|
||
|
||
| | Pengenalan | Artikel-Artikel | FAQ | Talian Telefon Penting | Maklumat Awam | Borang Nasihat | |
|
Capaian Internet, E-mel dan Anda
Cyber Café Akses di Pejabat Akses di Rumah Pilihan ISP dan Cara untuk Membuka Akaun Bagi mendapatkan perkhidmatan Jaring, pengguna boleh membuka akaun di pejabat Mimos di Taman Teknologi Malaysia; melalui JSP (Jaring Service Provider) seperti Utusan Asia Online (sebelum ini dikenali sebagai Utusan Jaring) dan Silicon Communications; ataupun melalui JSO (Jaring Service Operators) yang lazimnya terdiri dari kedai komputer. Pengguna boleh juga membuka akaun terus di laman web HYPERLINK https://www.online.jaring.my https://www.online.jaring.my dengan menggunakan kupon JET ataupun kad kredit. JET boleh didapati di mana-mana kedai yang memaparkan lambangnya di hadapan kedai. Untuk perkhidmatan TMNet yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia Berhad, pengguna boleh membuka akaun di Kedai Telekom yang berhampiran. Ketiga-tiga syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan dengan mengenakan bayarn ke atas tiga perkara; iaitu yuran pendaftaran, yuran capaian (access fee) dan penggunaan telefon semasa bersambung ke Internet. Kadar bayaran telefon tersebut adalah lebih murah daripada panggilan tempatan biasa (lebih kurang 3 sen seminit) untuk menggalakkan penggunaan Internet. Selain daripada itu, Jaring dan TMNet telah menyediakan nombor khas untuk perkhidmatan ISP iaitu 1511 dan 1515. Umpamanya, jika anda menggunakan perkhidmatan Jaring, anda dail terus ke nombor 1511 (bukan melalui telefon, tapi menggunakan modem). Kategori kedua pula adalah perkhidmatan ISP yang didapati melalui bayaran telefon sahaja (Maxis.net, TIMENet dan Celcom.net). Walau bagaimanapun, bayaran telefon seminit servis ini adalah lebih mahal berbanding dengan Jaring dan TMNet, iaitu pada kadar panggilan telefon tempatan biasa. Kelebihannya adalah ketiadaan yuran pendaftaran dan yuran capaian; tambahan pula pendaftaran boleh dibuat dalam talian (online) ( HYPERLINK http://www.maxis.net.my www.maxis.net.my, HYPERLINK http://www.time.net.my www.time.net.my atau HYPERLINK http://www.celcom.net.my www.celcom.net.my) dan akaun boleh diperolehi dengan serta-merta. Kelemahannya adalah talian sambungan lebih susah didapati berbanding dengan Jaring dan TMNet yang mempunyai infrastruktur yang lebih komprehensif. Setelah membuka akaun di salah sebuah syarikat ISP, anda akan diberi alamat e-mel. Anda boleh membuat konfigurasi perisian penggunaan e-mel (configure e-mail application) anda supaya boleh menerima dan menghantar e-mel menerusi komputer anda. Jenis e-mel yang diberi oleh ISP merupakan akaun e-mel POP. Akaun jenis ini perlu digunakan bersama aplikasi seperti Outlook Express dan Eudora. Apabila hendak mendapatkan capaian ke Internet untuk merayau atau menghantar e-mel, anda perlu sambungkan telefon ke belakang CPU anda di ruang (port) talian telefon ataupun pada modem luaran (external modem) dan gunakan perisian penggunaan terus-dail (dial-up application) yang terdapat di dalam komputer anda untuk mengakses Internet. Sebelum itu anda perlu membuat konfigurasi perisian penggunaan di dalam komputer anda dengan maklumat akaun peribadi anda yang diberi oleh ISP bagi setiap akaun peribadi yang dibuka. Ikut arahan perisian penggunaan anda yang selalunya mengandungi perisian bestari (wizard) untuk