Andainya kamu mahukan perhubungan berkekalan ingatlah
jangan terlalu suka'menyerah' . Bi arlah sesekali dia menjadi cemburu cintamu.
Jarang yang kita temui kasih sayang sejati yang seimbang.
Adakalanya si gadis yang tergila-gilakan si lelaki begitu juga sebaliknya. Hakikatnya
cinta salah seorang itu lebih mendalam. Kita sering dibisikkan bahawa cinta adalah
kombinasi dua hati dan kasih sayang yang sama-sama berkongsi segalanya. Tapi cuba lihat
sekelilingmu atau dirimu sendiri. Apakah kamu bertemu dengan pasangan yang sedemikian?
Kebanyakan perhubungan lebih tertumpu kepada sebelah pihak sahaja terutamanya di awal
pertemuan. Alangkah bagusnya jika si dia yang lebih mencintai kamu dari kamu mencintainya.
Terlalu banyak memberi
Andainya kamu yang lebih mencintainya tentu
kamu sanggup melakukan apa sahaja. Lihat sahaja cinta wanita yang diagung-agungkan dalam
filem. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan lelaki yang dicintai.
Ada yang sanggup meninggalkan harta, pangkat serta darjat keluarga demi seorang lelaki.
Begitu besarnya kuasa cinta!
Menurut pakar psikologi, wanita, bila
bercinta bukan sahaja memberikan hatinya tetapi perasaan dan jiwa raga. Seluruh jiwa dan
raga serta tumpuannya hanya untuk orang yang dicintainya. Biar apa sahaja tohmahan atau
sikap buruk si lelaki, baginya semua itu hanyalah omongan kosong orang-orang yang dengki.
Baginya si dia langsung tiada cacat cela. Hanya satu sahaja dalam hidupnya iaitu untuk
memenangi hati orang yang disukai. Kiranya hanya dia yang bersungguh sebenarnya dia akan
kehilangan banyak perkara. Hidup jadi tak keruan. Pasti tiada teman sejati, hobi atau
minat tertentu kerana seluruh hidupnya tertumpu kepada si dia.
Si lelaki pula lain halnya. Biasanya mereka
lebih pandai mengagih-agihkan ruang hidup membuatkan ia tidak meninggalkan sebarang kesan
buat mereka. Lagipun ia sesuatu yang bagus bagi mereka kerana mereka tidaklah "take
for granted".
Cinta yang seimbang
Kiranya si lelaki lebih mencintai
pasangannya dan si gadis pula kurang memberi perhatian, pasti hubungan cinta mereka lebih
meriah. Kes Mandy misalnya hingga kini masih lagi tercari-cari cinta sejati.
"Sebenarnya bukan saya tak sedar, agaknya saya sering jatuh cinta pada orang yang
salah. Mulanya dengan Mie. Setiap hari sanggup bertunggu tangga di rumah Mie. Hinggakan
tiap saat saya memikirkan apakah yang dilakukan olehnya dan adakalanya saya tak boleh
tidur. Fikiran terganggu dan terbawa-bawa ke pejabat. Setiap pagi saya menjemputnya dan
menelefonnya setiap satu jam. Hati ini sentiasa bimbang kalau tak mendengar suaranya.
Apakah dia keluar dengan orang lain? Gerak hati saya memang benar bila suatu malam saya
tunggu depan rumahnya hingga jam tiga pagi. Memang benar dalam masa yang sama dia
mempunyai seorang lagi teman wanita. Dalam kegelapan malam mengintipnya itu secara tak
langsung saya tersedar dan berkata pada diri, mengapa saya harus jadi begini? Apa
istimewanya hinggakan saya bagaikan orang gila. Sanggup menunggu dalam gelap semata-mata
kononnya kerana cinta. Lepas tu terus saya memandu balik rumah. Sejak hari itu saya
berjanji pada diri bahawa saya tak kan berterusan begini. Tak ada apa yang kurangnya kalau
dia berlalu dari hidup saya. Selama inipun banyak duit saya habis kerananya. Tak berbaloi
menunggu cintanya lagi.
Bila saya kenal dengan Zul saya tak ingin
mengulangi semua perkara yang pernah saya lakukan dengan bekas teman lelaki saya. Awal
lagi dah saya katakan, biarlah perhubungan kami sekadar teman biasa sahaja. Memang saya
serik dan dah malas nak menaruh harapan. Biarlah apa yang jadi, jadi lah. Bila dia ajak
saya bercuti, awal-awal lagi saya kata mesti tempah bilik yang berlainan. Saya tahu kalau
begitu cepat bersamanya nanti saya akan kehilangan harga diri."
Kini tibalah giliran Zul pula yang
memainkan peranannya untuk memenangi hati Mandy. Selepas itu barulah mereka menjadi
pasangan namun Mandy tetap dengan pegangannya, tidak mahu menunjukkan dia jatuh hati pada
Zul terlalu awal. Bagi menambat hati Mandy, pelbagai perkara Zul lakukan.
"Saya ni bukanlah kejam sangat tetapi
saya mahu meneruskan hidup sendiri dan adakalanya keluar bersama teman-teman. Biarlah saya
mempunyai agenda hidup sendiri. Kini saya tak mahu lagi hidup dibelenggu dan saya bahagia
dengan cara ini. Apa yang saya lakukan hanya untuk diri sendiri dan tak perlu lagi
memikirkan perasaan orang lain."
