Oleh ABD. RAHIM ABD. RASHD
BUDAYA lepak yang berlaku di negara ini
menarik perhatian pelbagai golongan, khususoya ahli kali masyarakat, pendidik, ibu bapa,
dan ahli politikyang berasa cemas dan bimbang terhadap kesan buruk ke atas golongan belia
dan masyarakat umumaya. Selain itu, budaya lepak ini begitu kuat dipengaruhi oleh budaya
liaryangbercanggah dengan norma dan nilai masyarakat negara ini. Budaya lepak yang
berkembang di kalangan belia mempunyai kecenderungan ke arah pembiakan pelbagai gejala
keruntuhan moral yang amat serius se rta me ningkatkan kes jenayah dan masalah sosial yang
kritikaL
Pembiakan budaya jenayah, dalam hal ini,
seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Daripada aspek lain, budaya lepak menyebabkan
meningkatoya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam
masyarakat. Menurut Sigmund Freud, perkembangan budaya liar akan membawa ahlinya terjebak
dengan pelbagai kegiatan sosial yang bersifat destruktif dan mempunyai unsur jenayah yang
akhirnya memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Budaya lepak adalah subbudaya yang dibentuk
oleh kelompok kecil dalam masyarakat bagi menjaga dan memenuhi kepentingan kelompok. Dalam
banyak hal, budaya lepak bercanggah dengan norma dan nilai masyarakat besar. Budaya lepak
merupakan budaya serpihan daripada budaya besar tetapi cukup menonjol dan adakalanya amat
berpengaruh bagi menimbulkan masalah dan kesan buruk kepada masyarakat.
Dari satu segi, budaya lepak dapat diliha
sebagai manifestasi ketandusan ideologi periuangan masyarakat pemuda dar golongan belia di
negara ini sejak beberap. tahun belakangan ini. Masalah ketandusan idealisme perjuangan
belia dan pemuda ini mulai berlaku pada 199~an sehingga masa kini. Dengan meningkatoya
pemodenan, pengejaran kebendaan menjadi amat lumrah dan mencorakkan semangat hidup yang
kosong dan tandus di kalangan belia.
Sistem pendidikan dan sistem sosial yang
lemah tidak mampu mengukuhkan semangat juang belia yang telah luntur. Golongan belia yang
menghadapi krisis identiti dan bankrap dari segi idealisme hidup menghadapi masalah
kekosongan mental, momI, kelemahan rohaniah, dan ketandusan semangat juang sehingga tidak
mampu menjadi tenaga peng gerak dalam masyarakat. Pemimpin belia yang korup dan pintar
menipu dengan m e n g g u - nakan persatuanbeliasebagaiasetdanmo. dal untuk mengejar
matlamat mereka. Masyarakat belia yang merupakan produk sosial sebegini Mta-mtanya tidak
lagi sensitif dan mempedulikan keadaan yang berlaku. Aspimsi, motivasi, dan taraf
kesedaran sosial dan moral yang rendah untak membaiki diri menjadikan golongan belia lebih
mudah terperangkap dalam agenda kehidupan yang tidak bermatlamat dan bermomI.
Budaya lepak merupakan fenomena modenisasi
dan kejutan budaya yang melanda golongan belia. Modenisasi membawa nilai baru yang dalam
keadaan tertentu dapat menimbulkan krisis nilai dan dilema moral di kalangan belia.
Penghijrahan golongan belia luar bandar ke bandar untuk mengejar perubahan menimbulkan
kejutan budaya.
Pengaruh modenisasi
TerhadaD nilai, sikap, keinginan, gaya hidup, kebendaan,
dan kepuasan menjadikan belia golongan yang hidup dalam dilema.
Budaya lepak pada umumnya merupakan fenomena bandar yang
berlaku kerana pertembungan budaya yang menimbulkan pelbagai krisis dan dilema baru kepada
golongan muda. Kebanyakan belia suka ke bandar untuk membnang masa, merayau-rayau,
berpeleseran, berfoya-foya, dan berlagak untuk mencari kebebasan dan melepaskan diri
mereka daripada tanggungjawab. Pola dan fenomena penghijrahan harian belia luar bandar ke
bandar menjadi semakin kritikal dalam mencorakkan budayalepakdi bandar. Keadaan di bandar
menyediakan persekitaran sosial yang sesuai untuk berkembangnya budayalepak. Mo
denisasi dan urbanisasi merupakan faktor tarikan so sial
yang amat be rpe ngaruh yang membawa golongan belia kepada perangkap gejala keruntuhan
moral yang cukup membimbangkan, kbususnya di negara membangun yang jurang pembangunan
antara bandar dengan luar bandar begitu jauh dan amat kritikal kepada pembangunan belia.
BUDAYA bandar yang berbeza dari pada luar bandar bukan
sahaja menyediakan ruang untuk per- ubahan belia tetapi mencorakkan fenomena sosial baru
seperti budaya lepak di kalangan belia. Budaya lepak berkem- bang di tempat seperti pusat
beli-belah, ge- dung pernia- gaan, stesen bas, taman rek- reasi, bangun- an terbiar dan
terpencil, dan pusat hiburan. Selain ting- kah laku yang mengganggu dan mengan- cam
keselesaan orang awam, golongan belia lepak mela- kukan pelbagai jenayah seperti menagih
dadah, seks rambang, pelacuran, peras ugut, gengsterisme, geng motosikal, pelum- ba pecut
dan berani mati, dan perosak harta awam. Budaya lepak menjadikan golongan belia nakal,
jahat, dan "sampah masyarakat". Dalam keadaan tertentu, fenomena sosial budaya
lepak ini amat mengancam keselamatan dan keamanan serta memberi gambaran buruk tentang
masalah sosial dan jenayah yang membimbangkan.
Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini
mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau
keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin
dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan
daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal
yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa
tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan
oranglain. Belia ini pun kurang kemahiran dan taraf pendidikannya rendah. Mereka banyak
menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumaya.
Budaya lepak di kalangan belia sering dikaitkan dengan isu
sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan,
masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri
daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom
sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang
begitu cepat berubah.
Budaya lepak menghasilkan kejutan budaya sebagai reaksi dan
tindak balas negatif golongan belia terhadap persekitaran sosial dan budaya yang kompleks
yang mengasingkan mereka daripada aliran perubahan yang berlaku. Fenomena ini berlaku
dengan meluas di kalangan belia dan remaja Melayu. Kurangnya aktiviti yang berfacdah yang
sepatutnya dapat dilakukan oleh belia merupakan punca budaya lepak atau budaya
berpeleseran di kalangan anak Melayu yang hanyut dalam arus perkem bangan dan pemodenan
bandar.
DEWAN BUDAYA, APRIL 1998, M/s 22-23