|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA
Angkanya semakin meningkat, adakah anda juga akan menjadi sebahagian daripada perangkaan itu nanti? Ya, 57,244 pekerja telah diberhentikan dari Januari hingga 22 Ogos tabun ini. Juga turut dinyatakan bahawa lebih daripada 50,000 pekerjaan masih boleh diperolehi (Sun, 27.8.98). Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi satu kelegaan kepada mereka yang diberhenti kerja. Mereka mungkin layak atau tidak layak untuk jawatan kosong itu, kerja itu di bandar atau pekan yang berbeza atau kerja itu begitu asing kepada mereka dan akhir sekali usia juga mungkin menjadi halangan. Sehingga ekonomi mula pulih, ramai yang akan kehilangan kerja mereka akibat permintaan yang semakin merosot, kos pengeluaran yang tinggi atau apabila syarikat mereka ditutup. Jika syarikat hendak membuang pekerja tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh pekerja itu. Nama anda mungkin tersenarai untuk dibuang kerja atau mungkin anda terselamat daripadanya. Bagaimanapun anda boleh bersedia dengan keadaan yang lebih baik supaya tidak terasa kejutannya atau apabila ia i berlaku kepada anda sendiri. Pemberhentian kerja Dibuang atau diberhenti kerja tidaklah mengejutkan jika anda telah bersedia untuk menghadapinya. Ini dapat diketahui melalui maklumat bahawa perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi. Biasanya terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat oleh pekerja bahawa pembuangan pekerja akan dilakukan. Sebagai pekerja, anda boleh melihat sesuatu yang tidak kena seperti sebelum ini; mungkin terdapat semakin kurang kerja kerana permintaan yang semakin merosot untuk produk yang dikeluarkan. Adakah syarikat itu sedang membuat pengambilan pekerja atau telah menghentikannya? Jika kerja semakin perlahan dan permintaan semakin merosot ia bukanlah tanda yang aik. Jika syarikat mendapat keuntungan yang sedikit atau berada dalam keadaan bahaya anda boleh menjangkakan dengan meneliti angka jualan, kos dan keuntungan. Langkah pemotongan kos juga menunjukkan syarikat bermasalah sperti pembiayaan sepenuhnya untuk percutian kakitangan. Pemotongan kos juga mungkin termasuk penrurangan tenaga kerja. Jadi sebenarnya terdapat banyak tanda yang boleh anda jadikan iktibar yang menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan syaritkat itu. Kadangkala tandanya lebih jelas dalam jabatan tertentu. Sebagai contoh, bahagian jualan dan pemasaran akan merasakannya terlebih dulu sebelum bahagian pengeluaran. Mereka yang berada di jabatan perakaunan akan mengetahui bagaimana buruknya situasi itu. Anda perlu bercakap dengan teman anda di jabatan lain untuk mendapat maklumat mengenai situasi kewangan syarikat. Hak anda Jika anda diberhenti kerja dan dilindungi oleh Akta Pekerjaan 1955 (EA), anda seharusnya memastikan bahawa majikan anda membayar kepada anda sekurang-kurangnya faedah pemberhentian kerja yang paling minimum. EA melindungi hanya pekerja yang berpendapatan RM1,500 atau kurang sebulan dan pekerja biasa tidak kira berapa banyak pendapatan mereka dan kategori pekerja tertentu yang lain sepertimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Pekerja yang tidak dilindungi oleh EA terpaksa bergantung kepada majikan mereka untuk menentukan jumlah pampasan yang akan diterima. Di bawah Peraturan Pekerjaan (Pemberhentian dan Faedah Pemberhentian 1980) Akta Pekerjaan 1955, majikan yang telah memberhentikan pekerja dengan tempoh setahun perkhidmatan perlu membayar faedah yang berhak diterimanya. Bagi mereka yang bekerja kurang daripada dua tahun boleh menuntut gaji 10 hari bagi setiap