BAHAGIAN UNIT PENGUATKUASA

1.   Bagaimanakah cara untuk membuat aduan kepada Jabatan Imigresen?

Jawapan:      Jabatan Imigresen Sabah boleh dihubungi melalui telefon No:
  • 088-280700
  • 088-280755
  • 088-280792
  • 088-280789
  • 088-280790

2.    Apakah kesalahan-kesalahan di bawah Akta Imigresen 59/63 dan PeraturanPeraturan Imigresen 1963?

Jawapan:

  1. Sek. 60) (C)        Masuk secara haram
  2. Sek. 150) (C)        Tinggal lebih masa
  3. Sek. 5                 Mendarat di tempat yang tidak digazette (diistiharkan)
  4. Sek. 55 A                 Membawa masuk PTI
  5. Sek. 55 B                 Mengambil pekerja tanpa pas yang sah
  6. Sek. 56(l) (d)              Melindungi
  7. Sek. 36                 Masuk kembali secara tidak sah selepas disingkir
  8. Peraturan 39(b)         Melanggar syarat Pas

3.    Apakah yang harus dilakukan jika seorang rakyat asing kehiiangan pasport semasa berada di negeri ini?

Jawapan:

i) la hendaklah melaporkan kehilangan tersebut di Balai Polis yang berdekatan dan salinan Laporan hendaklah diperolehi.

ii) Datang ke Pejabat Imigresen yang berdekatan dan membawa bersama dokumen-dokumen berikut:-

a) Salinan laporan kehilangan
b) Kad Perigenalan
C) Tiket Penerbangan
d) Photostat Pasport (jika ada)
e) 2 keping gambar berukuran (3.5cm x 5cm)

Sumber : Jabatan Imigresen Sabah

Ke Muka Depan