FAQ (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS) MENGENAI JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)

1)   JPSM

1.1  Apakah JPSM ?

JPSM merupakan singkatan bagi Jabatan Pembangunan Sumber Manusia iaitu salah sebuah agensi Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kementerian Pembangunan Sumber Dan Perusahaan Sabah.

1.2     Bilakah JPSM ditubuhkan?

JPSM ditubuhkan pada 1 Julai 1988 melalui Kertas Kabinet Negeri Sabah Bilangan 5 Tahun 1988 bertarikh 10 Februari 1988 dan Surat Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Bilangan CC.107/439 bertarikh 27 Julai 1988.

1.3     Apakah objektif penubuhan JPSM?

JPSM adalah dipertanggungjawabkan untuk membangun dan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber manusia yang terdapat di Sabah melalui perancangan sumber manusia dan program-program latihan yang teratur dan berkesan

1.4     Apakah fungsi JPSM?

JPSM mengambilalih fungsi-fungsi yang dahulunya dikendalikan oleh Institut Tadbiran & Penyelidikan Sabah (SINAR) dan Unit Perancangan & Pembangunan Tenaga Rakyat (UPTR), Jabatan Ketua Menteri. Fungsi-fungsi utama JPSM tersebut ialah :

  1. Menganjurkan program latihan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan/Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah
  2. Menganjurkan kursus-kursus Perdagangan dan Kemahiran Teknik bagi lepasan sekolah agar mereka boleh meningkatkan kemampuan untuk merebut peluang pekerjaan atau mengwujudkan kegiatan-kegiatan saradiri
  3. Menaja belia-beliawanis/lepasan sekolah untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang diperlukan oleh industri/majikan di Sabah
  4. Mengendalikan kajian keperluan dan penawaran tenaga manusia di semua sektor ekonomi di Sabah
  5. Memberikan khidmat bimbingan kerjaya dan bantuan mendapatkan peluang-peluang pekerjaan kepada para pencari kerja

1.5     Bagaimanakah fungsi-fungsi berkenaan dilaksanakan?

Fungsi-fungsi berkenaan dilaksanakan oleh empat (4) pusat di JPSM iaitu Pusat Latihan Sektor Awam, Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan, Pusat Perkhidmatan Pekerjaan dan Pusat Perancangan Dan Pembangunan Tenaga Manusia.

2)     PUSAT LATIHAN SEKTOR AWAM (PLSA)

  2.1   Apakah aktiviti atau perkhidmatan yang disediakan oleh
         PLSA?

PLSA bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan serta Penguasa-Penguasa Tempatan di Sabah. Pusat ini juga menganjurkan Seminar / Simposium / Persidangan / Bengkel mengenai isu-isu semasa Pentadbiran Awam dan sebagainya.

  2.2   Apakah kursus-kursus yang dikendalikan oleh PLSA?

Kursus-kursus yang dikendalikan oleh PLSA adalah terdiri daripada beberapa kategori seperti berikut:

  1. Kursus Kemajuan Pengurusan - 33 jenis kursus yang diberi kod KKP 01 hingga KKP 33 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  2. Kursus Kemajuan Kakitangan - 27 jenis kursus dan setiap satu diberi kod KKK 01 hingga KKK 27 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  3. Kursus Induksi Umum yang berorientasikan peperiksaan ini diadakan dalam bentuk 3 Modul :

    a) Induksi Umum I (KIU 01)
    b) Induksi Umum II (KIU 02)
    c) Induksi Umum III (KIU 03)
  4. Kursus Komputer - 6 jenis kursus dan masing-masing diberi kod KOM 01 hingga KOM 06 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  5. Kursus Kerajaan Tempatan – Diberi kod KKT
  6. Kursus Bahasa - 3 jenis kursus yang diberi kod KBA 01 hingga KBA 03 (Maklumat lanjut oleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  7. Kursus Khas/Seminar – 3 jenis kursus dengan kod KKH 01 hingga KKH 03 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  8. Latihan Koperasi Dan Perdagangan - 5 jenis kursus dan setiap kursus diberi kod LKP 01 hingga LKP 05 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  9. Latihan Membina Semangat (OBS) – 1 jenis kursus dengan kod LMS 01 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)
  10. Kursus Usahasama INTAN/JPSM - Jenis kursus dibawah kategori ini ditentukan oleh pihak INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan kod kursusnya adalah KBI 01 hingga KBI 07 (Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam Projek Latihan Tahunan JPSM)

  2.3   Bilakah kursus-kursus ini diadakan ?

Kursus-kursus di bawah Pusat ini diadakan sepanjang tahun seperti mana yang dijadualkan dalam Projek Latihan JPSM yang dikeluarkan dan diedarkan di seluruh agensi di Sabah tiap-tiap tahun

  2.4  Bagaimanakah cara mengikuti kursus-kursus yang dikendalikan
         oleh pusat ini?

Pemohon hanya perlu melengkapkan satu keping Borang Permohonan Kursus dan menghantarnya ke alamat berikut:

PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)
TINGKAT 7 & 8, BLOK A, WISMA MUIS
BEG BERKUNCI 198
88999 KOTA KINABALU

2.5     Dimanakah borang-borang tersebut boleh didapati?

Borang-borang Permohonan Kursus dikirimkan bersama-sama sinopsis kursus 3 bulan sebelum sesuatu kursus dilaksanakan kepada ketua-ketua jabatan. Borang berkenaan boleh difotokopi atau dibuat salinan. Borang-borang tersebut juga boleh didapati di Pejabat-Pejabat Cawangan JPSM.

  2.6    Siapakah yang layak mengikuti kursus-kursus anjuran PLSA?

Setiap jenis kursus menetapkan kumpulan sasar tertentu dan ini dinyatakan di dalam sinopsis kursus yang disediakan. Semua kakitangan agensi kerajaan negeri dan persekutuan , Badan Berkanun negeri dan Persekutuan serta Kerajaan Tempatan layak memohon kursus-kursus berkenaan.

 2.7   Berapakah pemohon yang ditawarkan mengikuti sesuatu kursus?

Jumlah pemohon dan penerimaan borang adalah tidak terhad bagaimanapun tidak semua ditawarkan untuk menghadiri kursus. Bilangan yang ditawarkan mengikuti sesuatu kursus adalah antara 30 hingga 40 orang pemohon sahaja.

  2.8   Apakah bentuk pengiktirafan yang diberi oleh PLSA, JPSM kepada peserta yang mengikuti kursus-kursus anjurannya?

Setiap peserta yang hadir dengan jayanya akan diberi Sijil Kehadiran Kursus di akhir sesuatu kursus.

3)  INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP)

 3.1   Apakah jenis kursus anjuran ILTP?

Kursus-kursus anjuran ILTP adalah seperti berikut:

  1. Sijil Sains Kesetiausahaan (Dalam Perdagangan)
  2. Sijil Pengurusan Dalam Pengajian Perdagangan
  3. Sijil Pengurusan Perniagaan Kecil
  4. Sijil Dandanan Rambut dan kecantikan
  5. Sijil Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  6. Sijil Pendawaian Elektrik
  7. Sijil Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
  8. Sijil Mekanik Motor:

a)  Mekanik Jentera Berat
b)  Mekanik Motor

  3.2    Berapa lamakah sesuatu kursus itu dilaksanakan?

  1. Kursus ( i ) hingga (iv) diadakan selama 1 tahun (12 bulan)
  2. Kursus ( v ) hingga (viii) diadakan selama 6 bulan

  3.3   Siapakah yang layak memohon kursus?

Belia/beliawanis yang berumur antara 17 hingga 26 tahun, Bumiputera Sabah, Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah adalah layak untuk memohon mana-mana kursus anjuran ILTP. Setiap pemohon juga hendaklah lulus Sijil Pelajaran M alaysia (SPM)

