|
PENERANGAN TENTANG AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 S.1 Apakah tujuan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994? J. Tujuan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta) ialah untuk memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. Mangsa dalam Akta ini termasuklah isteri. S.2. Apakah yang dimaksudkan dengan "keganasan rumah tangga"? J. "Keganasan rumah tangga" berlaku apabila seseorang :
S.3 Siapakah mangsa yang dilindungi oleh Akta ini? J. Mangsa yang dilindungi oleh Akta ini ialah:
(i) anak lelaki atau anak perempuan dewasa; (ii) ibu atau bapa; (iii) abang, kakak atau adik; atau (iv) mana-mana saudara lain yang "pada pandangan mahkamah" hendaklah dimasukkan bagi tujuan perlindungan di bawah Akta ini. S.4 Apakah yang patut dibuat oleh seseorang mangsa? J. Di bawah Akta, seseorang mangsa boleh mengambil tindakan yang berikut:
Perintah-perintah ini akan dijelaskan kemudian. S.5 Bagaimanakah seseorang pegawai kebajikan boleh memberi pertolongan kepada mangsa? J. Apabila mangsa menghubungi seseorang pagawai kebajikan, pegawai itu akan menerangkan kepada mangsa hak-haknya di bawah undang-undang. Apabila bersesuaian, pegawai kebajikan tersebut hendaklah memberi pertolongan kepada mangsa melakukan perkara-perkara berikut:
S.6 Bagaimanakah seseorang pegawai polis boleh memberi pertolongan? J. Di bawah seksyen 19 Akta, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa untuk membantu mangsa sebagaimana kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai kebajikan seperti yang dinyatakan di atas. Sebagai tambahan, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk :
S7. Bagaimanakah mahkamah boleh memberi pertolongan? J. Mahkamah mempunyai pelbagai peranan di bawah Akta. Di antara lain, mahkamah akan -
S8. Bagaimanakah pegawai-pegawai Biro Bantuan Guaman memberi pertolongan? J. Pegawai-pegawai Biro Bantuan Guaman adalah terlatih dalam bidang undang-undang. Selain daripada memberi nasihat untuk membantu mangsa membuat laporan polis atau memfailkan aduan di mahkamah, mereka juga boleh memberi nasihat tentang permohonan untuk mendapat perintah di mahkamah., tindakan mengemukakan saman persendirian bagi pertuduhan jenayah (dalam keadaan tertentu) dan sebagainya. Seseorang mangsa yang diberi nasihat sewajarnya oleh seseorang yang terlatih dalam undang-undang boleh menegakkan hak-haknya dengan lebih berkesan. S9. Bagaimanakah orang ramai boleh menolong mangsa keganasan rumah tangga? J. Kawan, saudara mara, jiran dan orang ramai boleh memainkan peranan dalam mencegah perbuatan yang melibatkan keganasan rumah tangga. Penglibatan langsung yang boleh diambil ialah dengan menyediakan "tempat selamat" kepada mangsa dan membuat laporan tentang kejadian keganasan rumah tangga kepada pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Akta melindungi "pemberi maklumat" walaupun maklumat yang diberikan itu didapati tidak betul atau kurang tepat kemudiannya (seksyen 18(2) Akta). Penglibatan secara tidak langsung ialah dengan melibatkan diri dalam usaha-usaha untuk mengwujudkan keharmonian di dalam rumah tangga dan memberi kefahaman tentang tanggungjawab suami-isteri yang sepatutnya. S10. Apakah yang dimaksudkan dengan Perintah Perlindungan? J. Perintah Perlindungan ialah satu perintah dalam bentuk injunksi bagi mencapai salah satu atau semua tujuan yang berikut -
Aduan atau permohonan untuk mendapat satu Perintah Perlindungan tidak semestinya dibuat oleh mangsa sendiri. S11. Apakah yang dimaksudkan dengan Perintah Sampingan (Ancilliary Orders)? J. Satu Perintah Perlindungan termasuklah Perintah Sampingan tertentu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Akta. Perintah-perintah itu termasuklah -
S12. Apakah maklumat lanjut yang perlu diketahui tentang Perintah Sampingan ini? J. Sesuatu Perintah Sampingan adalah -