menyenangkan proses konfigurasi. Apabila selesai membuat konfigurasi, tekan butang sambungan dan tunggu sehinggalah anda diberitahu yang talian sudah didapati. Jangan terkejut sekiranya ada bunyi elektronik yang nyaring daripada komputer anda ala bunyi semasa menghantar faks. Itu hanyalah modem anda yang 'bekerja keras' menghubungi Internet bagi pihak anda. E-mel E-mel Percuma Akaun ini boleh diakses dari sebarang tempat, sama ada komputer itu milik anda atau tidak. Ini adalah kerana anda langsung tidak perlu membuat sebarang konfigurasi pada komputer yang anda gunakan. Ynag penting, ada IE atau NN dan capaian ke Internet, agar laman web tersebut boleh dicapai. Pendek kata, sekiranya anda tidak mempunyai komputer di rumah atau anda ingin memriksa e-mel akaun anda semasa berada di luar rumah tetapi anda tidak memiliki komputer pangku (lap top), anda boleh memeriksa akaun tersebut di mana-mana Cyber Café atau di rumah rakan anda. Percuma dan mudah. Tetapi awas, yang percuma hanyalah penggunaan akaun e-mel tersebut. Anda masih perlu membayar penggunaan talian telefon dan capaian ke Internet sekiranya di rumah (anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akaun peribadi ISP, tanpa akaun peribadi, anda tidak boleh dail terus ke Internet); atau bayaran yang dikenakan oleh pihak Cyber Café. E-mel Berbayar Di pejabat pula, Microsoft Outlook (yang juga mengandungi ciri-ciri kalendar dan buku alamat (address book) lazim digunakan kerana ia disertakan di dalam perisian bergabung Microsoft Office (bundled software). Sebuah lagi perisian penggunaan yang popular di pejabat adalah Lotus Notes, milik IBM. Ia merupakan perisian bergabung (groupware) dengan perisian penggunaan Wordperfect dll (seperti mana Microsoft Office bergabung dengan Microsoft Word dan Microsoft Outlook). Konfigurasi utama yang perlu dibuat perisian penggunaan e-mel yang disebutkan adalah seperti berikut: nama pengguna (username) atau pengenalan log masuk e-mel (e-mail login ID) iaitu pendahulu alamat e-mel. Umpamanya, jikalau e-mel anda adalah HYPERLINK mailto:ahmad@pd.jaring.my abc@maxis.net.my, maka nama pengguna anda adalah 'abc'. Kemudian, POP server merupakan nama server yang mengendalikan e-mel yang diterima (incoming e-mail): lazimnya ia diisi sebagai pop.maxis.net.my. Pengguna Jaring ISP hendaklah berhati-hati kerana Jaring menamakan POP server mereka dengan nombor; pengguna Jaring yang baru lazimnya perlu mengisi relay29.jaring.my atau pop29.jaring.my. Bila diminta SMTP server pula (untuk e-mel yang hendak dihantar), isikan smtp.maxis.net.my. Tetapi pastikan yang anda isikan maklumat ISP yang betul. Jangan isikan 'maxis' sekiranya ISP anda adalah TIME. Untuk menjaga kebersendirian (privacy) diri sendiri, jangan amalkan perbuatan mengisi atau menyimpan kata laluan (save password) dalam konfigurasi perisian penggunaan anda. Jika ruang tersebut dibiarkan kosong, anda hanya akan diminta mengisi kata laluan apabila hendak menghantar atau menerima e-mel. Ini amatlah digalakkan terutamanya bila komputer yang digunakan bukan milik anda tetapi dikongsi dengan orang lain. Sekiranya password anda disimpan sebegini, perisian penggunaan e-mel tersebut tidak akan memintanya lagi dan sesiapa sahaja boleh mengakses akaun e-mel anda. Beringatlah sebelum terlambat! Wanita Ogos 2001, Ms 206-207
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -