Lampiran A

UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

UNDANG-UNDANG KETERANGAN AGENSI PENGUATKUASA

Harga Dan Bekalan

Akta Kawalan Harga 1946  Memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan-barangan tertentu.

Menetapkan penandaan harga (price tag) dan perlabelan (labelling)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Akta Kawalan Bekalan 1961 Mengawal bekalan barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 Mengawal (menyimpan dan menyelenggara) bekalan padi dan beras dalam negara bagi memastikan harga yang stabil bagi peladang dan pengguna. Kementerian Pertanian
Akta Kawalan Sewa 1966

Memberikan kuasa untak menetapkan sewa premis terkawal (controlled premises) dalam kawasan-kawasan Kerajaan Tempatan.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Akta Pengangkutan Jalan 1987

Mengawal perkhidmatan kenderaan awam

Kementerian Pengangkutan

Mutu Dan Keselamatan

Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975

Mengadakan piawaian dan penyelidikan terhadap keluaran yang ada dalam pasaran.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Akta Makanan 1983 Mengawal penjualan makanan supaya tidak mengancam pengguna antaranya memastikan kandungan bahan-bahan tidak membahayakan. Kementerian Kesihatan
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 Berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit. Kementerian Kesihatan
Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 Mengawal dan melarang iklan-iklan yang merujuk kepada mana-mana barangan yang dikira boleh menpengaruhi kegunaan barang-barang tersebut sebagai ubat untak tujuan merawat keadaan-keadaan teruk yang tertentu.

Semua iklan-iklan untuk ubat-ubatan wajib mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan
Akta Kilang dan Jentera 1967 Berkaitan dengan pengawalan kilang-kilang dan jentara berhubung dengan pendaftaran dan pemeriksaan jentera-jentera bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pihak yang terlibat. Kementerian Sumber Manusia
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 Mengawal pengimportan, pengeluaran, penjualan, penyimpanan racun-racun perosak dengan cara pendaftaran dan permit pengimport dan pengilang. Kementerian Pertanian
Ordinan Binatang 1953 Mengawal pengimportan dan pengeksportan binatang dan burung bagi mengelakkan penyakit. Kementerian Pertanian
Akta Jualan Dadah 1952 Bertujuan untuk mengawal dan membuat peraturan tentang pengimportan, pengeksportan, pengeluaran dan penjualan opium, dan lain-lain dadah merbahaya. Kementerian Kesihatan
Akta Elektrik 1949 Akta ini membenarkan Lembaga Letrik mengawal perkara-perkara berikut:
  • Menetapkan kadar bayaran.
  • Melesen kegiatan pemasangan bagi menjamin mutu dan keselamatan pengguna.
Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos
Akta Racun 1952 Untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan sebarang racun Kementerian Kesihatan
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 Bertanggungjawab dan menyelaras segala aktiviti berhubung dengan pembuangan bahan-bahan ke alam sekeliling bagi mencegah atau mengawal pencemaran serta melindungi dan memperbaiki kualiti alam sekitar. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

Amalan Perdagangan

Akta Perihal Dagangan 1972 Melarang salah perihal mengenai barang-barang, memberikan kenyataan palsu/mengelirukan tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau apa-apa kemudahan-kemudahan yang diadakan dalam perjalanan perdagangan.

Meliputi juga perbahasan penunjuk yang digunakan berhubung dengan harga barang-barang, bayaran/kadar bagi perkhidmatan kemudahan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Akta Pendaftaran Farmasi 1951 Menentukan perubahan Lembaga Farmasi yang akan mendaftarkan ahli-ahli farmasi sebelum mereka menjalankan kegiatan mereka.

Untuk mengawal ahli-ahli farmasi yang tidak berkelayakan.

Kementerian Kesihatan
Akta Lembaga kemajuan Ikan Malaysia Memajukan perniagaan perikanan supaya lebih cekap dan berkesan. Kementerian Perikanan
Akta Sewa Beli 1967 Mengawal selia kandungan dan bentuk perjanjian yang termasuk di bawah takrifan perjanjian sewa beli di bawah Akta dan menetapkan hak-hak dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Akta Insurans 1963 Mengawal kegiatan syarikat-syarikat insurans dengan cara mendaftarkan syarikat-syarikat tersebut dan mengawal selia aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan. Kementerian Kewangan
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Akta ini adalah untuk mengawal individu atau syarikat  menjalankan kegiatan peminjaman wang. Untuk menjalankan kegiatan ini, lesen adalah diwajibkan Kementerian Kewangan
Akta Pemegang Pinjam Gadai 1972 Mewajibkan sesiapa yang menjalankan kegiatan ini mendapatkan lesen terlebih dahulu. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Akta Jualan Barangan 1957 Melindungi kepentingan pihak yang membuat jual beli barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan. Undang-Undang Sivil
Akta Kontrak 1950 Menggariskan tentang tanggungjawab semua dalam apa juga perjanjian. Undang-Undang Sivil
Akta Timbang dan Sukat 1972 Memastikan yang unit-unit sukatan dan standard jisim serta sukat hendaklah berdasarkan kepada sistem unit antarabangsa. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Akta Pemaju-Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1965 Akta yang mengawal dan melesan kegiatan perumahan bagi memastikan tidak ada kegiatan-kegiatan yang menyelewang di dalam industri tersebut. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Akta Kewangan (Bank dan Institusi Kewangan 1986) Mengawal kegiatan meminjam oleh syarikat-syarikat dengan cara mengeluarkan lesen. Bank Negara Malaysia
Akta Jualan Langsung 1993 Mengawal kegiatan syarikat-syarikat jualan langsung dengan cara melesenkan syarikat-syarikat itu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sumber :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ke Muka Depan