tahun perkhidmatan; bagi mereka yang bekerja dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun boleh menuntut gaji 15 hari untuk setiap tahun perkhidmatan dan mereka yang bekerja selama lima tahun atau lebih boleh menuntut gaJi 20 hari untuk setiap tahun perkhidmatan. Bagi tahun perkhidmatan yang tidak lengkap, bayaran seharusnya dibuat berdasarkan pro rata, dikira mengikut bulan yang terdekat. Bayaran faedah pemberhentian seharusnya dibayar oleh majikan tidak kurang daripada tujuh hari selepas tarikh pemberhentian. Majikan mestilah memberikan notis pemberhentian kepada pekerja. Bagaimanapun, jika perkhidmatan pekerja diberhentikan tanpa notis atau sebelum tempoh notis penuh sudah berlalu maka majikan mestilah membayar sejumlah bayaran yang bersamaan dengan gaji yang terakru kepada pekerja untuk tempoh notis. Pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tabun berhak untuk mendapat gaji empat minggu dengan notis; mereka yang berkhidmat dua hingga empat tahun boleh menuntut enam minggu gaji dan mereka yang berkhidmat lima tahun atau lebih boleh menuntut gaji lapan minggu sebagai ganti notis. Sebagai tambahan, pekerja apabila diberhentikan mestilah dibayar untuk apa saja baki cuti tahunannya dengan kadar gaji biasa yang dibayar kepadanya. Menangani kehilangan pekerjaan Apabila anda kehilangan kerja, anda perlu mempelajari bagaimana untuk menanganinya dengan dua tahap emosi dan kewangan. Seseorang itu biasanya dikenali melalui perkerjaanya jadi kerjanya adalah sebahagian daripada identitinya. Kehilangan kerja bermakna kehilangan sebahagian daripada identiti dirinya. Pekerjaan adalah lebih daripada soal mengenai wang. Tanpa pekerjaan seseorang itu mungkin merasakan kehilangan status, kuasa dan kebebasan. Ia mungkin merupakan satu halangan (walaupun sementara) kepada impian dan harapannya. Bagi pekerja yang sudah berusia, kehilangan kerja menyakitkan kerana mungkin berfikir usianya akan memberikan kelebihan kepadanya untuk mencari pekeriaan baru. Dia mungkin merasakan kesetiaannya selama bertahun-tabun kepada Syarikat tidak berguna lagi. Syarikat biasanya memberhentikan pekerja berdasarkan pekerja terakhir masuk keluar dahulu yang bermakna pekerja terbaru dalam kategori yang sama terpaksa diberhent terlebih dulu. Bagaimanapun, beberapa syarikat akan memberhentikan pekerja yang mempunyai gaji yang lebih tinggi (kebanyakannya adalah orang lama) untuk menjimatkan belanjaan ke atas gaji dalam jangka panjang. Tetapi jika syarikat dit maka tidak kira berapa perkhidmatan mereka, semuanya akan turut terjejas. Kehilangan pekerjaan memberikan reaksi yang berbeza kepada seseorang. Sesetengah daripadanya pulih dengan cepat berbanding dengan orang lain. Sesetengahnya mungkin melihat pemberhentian kerja mereka sebagai satu peluang untuk melakukan sesuatu berbeza terutamanya jika faedah pemberhentian begitu banyak. Tetapi bagi mereka yang lain adalah penting pampasan itu sehingga mendapat pekerjaan yang lain. Jika anda sudahpun mengesyaki bahawa pemberhentian kerja akan dilakukan dan nama anda akan berada didalam senarainya maka anda seharusnya mula bersiap sedia dengan perkara berikut:
Jika anda memecahkan simpanan tetap anda kepada simpanan tetap yang lebih kecil anda akan hanya mengalami sedikit kerugian dalam kadar faedah jika anda perlu menggunakan. wang simpanan tetap anda. Walaupun bank pada amnya membenarkan anda meminjam berdasarkan simpanan tetap anda, ia masih membebankan anda kerana ia akan mengenakan kadar faedah terhad piniaman itu. UTUSAN PENGGUNA, NOVEMBER 1998, JIL 22 BIL 11, M/S 7
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -