APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENGAWASAN KESELAMATAN YANG PERLU DILAKUKAN TERHADAP ANAK-ANAK ?

Serentak dengan perkembangan dunia yang semakin rumit dan banddaraya-bandaraya bertambah sesak, peranan yang biasa dimainkan oleh si ibu juga turut berubah. Memandangkan semakin ramai kaum ibu bekerja di luar dan dengan kedudukan keluarga moden yang bukan lagi merupakan unit-unit yang besar, kanak-kanak kadangkalanya diabaikan.

Menyemai sifat atau fikiran bebas di kalangan kanak-kanak adalah satu perkara baik. Tetapi tidak kurang pentingnya juga, ialah mengajar mereka cara melindungi diri mereka jika anda tidak ada di samping mereka.

Peraturan-peraturan utama ke arah menjamin keselamatan anak-anak di rumah, di jalan raya dan di sekolah.

 

  1. Galakan anak anda berbincang dengan anda.
  2. Galakkan perhubungan secara bebas antara anda dan anak anda, kerana ini bermakna anda berkemungkinan menceritakan kepada anda sebarang pengalaman yang menakutkan di sekolah atau diluar pengetahuan anda.

  3. Latih anak anda untuk berkata Tidak Boleh
  4. Beritahu anak anda bahawa menyebut Tidak Boleh terhadap orang yang lebih tua daripada mereka dan juga kepada orang yang tidak dikenali adalah dibenarkan dalam keadaan kanak-kanak itu yakin dia diminta melakukan sesuatu yang " buruk". Antara contoh buruk ialah apabila seorang dewasa mahu membawa kanak-kanak itu ke suatu tempat tanpa kebenaran Emak atau Ayah, atau melakukan sesuatu dan meminta kanak-kanak supaya jangan memberitahu perkara itu kepada Emak atau Ayah.

  5. Nasihatkan anak anda supaya tidak bercakap-cakap dengan orang yang tidak dikenali.
  6. Beritahu anak anda orang yang tidak dikenali yang menawarkan gula-gula, sedia membawanya pulang atau bertanyakan tentang Emak atau Ayah mereka, kadangkalanya merupakan orang "tidak baik" yang mahu mencederakan kanak-kanak atau sesiapa saja yang mereka sayangi. Beritahu kanak-kanak supaya menyebut "Tidak Boleh", terima kasih sja" dan jika orang dewasa itu menambahkan kata "saya akan beritahu Emak saya" atau " Saya perlu meminta izin Emak saya dahulu".

  7. Latih anak dan cara menggunakan telefon.
  8. Anak anda harus diajar cara dan bila telefon hendak digunakan, jika berlaku kecemasan. Tinggalkan nombor telefon pejabat, nombor telefon jiran dan nombor-nombor lain yang difikirkan perlu agar dapat menghubungi anda jika anda tidak ada di rumah. Anak anda perlu juga diajar bagaimana melayani panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali sekiranya anda tidak ada di rumah. Beritahu anak anda supaya jangan memberi sebarang maklumat tentang pergerakan-pergerakan anggota-anggota keluarga. Tuliskan pesanan dan nombor telefon bagi membolehkan anda menjawab panggilan itu.

  9. Beritahu anak anda supaya jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali
  10. Apabila seseorang yang tidak dikenali datang ke pintu pagar atau pintu rumah, beritahu anak anda tentang bahayanya untuk terus membuka pintu. Beritahu anak anda supaya jangan sekali-kali membuka kunci pintu biar apapun alasannya jika anda tidak ada di rumah, dan jika anda ada, kanak-kanak itu perlu memberitahu anda sebelum membuka pintu.

  11. Tunjukkan kepada anak anda cara-cara yang selamat semasa di luar.
  12. Dia harus diberitahu tentang bahaya yang sentiasa wujud di jalanraya, di padang permainan dan perkarangan sekolah. Tunjukkan kepada anak cara yang selamat menyeberang jalan, tempat yang selamat untuk berbasikal, bagaimana untuk menghadapi mereka yang gemar menakut-menakutkan orang lain, bagaimana mereka harus berhati-hati di luar rumah.

  13. Tunjukkan kepada anak anda cara-cara yang selamat di rumah.

Apabila anak anada ditinggalkan berseorangan bersama penjaganya, ajarkan anak anda melindungi dirinya daripada perlakuan yang salah atau kasar. Perhatikan sebarang perubahan pada tingkah-laku anda. Ia mungkin meunjukkan sesuatu yang tidak kena di rumah anda.

 

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAK DARIPADA ANAK-ANAK ANDA LARI DARI RUMAH ?

 

  1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka.
  2. Ibubapa/penjaga bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentriasa harmoni dan aman damai serta mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak.
  3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani.
  4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anak-anak dan suami dengan isteri.
  5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak.
  6. Seboleh-bolehnya luangkan masa bersama-sama anak-anak di rumah atau di tempat yang difikirkan tenang bagi membolehkan menyelami isi hati anak-anak.
  7. Tunjukan sikap/contoh teladan yang baik boleh dicontohi oleh anak-anak.

 

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA

 

  1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman yang rapat dengannya.
  2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin samada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya.
  3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.
  4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.

 

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR-PELAJAR TERJERUMUS DALAM GANGSTERISM.

  1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya yang telah terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
  2. Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem).
  3. Direkrut secara paksaan oleh ahli-ahli kongsi gelap.
  4. Mereka yang kurang mendapat perhatian dan kawalan ahli-ahli keluarga.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN.

  1. semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah-sekolah – pelajar, ibubapa, penjaga, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
  2. Orangramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglinbatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
  3. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarganya terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
  4. Mengalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada Polis.
  5. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau Polis daslam menanagani kgaiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
  6. Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang tingkah-lakunya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
  7. Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan, sktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

 

-Ke Muka Depan-