|
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN DIJALAN RAYA

- Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah
- Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada
- Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan
ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan
jalan)
- Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan
kaki
- Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan
pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu
- Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari
- Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan
menyerong
- Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang
sedang berhenti, pandangan akan terlindung.
TATATERTIB
SEMASA MENAIKI BAS
- Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
- Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau
turun.
- Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
- Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
- Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan,
biarkan bas berjalan baru melintas.
- Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.
KAEDAH-KAEDAH
YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL
- Tnetukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya
brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
- Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
- Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti
tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat
isyarat awal-awal lagi.
- Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang
dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
- Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan,
lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu
lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
- Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya
licin.
- Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang
"Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
- Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal
lain.
- Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
- Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki
bukit atau berbelok dengan mengejut.
- Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda
(Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat
pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
- Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi
penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu
bila lalu dekatnya.
- Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada
lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
- Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah
jalan itu
PANDUAN KETIKA
MENYELEKOH DISIMPANG
- Biasakan menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan
bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri,
kemudian kekanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat
demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
- Mesti berhenti dipersimpangan yang ada tanda
"Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum
meneruskan perjalanan.
- Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan
terus berjalan sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
- Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu
tunggu lampu hijau sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu
lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat
demikian.
- Apabila sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu
lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan
sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
- Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi
sebelah kiri jalan dimana kamu hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki
itu (elakan dari memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
- Bila hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang
kamu sedang berada itu atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk
lalulintas yang hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan
apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
- Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris
semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.
PANDUAN KETIKA
ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN
- Jangan sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang
(blind corners), atau dipuncak bukit.
- Memotong hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
- Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih
ditengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
- Berilah isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan
bunyikan"horn" untuk memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik
dengan segera.
PANDUAN KEPADA
PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Sebagai pengguna jalanraya, khasnya
pemandu-pemandu, anda mestilah:-
- Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
- Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
- Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas
dijalanraya
- Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau
letih.
- Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah
sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
- Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu
"free gear".
- Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
- Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau
atau berbual-bual semasa memandu.
- Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan
disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan
dan haluan.
- Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya
yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi
tindakan liar.
- Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada
pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan
pelanggaran.
- Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan
pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
- Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan
memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
- Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal
selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"
APA YANG HARUS ANDA
BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?
Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta
ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke
Hospital.
Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan
lalulintas.
Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang
berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda
dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti
lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek.
52(4)(a), (b) & (c) RTA
Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah
mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa
bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut.
Sek. 52 (3) RTA.
-Ke Muka Depan-
| |
|