  3.4   Bagaimanakah pengambilan dibuat?

Pengambilan dibuat melalui temuduga terbuka yang diadakan 2 kali setahun iaitu:

a)   Bulan Oktober bagi pengambilan bulan Januari
b)   Bulan April bagi pengambilan bulan Julai

   3.5   Berapa kali pengambilan dibuat dalam setahun?

Pengambilan bagi Kursus ( i ) hingga ( iv ) dibuat satu kali setahun iaitu bagi Sesi Januari hingga Disember setiap tahun. Kursus (v) hingga (viii) pula dibuat dua (2) kali setahun iaitu bagi Sesi Januari hingga Jun dan sesi Julai hingga Disember setiap tahun

  3.6   Bagaimana memohon kursus-kursus ini?

Cara memohon kursus-kursus tersebut adalah dengan menghadiri Temuduga Terbuka yang diiklankan di media massa

  3.7   Di mana iklan pengambilan diiklankan?

Iklan-iklan dikeluarkan media massa berikut:

  1. Daily Express
  2. Borneo Mail
  3. New Sabah Times
  4. Radio (RTM Sabah)

  3.8   Apakah sijil kursus-kursus anjuran ILTP diiktiraf?

Kesemua sijil kursus ILTP adalah diiktiraf oleh majikan sama ada Sektor awam atau Sektor Swasta

  3.9   Jenis peperiksaan yang perlu diikuti?

Dalam mengikuti kursus-kursus ILTP ini, para pelatih adalah dikehendaki menduduki beberapa jenis peperiksaan yang berkaitan dengan kursus mereka iaitu :

Peperiksaan Dalaman ILTP (Kesemua Kursus) Peperiksaan MLVK (Bagi Kursus Sijil Dandanan Rambut dan Kecantikan) Peperiksaan MCC/LCC (Kecuali bagi Kursus sijil Dandanan Rambut dan Kecantikan dan Kursus Teknikal) Pertolongan Cemas (Kesemua Kursus) Bahasa Cina (Bagi Kursus Sijil Pengurusan Perniagaan Kecil)

  3.9.1 Jenis kemudahan yang disediakan kepada pelatih ILTP?

Kemudahan yang disediakan oleh ILTP kepada para pelatih yang mengikuti kursus anjurannya ialah:

Penginapan Makan dan Minum Pakaian seragam Elaun Bulanan/ Wang Saku (RM40.00) Pengangkutan

4)  PUSAT PERKHIDMATAN PEKERJAAN

  4.1  Apakah syarat-syarat diperlukan untuk mendaftarkan diri sebagai pencari kerja?

Lepasan Sekolah yang memiliki kelulusan UPSR, PMR, SPM, STPM ataupun Diploma dan Ijazah. Para pencari kerja yang langsung tidak mempunyai kelulusan akademik warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah

  4.2   Apakah tujuan JPSM untuk mendaftar pencari kerja?

JPSM membantu para pencari kerja untuk menyebarkan maklumat mereka kepada majikan-majikan Swasta di Sabah yang memerlukan tenaga kerja. JPSM akan mempertimbangkan para pencari kerja yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus anjuran dan tajaan JPSM sekiranya mereka layak untuk mengikuti kursus tersebut JPSM akan memberi khidmat kaunseling dan ceramah atau seminar kepada para pencari kerja yang mendaftar dengan JPSM.