i. kelakuan pihak-pihak; ii. kemungkinan kecederaan kepada orang yang dilindungi; iii. kesannya kepada anak; iv. kesihatan pihak-pihak; v. alternatif-alternatif yang boleh dipertimbangkan bagi melindungi mangsa. Pertimbangan yang dibuat oleh mahkamah ialah "atas imbangan kebarangkalian". S13. Apakah yang dimaksudkan dengan Perintah Perlindungan Sementara? J. Mengikut seksyen 4 dan 12 Akta. Perintah Perlindungan Sementara boleh dikeluarkan sementara menunggu penyiasatan berhubung dengan suatu perbuatan keganasan rumah tangga oleh pihak polis selesai. S14. Apakah hukuman jika pesalah melanggar perintah Mahkamah di atas? J. Pesalah yang melanggar perintah perlindungan atau mana-mana peruntukannya boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali. Pesalah yang melanggar perintah perlindungan dengan menggunakan kekerasan atau keganasan boleh didenda tidak lebih daripada RM4,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam kes perlanggaran kali kedua atau kemudiannya, dia boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 72 jam dan tidak lebih daripada dua tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi RM5,000. S15. Bolehkah mangsa keganasan rumah tangga menuntut pampasan? J. Mangsa keganasan rumah tangga boleh menuntut pampasan daripada pesalah melalui mahkamah, jika mangsa mengalami :
Mahkamah akan membenarkan tuntutan itu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah. Tuntutan pampasan ini boleh dibuat sebagai satu tindakan sivil yang berasingan sungguhpun tindakan jenayah telah diambil terhadap pesalah. S16. Apakah faktor-faktor yang diambilkira oleh Mahkamah dalam memberi pampasan? J. Mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan boleh mengambilkira faktor-faktor berikut :
i. perbelanjaan penginapan yang disumbangkan kepada tempat selamat atau tempat berlindung; ii. perbelanjaan pengangkutan dan pemindahan; iii. perbelanjaan yang dikehendaki dalam menubuhkan suatu rumah tangga berasingan iaitu: a. amaun pinjaman perumahan, atau b. bayaran sewa semua atau sebahagian kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut pertimbangan keadilan dan munasabah Mahkamah. S17. Apakah faktor-faktor yang diambilkira dalam menimbangkan "perbelanjaan yang perlu dan munasabah"? J. Dalam menimbangkan perbelanjaan perlu dan munasabah, Mahkamah boleh juga mengambilkira:
S18. Apakah perintah lain yang boleh dikeluarkan oleh mahkamah sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada Perintah Perlindungan? J. Mahkamah dalam memberi perintah perlindungan, boleh sebagai ganti atau tambahan, mengeluarkan satu atau kedua-dua perintah berikut:
Dalam masa membuat perintah sebagai ganti atau tambahan kepada Perintah Perlindungan, Mahkamah boleh, jika praktik, meminta nasihat seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat atau mana-mana orang yang terlatih atau berpengalaman. S19. Apakah badan pendamai yang terlibat? J. Badan pendamai ialah badan-badan yang mengadakan perkhidmatan kaunseling yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bagi orang-orang Islam ia juga meliputi badan pendamai yang ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. S20. Bilakah perintah perlindungan boleh diminta? J. Perintah perlindungan boleh diminta dalam sesuatu prosiding jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain apabila tertuduh dipertuduh dengan suatu kesalahan yang termasuk dalam takrif keganasan rumah tangga-
S21. Di manakah aduan boleh dibuat? J. Aduan boleh dibuat kepada mana-mana pegawai penguatkuasa (pegawai kebajikan dan pihak polis), di mana -
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak berupaya untuk membuat aduan, ia boleh dibuat oleh penjaga atau saudara atau orang yang bertanggungjawab menjaga atau oleh seorang pegawai penguatkuasa. Pegawai penguatkuasa itu akan memfailkan aduan itu di Mahkamah dan Mahkamah dikehendaki mendengar kes itu seberapa segera yang boleh. S22. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa apabila berjumpa dengan pegawai-pegawai Biro Bantuan Guaman? J. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ialah :
Diterbitkan oleh: Biro Bantuan Guaman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri
|