 709-712,
Centre Point Sabah,
No.1, Jalan Centre Point,
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Locked Bag 2071,
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-266588/254967/254968
Fax: 088-262588/259644/257959

atau

Ejen-ejen yang dilantik oleh SSB:
 
BENDAHARI DAERAH
(Di negeri Sabah sahaja)
 
SABAH BANK BERHAD
(Termasuk pinjaman)
 
BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD
(Termasuk pinjaman)
 
MALAYAN BANKING BERHAD
(Termasuk pinjaman)
 
MAYBAN FINANCE BERHAD
(Termasuk pinjaman)
 
DELTA FINANCE COMPANY BERHAD
(Termasuk pinjaman)
 
BANK PERTANIAN MALAYSIA

Siapakah yang layak melabur?

Bagi pemohon individu, anda mestilah rakyat Sabah.. dan mestilah berumur18 tahun ke atas. Tidak ada had umur untuk pemohon bersama...

Bagi pemohon korporat, ia terbuka kepada syarikat-syarikat, korporasi, persatuan, Tabung Amanah, Kumpulan Wang Simpanan dan Pencen.

Bentuk Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat dalam bentuk:

  • Tunai
  • Draf Bank*
  • Kiriman Wang Pos*

* Bayaran hendaklah dibuat atas nama ‘Saham Sabah Berhad’. Sila tulis nama penuh dan nombor Kad Pengenalan di belakang Draf Bank dan  Kiriman Wang Pos berkenaan.

Harga Jualan dan Belian SAS

Diumumkan di akhbar-akhbar tempatan:

Borneo Mail, Daily Express, Borneo Post, Chinese 0verseas Daily News dan Radio Rangkaian Nasional di Selamat Pagi Sabah (kecuali hari Sabtu dan Ahad): dan pejabat Saham Sabah Berhad dan ejen-ejen SSB (kecuali hari Ahad).

Untuk keterangan lanjut...

Sila hubungi pejabat SSB dan ejen-ejen, melalui surat, telefon atau fax.

" Anda dinasihatkan supaya membaca prospektus sebelum melabur"

Dipetik daripada risalah Saham Amanah Sabah

 

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -