BAHAGIAN KAWALAN

| Paspot Malaysia Antarabangsa & Dokumen PerjalananPermit Masuk Tinggal Tetap (PR ) di Sabah |

PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA ) & DOKUMEN PERJALANAN.

1.    Bagaimana hendak memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ? Apa yang perlu dibawa?

Jawapan:   Perkara -perkara penting:

1. Warganegara Malaysia (memiliki kad pengenalan biru) dengan salinan.
2. Surat Beranak dengan salinan.
3. Melengkapi Borang IM42
4. Dua keping gambar berwarna.
 

2.    Berapa Harga Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ?

Jawapan:   Bagi 32 m.s harganya RM 300
                   Bagi 64 m. s harganya RM 600
 

3.    Berapa lama pasport tersebut boleh siap ?

Jawapan:   Proses pengeluarannya mengambil masa 5(lima) hari.

 

4.     Boleh tak masukkan (gambar) anak saya ke dalam pasport (PMA) ibu atau bapa ?

Jawapan:  Tidak boleh.

 

5.    Pasport saya telah tamat tempoh 5 tahun, bolehkah saya memperbaharui sahlakunya?

Jawapan:   Tidak boleh, anda perlu menukar Pasport yang baru. Sekarang Pasport hanya berlaku untuk lima (5) tahun sahaja.

 

6.     Bolehkah anak saya ( bawah 12 tahun ) buat pasport ( PMA ) sendiri ?

Jawapan:     Boleh.

7.    Apakah perkara - perkara yang diperlukan ?

Jawapan:    a) Bawa Surat Beranak - buat salinan
                           b) Kad pengenalan ibu dan bapa disertakan (buat salinan).
                           c) Surat nikah atau surat kahwin IbuBapa diperlukan satu salinan.
                    d) Bapa mesti datang bersama sewaktu mernbuat permohonan.
 

8.    Jika Bapa tidak dapat hadir bolehkah Ibu menandatangani permohonan tersebut ?

Jawapan:    Tidak boleh, kecuali :

i. Bapa telah meninggal dunia - Sijil mati mestilah ditunjukkan dengan salinan.

ii. Jika IbuBapa bercerai ; Sijil Perceraian ( Hak penjagaan anak tersebutjatuh sepenuhnya kepada Ibu           ) mesti ditunjukkan dengan salinan.

 

9.    Bagi mereka yang kehilangan pasport (PMA), apakah yang perlu dibuat?

Jawapan:      1) Buat laporan polis
                            2) Lengkapkan Borang Soal-selidik IM42C
                            3) Lengkapkan Borang IM42 untuk memohon gantian pasport.
                            4) Bawa Kad Pengenalan dan buat salinan.
                            5) Bawa Surat Beranak dan buat salinan.
                            6) Dua (2) keping gambar wama.
 

10.     Kehilangan pasport akibat rumah terbakar, bagaimana ?

Jawapan:     Peraturan sarna (seperti kes hilang) tetapi memerlukan surat laporan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai pengesahan kejadian.

 

11.    Kalau kita tidak mahu menggunakan PMA, adakah dokumen lain untuk digunakan ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung atau sebaliknya ?

Jawapan:    Ya, Dokurnen Perjalanan Terhad.

 

12.    Berapakah harga dokamen tersebut?

Jawapan:    RM 5.00 sahaja.

 

13.    Berapa lama sahlakunya?

Jawapan:   Untuk lima (5) tahun dan ianya boleh disambung untuk lima (5) tahun lagi dengan bayaran RM 5.00.

 

14.     Bagaimanakah cara memohonnya ?

Jawapan:      Sama seperti memohon PMA.

 

15.    Adakah dokumen selain dari PMA untuk ke luar negara secara berkumpulan ?

Jawapan:    Ada, Sijil Perjalanan Kumpulan Mengganti Pasport tetapi lazimnya disebut sebagai "Pasport Kumpulan". Tetapi dokumen ini hanya sah untuk perjalanan ke negaranegara ASEAN sahaja.

 

16.     Berapakah harga dokumen tersebut ?

Jawapan:    RM200.00

 

17.     Bagaimanakah cara memohonnya ?

Jawapan:      i. Pemohon mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih dari 20 orang untuk satu (1) kumpulan.

ii. Warganegara Malay&.a ( memiliki KP biru ) dengan salinan.
iii. Melengkapkan borang IMMIOIA.
iv. Semua pemohon mesti hadir semasa membuat permohonan.
v. Bagi pemohon dibawah 18 tahun :
•    bapa mestilah hadir untuk menandatangani borang A1B1 (Keizinan Bapa) semasa membuat permohonan.
•    Salinan KP bapa.
vi. Dua (2) keping gambar berwama bagi setiap pemohon.

PERMIT MASUK TINGGAL TETAP (PR) DI SABAH.

1.    Apakah syarat-syarat untuk memohon permit masuk tinggal tetap di Sabah ?

Jawapan:    Syarat-syaratnya ialah :-

Bagi rakyat Malaysia dari Semenanjung dan Sarawak:-

  • Hendaklah mempunyai Pas Kerja di Sabah tidak kurang dari Tujuh (7) tahun.
  • Berkahwin(yangbelwnberkahwinmestilahberumur25tahunkeatas).
  • Melengkapkanborang*M4danHIF62(4keping).
  • 2 keping salinan Kad P.-ngenalan pemohon.
  • 2 keping salinan PasporL atau Dokumen Perjalanan Terhad pemohon.
  • 2 keping salinan Kad Pengenalan bagi 2 orang penganjur tempatan ( rakyat Sabah)
  • Surat dari Mahkamah Syariah ( bagi orang Islam ) A TA U
  • Surat dari Mahkamah Anak Negeri ( bagi yang bukan Islam 6 keping gambar pemolion berukuran pasport.
  • Jika pemohon sudah berkeluarga perkara-perkara berikut hendaklah disertakan :
    - 2 keping salinan Kad Pengenalan isteri dan anak-anak (jika ada)
    - 2 keping salinan sijil lahir isteri dan anak-anak (jika ada )
    - 2 keping salinan pasport atau dokumen perjalanan terhad isteri dan anak-anak.
    - 2 keping salinan sijil kahwin atau sijil nikah.
    - 2 keping gambar sekeluarga berukuran poskad.
    - 6 keping gambar isteri clan anak-anak berukuran pasport
    - 4 keping borang HIF6-2 untuk isteri
    - 4 keping borang IM4 dan HIF62 bagi anak-anak yang telah berumur 18 ke atas.

                Bagi Warganegara Asing:-

  • 10 ( sepuluh ) tahun Pas Kerja di Sabah tanpa putus.
  • Berkahwin(yang belum berkahwin tidak layak untuk memohon)
  • Semua syarat di atas kecuali surat dari Mahkamah Syariah / Mahkamah Anak Negeri.

Sumber : Jabatan Imigresen Sabah

Ke Muka Depan