Mungkin selama ini anda terlalu boros sehingga
langsung tidak mempunyai sebarang simpanan. Baru awal bulan, gaji sudah
tinggal beberapa ratus sahaja, jadi mana mungkin anda dapat menyimpan. Namun
anda boleh melakukan beberapa tindakan drastik untuk menyimpan. Berikut
beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan.
-
Hapuskan penggunaan kad kredit.
Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan
mengurangkan tabungan secara drastik. Sebahagian besar dari kita tidak
berdisiplin ketika menggunakan kad kredit dan membuang ratusan ringgit untuk
membayar bunga dan pembiayaan kad kredit setiap tahun. Tanpa anda sedari,
anda sebenarnya boleh bercuti dari wang bunga atau faedah yang anda bayar
kepada pihak bank yang memberikan kemudahan kredit. Bukan tidak boleh
menggunakan kad kredit tetapi cara yang paling efektif ialah dengan
menjelaskan hutang setiap bulan. Namun anda harus berdisiplin ketika
melunaskan hutang setiap bulan, tepat pada waktunya dan berbelanja melebihi
had maksimum. Buatlah suatu perancangan: Tetapkan sasaran berapa yang anda
bayar setiap bulan, pastikan anda turut menyimpan wang untuk tabungan dan
jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
-
Berjimat belanja harian.
Ingin makan enak ala
restoren dan murah. Cuba rencanakan menu makan anda sebelum pergi berbelanja
setiap minggu. Masaklah sendiri makanan anda. Hadkan makan di restoren.
-
Asingkan wang kecil.
Pepatah mengatakan sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit. Anda mungkin sering meletakkan wang syiling di merata tempat
tanpa memikirkan bahawa jika wang syiling itu dikumpulkan dalam satu bekas
khas maka jumlahnya boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit. Oleh itu
jangan pandang sebelah mata wang syiling anda. Tiada wang syiling, tiadalah
wang ringgit.
-
Cari pendapatan tambahan.
Cari kerja sampingan untuk meningkatkan
pendapatan, mungkin ada hobi anda yang ternyata dapat menghasilkan wang.
Dengan cara ini anda dapat menambah jumlah tabungan anda.
Tips : Panduan memilih kasut anak.
Bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas
kaki tetapi juga membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih
sangat sensitif. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan motivasi anak
untuk berjalan. Gerak otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih
dengan baik. Kesan negatifnya boleh terlihat di belakang hari. Untuk
mendapatkan kasut yang ‘ideal’ bagi anak-anak, ibu bapa memegang peranan
utama. Sebagai pengguna anda berhak untuk mendapatkan produk yang terbaik
untuk anda dan keluarga anda. Jika tidak salah jika anda terpaksa mencuba
banyak kasut asalkan nilai anda berbaloi dengan apa yang anda perolehi.
Mungkin bagi sesetengah orang ia agak keterlaluan tetapi ingat, sebagai
pengguna, kita berhak untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan nilai
untuk setiap wangn kita keluarkan. Berikut beberapa tip yang perlu anda
perhatikan sebelum membelikan anak sepasang kasut.
Fesyen.
Pilih kasut yang menutupi tulang mata kaki anak
dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari-jari kaki anak anda mudah
bergerak dan berkembang dengan baik. Hindari kasut yang berhujung runcing
kerana ia membuatkan gerak jemari kaki tersekat. Jangan beri anak anda kasut
bertumit tinggi (kanak-kanak perempuan) kerana ia boleh membuatkan kaki anak
anda cenderung ke depan. Ini mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki.
Bahan untuk membuat kasut.
Kasut anak sepatutnya diperbuat daripada bahan
yang lembut dan fleksibel, namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu
keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Hindari kasut
yang diperbuat dari bahan keras kerana ianya berisiko akan mengganggu
perkembangan tulang kaki. Akibatnya bentuk kaki anak anda tidak berkembang
dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat
dari bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut
cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.
Ukuran.
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu
sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki
anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari
orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu
diukur beberapa kali dalam setahun.
Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu
kasut itu dikaki anak anda dalam keadaan anak anda berdiri dan anak anda
memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama
besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.
Bahagian dalam kasut.
Semestinya bahagian dalam kasut dilapisi pengalas
yang lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau
berlari di permukaan yang keras.
Tumit kasut.
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi,
maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini
adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga
anak anda mudah melangkahkan kaki dengan nyaman.
Ringgit & Sen
(Sumber Majalah Mingguan, 20-26 Jun 2008 – Bil: 1283)
Oleh :
Norhasliza Mohd. Shafi)