Nampaknya Zul pun selesa dengan situasi
begini. Ia membuatkan dia sentiasa mempunyai cabaran.
Jangan terlalu mudah
Menurut pakar psikologi, sesebuah
perhubungan akan lebih berjalan lancar kiranya lelaki yang memulakan dahulu perhubungan
tersebut. Ini adalah fenomena natural. Biarpun ia lebih konservertif tetapi berkesan.
Kebanyakan wanita sering membuat kehidupan
lelaki selesa. Ini menjadikan dia langsung tak payah berjuang bagi mendapatkan
kamu. Bila
kamu jatuh cinta, kamu sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Bukan sahaja kamu ingin
membuatkannya bahagia tapi ada juga segelintir yang keterlaluan dan mengharapkan si dia
bergantung sepenuhnya kepadamu. Semua ini akan menyebabkan kita sibuk tak menentu dalam
cubaan untuk memenangi hatinya. Bagaimana ye
..kiranya kamu benar-benar
mencintai si dia dan mahukan perhubungan tersebut berjalan lancar? Jawapannya mudah sahaja
kamu harus menyimpan sesuatu untuk kamu kerana kiranya teriadi sesuatu yang tak diingini
kamu boleh bangkit semula. Jangan biarkan duniamu hanya diselubungi olehnya. Cuba bernafas
sendiri.
Kamu harus punya keyakinan diri dan boleh
hidup tanpanya. Biarlah kamu dengan minat dan aktiviti tersendiri dan tidak terlalu
bergantung harap kepadanya. Jangan sesekali jadikan dia keutamaan dalam hidupmu. Tak
perlulah kamu lakukan perkara yang tidak kamu sukai semata-mata inginkan dia dekat
denganmu. Sebenarnya lelaki jarang bersikap demikian melainkan jika dia mempunyai alasan
tertentu.
Biar dia meneka dalam kesamaran
Apakah kamu terlalu berkira? Tidak
sebenarnya kamu adalah seorang yang realistik. Lelaki akan menunjukkan sikap terbaik
ketika cuba menggodamu. Silapnya wanita juga kerana mereka ingatkan sikap itu akan
berterusan. Ketika cuba menggoda dia benar-benar mahu kelihatan terbaik. Dia akan cuba
sedaya upaya kerana dia mahukan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan ialah pastikan sikap itu
tidak berakhir ketika cubaan memikat sahaja.
Agar kasih sayang berpanjangan, kamu harus
mengenepikan dahulu semua impian romatik yang dipendam. Diana seorang yang berjaya tetapi
selalu kecewa dalam bercinta. Ketika dia bercinta dengan Hisyam selama empat tahun
perhubungan mereka Diana tidak pernah jemu dan sentiasa berharap Hisyam juga akan
menyayanginya sebagainya sayangnya pada Hisyam.
Tak pernah sekalipun dia lokek dan sering
membelikan hadiah-hadiah mahal untuk Hisyam, menghantar kad dan telegram, sanggup membantu
menaipLan kertas kerja dan assignment dan menjadi pemandu untuk buah hatinya. Tapi sayang
satu pun tak dihargai. Jenuh kawan-kawan menasihatinya, buat apa tunggu lagi dengan Hisyam
sedangkan pengorbanannya sedikitpun tak dihargai. Cuma Diana sahaja yang terhegeh-hegeh
menunggu. Saat paling memalukan Diana ialah ketika Hisyam dengan tenangkan membuat
pengumuman pada teman-teman bahawa dia akan berkahwin tapi bukan dengan Diana sebaliknya
dengan buah hatinya yang lain. Tergamam Diana seketika. Tak dapat langsung dia menerima
hakikat itu.
Peristiwa tersebut benar-benar
menyedihkannya. Malu dia mahu berjumpa dengan semua orang dan lebih baik dia berkurung
sahaja di rumah. Jenuh juga teman-teman memujuk dan mengajaknya keluar tapi semuanya tak
berhasil. Akhirnya setelah lebih dari tiga bulan memerap barulah dia berjaya menerima
hakikat itu.
"Bila mengenangkan kembali perhubungan
kami, rasanya memanglah saya rasa kehilangan kerana selama ini dia yang membuat semua
keputusan. Bila dia berlalu dari hidup saya, gila sekejap. Saya tahu hidup ini harus
diteruskan. Kini saya sedar kalau mahu mencari pasangan pun biarlah dia seorang yang
bertanggungiawab dan boleh dipercayai serta paling penting dia menyayangi saya sepenuhnya.
Sekarang ni bila ada yang ingin berkenalan dengan saya, pasti saya tidak terburu-buru dan
biarkan dia yang melakukan cubaan memikat.
Buat apa kita yang bersusah payah berusaha
untuk memenangi hatinya? Buang masa sahaja kalau dia dah tak suka apa yang dilakukan tak
akan berjaya juga. Lebih baik cari seseorang yang menyayangi kita. Lagipun lelaki kan
tercipta untuk wanita jadi biarlah mereka yang lakukan tugas pikat memikat dan dirimu pula
dipikat. Itu lah cabaran bagi mereka!.