  4.3   Apakah yang dimaksudkan dengan JSMD?

JSMD adalah singkatan bagi Jawatankuasa Sumber Manusia Daerah. Ia adalah satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Presiden-presiden Majlis Perbandaran dan Pegawai-pegawai Daerah untuk menangani masalah pengangguran di Peringkat Daerah

  4.4   Apakah fungsi-fungsi JSMD?

Fungsi-fungsi JSMD adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui bilangan penganggur di daerah masing-masing
  2. Mengenalpasti punca-punca pengangguran di daerah masing-masing
  3. Mengenalpasti dan memperakukan langkah-langkah untuk mengatasi pengangguran bagi daerah berkenaan kepada Kerajaan Negeri melalui JPSM dengan mengambilkira keadaan sosio ekonomi di daerah-daerah berkenaan
  4. Mengenalpasti peluang latihan yang diperlukan oleh para penganggur sesuai dengan sosio ekonomi daerah mereka khasnya selaras dengan arus pembangunan negeri amnya

  4.5    Siapakah yang menganggotai JSMD?

Keanggotaan JSMD adalah seperti berikut:

i. Pengerusi Pegawai Daerah

Presiden Majlis Perbandaran

ii. Timb. Pengerusi

iii. Ahli Ketua Polis Daerah

iv. Urusetia JPSM

  4.6     Apakah perkhidmatan lain yang disediakan oleh Pusat Perkhidmatan Pekerjaan.

  1. Melawat dan berbincang dengan para majikan mengenai keperluan tenaga kerja mereka.
  2. Menganjurkan Seminar peluang-peluang pekerjaan bagi pencari-pencari kerja.
  3. Menawarkan khidmat bimbingan kerjaya kepada para lepasan sekolah dan para belia tempatan.

5. PUSAT PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN TENAGA
        MANUSIA(PERTAMA)

  5.1   Apakah jenis kursus yang ditaja oleh JPSM ?

HOSPITALITI

  1. Hotel Attachment Programme -SHA

  2. Pan Pacific Hotel & Resort Worldwide Career Institute Certificate

  3. Skim Perantisan Industri Perhotelan - Nexus Golf Resort Karambunai

  4. Skim Perantisan Industri Perhotelan (MLVK) - SIHA

  5. Hotel Attachment Programme - Masilau Resort, Kundasang

  6. Skim Perantisan Industri Perhotelan - Shangri-la’s Rasa Ria Resort Tuaran

  7. Vocational Certificate in Culinary Skills - Asian Tourism Institutions

  8. Kursus Hospitality Management Diploma Educational Institute American Hotel & Motel Association Distance Learning Programme - Stamford College Sabah

