Proses:
Apabila Kaunter air bergerak atau meningkat, itu menandakan miter air itu berfungsi.
Ujian 2 - Untuk Memastika Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan Di Bawah Tanah.
Pemerhatian:Proses:
- Lakukan Ujian 1 untuk memastikan yang miser air itu berfungsi. Jika tidak, lakukan Ujian 3.
- Tutup tap air di dapur dan pastikan semua tap atau lain-lain punca bekalan air ditutup rapat.
- Pastikan tiada pengaliran air ke dalam tangki simpanan.
- Catatkan bacaan miter.
- Tunggu sehingga 10 minit dan perhatikan pergerakan bacaan miter.
Apabila bacaan miter air meningkat, itu menandakan terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan sebelum diagihkan ke tangki simpanan.
Pemerhatian:Proses:
- Sambungkan hos getah pada pili dapur atau pili air terus.
- Gunakan sebiji gelas dan buka pili tersebut sehingga air di dalam gelas melimpah.
- Pastikan hos getah ditenggelami air di dalam gelas.
- Tutup injap sesekat sebelum miter air dan pastikan tidak ada air yang melaluinya.
- Tunggu sehingga 10 - 15 minit. Perhatikan paras air dalam gelas, samada menurun atau tidak.
Paras air dalam gelas akan menurun jika terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan di bawah tanah.
Proses:
- Perhatikan kesan basah di lantai atau dinding pada laluan paip air.
- Pastikan semua punca air dari tangki simpanan ditutup dan tidak digunakan semasa kajian sedang dijalankan.
- Tutup injap sesekat pada aliran masuk dan pastikan tiada air yang mengalir melaluinya.
- Tandakan paras air di dalam tangki simpanan air.
Nota:Biasanya tangki simpanan terletak di atas siling rumah. Gunakan lampu suluh apabila berada di atas siling. Berhati - hati dan jaga keselamatan semasa di atas siling.
- Pastikan tiada penggunaan air yang berpunca dari tangki simpanan.
- Tunggu selama 1 - 2 jam dan pastikan paras air dalam tangki semula samada paras air menurun atau tidak
Pemerhatian:
Jika paras air berada dibawah paras asal, ini menandakan terdapat kebocoran pada paip agihan selepas tangki simpanan.
Tindakan pengguna:
- a. Hubungi tukang paip yang berdaftar / berlesen dengan JANS untuk kerja- kerja pembaikan.
- b.Kos pembiayaan pembaikan adalah di atas tanggungan pengguna.
Sumber : Buku Panduan Pelanggan, Jabatan Air Negeri Sabah, Julai 1997