|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
SKIM PENGAMBILAN DEPOSIT SECARA HARAM / SKIM CEPAT KAYA "Kalaulah kami tahu"
TUJUAN Tujuan risalah ini adalah untuk memberi maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak melibatkan diri dalam skim pengambilan deposit secara haram. PENGENALAN Terdapat bermacam-macam jenis aktivit pengambilan deposit secara haram, di mana bentuk setiap aktiviti tersebut adalah berlainan. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya atas terma-terma bahawa wang deposit tersebut akan dipulnag balik dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi inilahuang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulanganyang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yan sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka. SOALAN-SOALAN LAZIM S1: Apakah maksud "deposit"? Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut:
S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara haram"? la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit tanpa lesen sah di bawah Akta Bank clan Institusi‑Institusi Kewangan 1989 (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya yang melibatkan pengambilan deposit adalah suatu kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit. S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ?
S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ? Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya adalah :
NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan samaada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, silalah hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11) S5: Apakah hukuman bag! pengambilan deposit secara haram? Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara ticiak melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat keys? Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaltaran tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit. S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya? Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin seclar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan. S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di deism skim pengambilan deposit secara harem? Risiko-risikonya adalah:
S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram? Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram apabila:
S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud? Selagi orang
ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi clan menyertai
skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan
terus wujud. Mereka yang ticlak berwaspada clan terpeclaya dengan janji-janji
pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu mernastikan skim-skim ini
berterusan clan akan terus kehilangan wang simpanan mereka. S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya ? Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis kepada : BANK NEGARA MALAYSIA Jabatan Perkhidmatan Korporat, atau melalui :
"...menyesal pun tak guna..." Bank Negara Malaysia Central Bank of Malaysia
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -