Yanti tidak seperti dulu. Perlakuannya kini
berbeza. Sejak berkawan dengan Amir, Suhaimi, Rita dan Liza, dia tak seperti sebelumnya.
Balik sahaja dari sekolah, dia melenting. Ada-ada saja yang tak kena. Dari layanannya
terhadap Imran dan Areen, dua adiknya hinggalah kepada soal makan. Bila buka 'tudung
saji', lauk yang dihidangkan mamanya tidak lagi menjadi juadah kegemaran. Cara berbual,
tidak lagi lemah lembut. Dengan adik-adik, jadi macam 'bahan bahasnya'. Mamanya hairan,
mengapa anak sulungnya tidak lagi mesra dengannya. Cara bercakap kini banyak berubah
daripada dulu. "Mama ni jangan sibuk-sibuk tanyakan hal Yanti, Yanti dah dewasa,
tahulah Yanti jaga diri,', jerit Yanti.
Keluhan ini sering berlaku pada anak-anak
remaja yang dalam peringkat mengasingkan diri daripada kawalan emak bapa. Pada pendapat
Yanti, dia kini boleh berdiri dengan sendiri. Yanti sudah mempunyai nilai sendiri,
idea-idea mamanya sudah dianggap kuno. Mama Yanti, Maryati tidak berani lagi untuk
'mempengarubi'. "Saya bimbang Yanti akan tersinggung. Saya hanya 'introducing'
sahaja. Kalau ditolak, saya tak boleh buat apa-apa. Saya harus sedar bahawa saya sudah
tidak boleh menyatakan "ini yang patut Yanti buat...kenapa tak boleh buat begini,
begitu. Saya tidak boleh menyusun aturkan jadual hariannya itu.
Komunikasl semakin kecil
Kamu perlu ingat menjadi seorang ibu memang
serba salah, bekerja di luar rumah, dianggap 'meninggalkan' anak. Tapi, bila anak-anak
meningkat dewasa, mereka pun satu persatu 'meninggalkan' ibunya dan tak seorang pun yang
ambil peduli soal ini.
Waktu kamu mulai dewasa, di antara kamu
memang mula ada 'keretakan'. Kamu beranggapan sudah betulbetul berdiri di atas kaki
sendiri, betulbetul leading themselves. "Saya sering berasa tidak ada gunanya
lagi menasihatkan Yanti," kata Maryati.
Keinginan ibu untuk 'membelai' kamu,
seperti ketika kamu masih kocil kerap datang mengusik. Ya, semacam kerinduan seorang ibu
yang telah kehilangan si kecilnya yang dahulu begitu meminta perhatian. Sekarang?
Sekarang, memanggil mereka dengan intonasi "sayang" sahaja, si anak sudah mula
berasa rimas.
Kadang-kadang, saya masih cuba menyamakan
anak saya seperti dulu. Saya belai rambutnya. Wah! mereka benar-benar protes. "Mama
ni selalu anggap Reen anak kecil," kata Reen. La! itukan tanda sayang? Ya...tapi Reen
kan sudah besar mak," ujar Reen lembut. "Saya kaget, masih sbock . Ala
pegang kepalapun sudah tak boleh. Nanti apa lagi yang tak boleh? kata ibu Reen bersuara
lantang.
Bukan sahaja pendekatan secara fizikal dan
emosi yang kian berkurangan. Tapi dari segi wawasan pun, perbezaan itu semakin terasa.
"Saya sekarang lebih moden dibandingkan mama papa. Baru cakap sikit, mereka sudah
potong...Mama...kuno sikit," mungkin bisikan seorang anak.
Bahkan dalam menghadapi permasalahannya
pula, anak sering berasa yakin bahawa ia boleh memecahkan masalahnya sendiri. Seandainya
ibu berasa 'marah' melihat perlakuan anaknya itu, apa boleh buat, dia harus mampu menelan
kembali keinginannya untuk 'mengusap' anaknya itu. Paling-paling tidak, sekadar beri
pendapat. Itu pun, belum tentu diterima dan belum tentu tidak dianggap sebagai ikut campur
tangan.
"Kadang-kadang anak saya pergi tanpa
izin saya. Bagi saya ini sudah merupakan problem tersendiri. Ya! macam ketakutan pada
seorang ibu. Rasanya masalah ini akan hinggap pada semna ibu, tanpa terkocuali. Seperti
juga kata pepatah; kasih ibu sepanjang hayat, kasih anak sepanjang galah. Tapi bolehkah
'pertelingkahan' ini diperkecilkan.
Selama ini kita boleh menerima pertentangan mahupun
keserasian. Sebagai suatu kewajaran, maka semuanya akan berjalan dengan baik. Saya kira
semua itu bergantung daripada kedua belah pihak untuk meredakan keadaan. Jika kedua pihak
ini menyedari perkara itu-untuk saling mengurangi egonya, semua akan berjalan dengan baik,
kita akan saling memahami.
Bagaimana menjalln
Bagaimana menjalln komunikasl dengan anak-anak yang
seolah-olah tidak terbuka?
Sekarang kamu tahu kan bahawa orang tua
kamu sering bingung, gelisah dan tidak mengerti yang kamu juga perlu diperlakukan dengan
baik. Dan ternyata mereka juga ingin membuka komunikasi yang semakin pudar dengan kamu
yang semakin meningkat dewasa. Tapi mereka pun ragu-ragu (Ada yang kata, khuatir kamu
tidak mengerti)
Maka jangan berfikir bahawa ayah ibu selalu
melarang kemahuan kamu. Kadang-kadang mereka pun tidak pasti. Misalnya, kamu mengajukan
permintaan tertentu, mereka sering ragu-ragu untuk mengambil keputusan. Diizinkan, nanti
membawa masalah. Tidak dibenarkan, nanti kamu akan bermasam muka. Bukan kerana mereka
orang tua dalam erti usianya lebih tua daripada kamu, lalu mereka lebih pasti dalam segala
hal, terutama dalam hal mendidik putera-puterinya. Kamu juga mengertikan, zaman berkembang
terus sehingga para ayah dan ibu juga dituntut untuk menyesuaikan pendidikan di rumah
dengan kemajuan di luar yang kadang kala mendesak.
Seperti juga kamu yang sering bingung
menghadapi soal-soal matematik dan fizik di sekolah, mereka pun sering bingung menghadapi
tingkah lakumu yang 'ajaib'. Sebenarnya, kuncinya cuma satu iaitu komunikasi. Sebagai
remaja, kamu juga boleh aktif, tidak cuma menunggu orang tua untuk memulakan.
Bertindaklah! ada yang tidak jelas, nyatakan dengan terus terang. Ada yang tidak kena,
keluarkan. Ada yang menyedihkan, menangislah di depan ibu dan ayah. REMAJA yakin ibu akan
menyediakan kertas tisu dan ayah akan menyediakan dadanya yang bidang.
Itu cuma lebih baik daripada kamu cuma
duduk diam-diam sahaja, Jika semua kamu fikirkan dan selesaikan sendiri, paling teruk
nanti kamu akan bertanyakan rakan yang belum tentu benar nasihatnya.
Pertanyaan-pertanyaan di atas mungkin tidak
akan timbul jika sejak mula wujud komunikasi yang baik antara remaja dan orang tuanya.
Anak lelaki yang sedikit ego mungkin pernah mempunyai masalah yang tidak dibicarakan
secara terbuka, entah soal pemilihan sekolah atau soal hubungan kakaknya. Begitu pula si
ibu yang mendapati ada gambar-gambar yang menjolok mata di bilik tidur anak bujangnya.
Jika komunikasi di rumah tersebut berjalan, mungkin si ibu boleh menegur sambil lalu,
"Eh...mengapa gambar-gambar begitu kamu lekatkan. Malulah ibu tengok.
Sayangnya hubungan remaja dan orang tua
tidak ubah seperti orang berperang. Atau masing-masing punya fikiran begini di benaknya,
'dia pasti begini' Bertompoknya fikiran-fikiran hasil olahan otak masing-masing ini
berlaku kerana tidak pernah dikeluarkan, makin lama makin banyak. Ibarat air di
dalam cangkir yang diisi terus menerus tanpa pernah diminum, lama kelamaan pasti tumpah.
Sebaiknya, ciptakan situasi yang elok buat
kedua-duanyanya. Elok buat kamu, baik juga buat orang tuamu. Misalnya jika ada apa-apa
yang membimbangkan, rundingkan baik-baik. Walau bagaimana kesalnya hatimu, jaga
kata-katamu agar segala yang keluar tetap berada dalam jalur kesopanan. Buat apa
marah-marah sama orang tua sendiri? Akhirnya kamu juga kan yang punya perasaan tidak
selesa.
Nah, kalau daripada pihakmu sudah ada
kemahuan (dan tindakan) yang menunjukkan tanda-tanda keterbukaan, pasti dari pihak orang
tua mudah untuk mengikutinya. Jadi, segala kegelisahan boleh diatasi.
REMAJA, 15-31 JULAI 1995, M/S 29-30