JABATAN BURUH
SOALAN DAN JAWAPAN (FAQ)

ORDINAN BURUH (SABAH BAB 67)

Had Waktu Bekerja

1.1 Apakah had waktu bekerja bagi seorang pekerja di bawah perundangan buruh di Sabah?

Seorang pekerja diperuntukan bilangan waktu bekerja tidak melebihi 8 jam sehari. Bagi seorang pekerja syif, bilangan waktu bekerja adalah tidak melebihi 12 jam sehari atau tidak melebihi 56 jam seminggu.

Faedah-faedah Utama

2.1 Apakah faedah-faedah utama yang diperuntukan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)?

Faedah-faedah utama yang diperuntukan ialah:

Seorang pekerja diperuntukan satu hari rehat dalam seminggu. Sekiranya dia dikehendaki bekerja oleh majikannya pada hari rehatnya, dia berhak menerima bayaran gaji atas kadar tidak kurang daripada 1.5 kadar gaji biasanya.

Seorang pekerja diperuntukan 9 hari cuti umum yang ditetapkan seperti berikut:

Sekiranya seorang pekerja dikehendaki bekerja pada mana-mana hari cuti ini, dia berhak menerima bayaran gaji atas kadar tidak kurang daripada 2 kali ganda kadar gaji biasanya.

Seorang pekerja yang dikehendaki bekerja melebihi 8 jam sehari adalah berhak menerima bayaran kerja lebih masa atas kadar tidak kurang daripada 1.5 kadar gaji biasanya.

Seorang pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 8 minggu semasa bersalin, bermula 4 minggu sebelum dan selepas bersalin. Semasa tempoh ini, dia layak menerima faedah seperti berikut:


Notis Penamatan Kerja

3.1 Berapakah tempoh notis yang dikehendaki bagi menamatkan sesuatu pekerjaan?

Tempoh notis untuk menamatkan sesuatu pekerjaan adalah bergantung kepada tempoh notis seperti terma yang telah dipersetujui dalam sesuatu perjanjian atau kontrak pekerjaan.

Jika sesuatu perjanjian atau kontrak pekerjaan tidak menyebut tempoh notis berkenaan, maka kedua belah pihak, majikan atau pekerja adalah dikehendaki memberi satu bulan notis.



Penggajian Pekerja Imigran

4.1 Apakah tanggungjawab seorang majikan yang ingin merekrut dan/atau menggaji pekerja imigran?

Seorang majikan adalah dikehendaki memohon untuk mendapat Lesen Merekrut Pekerja menurut Seksyen 46, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan/atau Lesen Menggaji Pekerja Imigran menurut Seksyen 118, Ordinan tersebut jika dia ingin merekrut dan/atau menggaji pekerja imigran.



Had Umur Bekerja

5.1 Apakah had umur untuk bekerja yang dibenarkan di bawah perundungan buruh?

Seorang majikan adalah dilarang daripada menggaji seorang pekerja kanak-kanak di bawah umur 14 tahun di dalam sektor pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perlombongan atau tempat-tempat lain seperti restoran, kedai kopi, bar, hotel atau pejabat selaras dengan Perintah di bawah Ordinan tersebut.

AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952

Insuran Pampasan Pekerja

1.1 Bolehkan seorang majikan memperolehi polisi insuran pampasan pekerja daripada mana-mana syarikat insurans?

Menurut Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans) 1998, majikan boleh memperolehi polisi insurannya daripada syarikat-syarikat yang dibenarkan seperti berikut:



AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

Tindakan Pekerja Jika Diberhentikan Kerja

1.1 Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang pekerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika dia diberhentikan kerja?

Seorang pekerja boleh memfailkan rayuan untuk pemulihan kerja jika dia menganggap dia telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil menurut peruntukan Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Rayuan tersebut hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembuangan kerjanya.

Jika dia diberhentikan kerja dengan diberi notis, rayuan tersebut boleh difailkan pada bila-bila masa dalam tempoh notis tetapi tidak lewat dari 60 hari dari tarikh tamat tempoh notis tersebut.


Cara Memfailkan Rayuan

2.1 Bagaimanakah sesuatu rayuan di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 boleh difailkan?

Sesuatu rayuan hendaklah difailkan secara bertulis dengan memberi maklumat-maklumat penting seperti berikut:


Tempat Menfailkan Rayuan

3.1 Dimanakah sesuatu rayuan pemulihan kerja itu boleh difailkan?

Sesuatu rayuan untuk pemulihan kerja boleh difailkan di Pejabat-pejabat Buruh yang terdekat dengan tempat kerja perayu di Sabah dialamat [Profil Jabatan] atau di Pejabat Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia dialamat jppm@po.jaring.my

Jika terdapat sebarang pertanyaan, cadangan dan ulasan sila hantar ke jbhipa@tm.net.my