  9. Diploma Wigan & Leigh College (Diploma in Business & Hospitality Studies) - Asian Tourism Institutions

  10. Professional Chef Certificate

  11. Certificate in Hotel & Catering Operation

  12. Certificate in Eastern & Western

  13. Certificate in Hospitality Operation

TEKNIKAL

  1. Building Site Supervisor

  2. Electronic Engineering

  3. Basic Electronic

  4. Penyelenggaran Gergaji

  5. Penyelenggaran Kilang papan

  6. Pengumaian Kayu

  7. Program Latihan Sambil Bekerja di Sektor Perladangan (JAP)

  8. Kursus Lanjutan Dalam Sektor Perladangan (Non-Executive)

  9. Kursus Jahit -Menjahit - LB Fashion, Kota Kinabalu dan Matholda Enterprise, Keningau

  10. Reflexology Skills - International RWO Shur Health, KK

  11. Kursus Lanjutan Dandanan Rambut - Kimarie Hair Centre Petaling Jaya, Selangor

  12. Elektrikal

  13. Mekanik Penyejukan Bekuan dan Penyaman Udara

  14. Pemesinan Am

  15. Mekanik Indusri

  16. Jurubina Bangunan

  17. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu

  18. Paip dan Sanitari

  19. Automatif

  20. CAD/CAM

  21. Elektronik Perindustrian

  22. Kimpalan

  23. Kenderaan Perdangangan Berat

  24. Teknologi Percetakan

  25. Penyelenggaran Komputer

  26. Teknologi Plastik

  5.2  Siapakah yang layak dan apakah kelayakan masuk di perlukan untuk mengikuti kursus-kursus tajaan ?

Kelayakan masuk bagi kesemua kursus-kursus tajaan adalah seperti berikut :-

  1. Belia-belia dan warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah

  2. Lulus STPM, SPM, SPMV PMR atau tamat Darjah Enam (Tertakluk kepada Jenis Kusus)

  3. Umur 18 - 35 tahun.

  4. Sihat tubuh badan.

  5. Berminat bekerja di Sektor yang terpilih

  5.3   Berapa lamakah tempoh sesuatu kursus tajaan?

Jangkamasa kursus tajaan ialah antara 3 bulan hingga 18 bulan.

  5.4   Bilakah pengambilan dibuat bagi kursus tajaan?

Pengambilan akan diumumkan melalui suratkhabar-suratkhabar tempatan dari masa ke masa.

6. Di manakah maklumat lanjut mengenai perkhidmatan JPSM boleh diperolehi?

 
6.1  Alamat, Nombor Telefon, Fax & Email.

Alamat :

Ibupejabat dan Kampus Utama JPSM terletak di Tingkat 7 dan 8, Blok A, Bangunan Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Nombor Telefon : 

088-218722 / 218723 / 218730 / 219812 / 219855 / 217198/ 224602

  Fax:    088-239085

  e-mail:

kpnp.b.jpsm@sabah.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
(Latihan Sektor Awam)

kpnp.c.jpsm@sabah.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
(Institut Latihan Teknik dan Perdagangan)

kpnp.f.jpsm@sabah.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
(Perkhidmatan Pendaftaran)

kpnp.d.jpsm@sabah.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
(Pusat Perancangan Tenaga Manusia)

kpnp.e.jpsm@sabah.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
(Unit Pembangunan Kurikulum)

kpnp.a.jpsm@sabah.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
(Pentadbiran dan Kewangan)

pt.a.jpsm@sabah.gov.my
Pegawai Pentadbir

 

  6.2    JPSM juga mempunyai 3 buah kampus berasingan iaitu:

 

  6.3    Selain daripada kampus, terdapat juga Pejabat Cawangan JPSM di seluruh Negeri Sabah iaitu di alamat berikut:

  1. d/a Bangunan Urusetia
    Tingkat 1, Km.11, Jln. Labuk
    90000 SANDAKAN
    (Tel: 089-669302)

  2. d/a Majlis Perbandaran Tawau
    Tingkat 1, Jln. Dunlop
    Peti Surat 412
    91007 TAWAU
    (Tel:089-762973)

  3. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Urusetia Kecil
    Peti Surat 124
    89158 KOTA BELUD
    (Tel:088-976054)

  4. d/a Pejabat Daerah
    Peti Surat 2
    89307 RANAU
    (Tel: 088-870504)

  5. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Urusetia Kecil
    Peti Surat 38
    89807 BEAUFORT
    (Tel: 087-211209)

  6. d/a Pejabat Daerah
    89250 TAMPARULI
    (Tel:088-782357)

  7. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Urusetia Kecil
    Peti Surat 100
    89907 TENOM
    (Tel: 087-737780; 018 9852491)

  8. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Urusetia Kecil
    91111 LAHAD DATU
    (Tel: 089-884425; 018 8868476)

  9. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Urusetia kecil
    Peti Surat 27
    89747 KUALA PENYU
    (Tel: 087-884363/364/231 /018 8859263)

  10. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Urusetia Kecil
    89857 SIPITANG
    (Tel: 087-821963)

  11. d/a Pejabat Daerah
    Bangunan Kedai SEDCO (Pustaka LP)
    Tingkat 1, Blok D, Lot 6, Phase III
    89650 TAMBUNAN
    (Tel: 087-773219)

  12. d/a Pejabat Daerah
    Peti Surat 1
    91307 SEMPORNA
    (Tel: 089-781854)