|
APAKAH ITU
JENAYAH PERDAGANGAN ?
Jenayah Perdagangan ialah kes-kes yang
melibatkan penipuan, Pecah Amanah Jenayah dan juga Pemalsuan. Walaupun kes-kes sebegini
tidak dapat dicegah seperti kes-kes jenayah yang lain, namun demikian orangramai perlulah
berhati-hati serta berwaspada selalu agar diri mereka tidak tertipu dan tidak diperdayakan
oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Orang-orang seperti ini selalunya membuat
perancangan yang begitu rapi dan teliti sebelum memerangkap mangsa-mangsa mereka.
Langkah-langkah
berikut hendaklah diambil perhatian bagi mengelakkan penipuan berlaku.
- Jangan mudah mempercayai pada orang-orang yang anda tidak
kenali.
- Jangan menandatangani apa-apa surat perjanjian/dokumen
sebelum anda membaca serta memahami isi kandungan surat tersebut sepenuhnya.
- Sekiranya anda dikunjungi oleh ejen-ejen sebarang syarikat
untuk menjual barangan mereka pastiakan syarikat-syarikat tersebut benar wujud dan tulin
dan juga jurujual (salesman) tersebut mewakili syarikat berkenaan.
- Jangan terpedaya dengan mana-mana pihak untuk melaburkan
wang tunai yang mana menjanjikan keuntungan yang lumayan dalam masa yang singkat tanpa
menyelidikinya terlebih dahulu.
- Segala urusan pembelian atau penjualan harta benda (tanah,
rumah dll) elakan melaui orang tengah. Segala proses hendaklah dilakukan melalui Syarikat
Guaman.
- Jika ada orang-orang yang datang untuk memperbaiki sesuatu
kerosakan dirumah, tentukan mereka mengenalkan diri dan mempunyai Kad Pengenalan diri. Ini
untuk mengelakkan dari mereka menyamar diri.
- Tentukan wang kertas yang anda terima (terutamanya wang
kertas RM50/- dan RM100/-) adalah tulin. Ciri-ciri umum yang perlu diperhatikan adalah
tanda bayang, tanda pandang telus, imej pendam, percetakan huruf timbul, cetakan bercahaya
tersembunyi dan juga potret wang kertas tersebut. Jika was-was semak dengan bank-bank
berdekatan.
-Ke Muka Depan-
| |
|