|
ADAKAH ANDA
TAHU TENTANG KEGIATAN JENAYAH KONGSI GELAP ?
- Melakukan jenayah kekerasan seperti mendatangkan cedera
kepada pemuda-pemuda yang enggan menjadi ahli kumpulan mereka.
- Mengutip wang daripada ahli-ahli baru
- Memaksa wang perlindungan dari peniaga tempatan.
- Memaksa wang perlindungan daripada peniaga atau jurujual
yang datang dari luar.
- Memaksa wang perlindungan dari tempat-tempat perjudian,
pelacuran dan hiburan.
- Memukul atau merosakkan harta orang yang enggan menurut
kemahuan mereka.
- Bergaduh antara satu kumpulan dengan yang lain untuk
menguasai kawasan yang sama.
- Melakukan perasugut keatas orang kaya dan ahli perniagaan.
- Membuat dan menyimpan senjata-senjata merbahaya untuk
melakukan jenayah kekerasan.
- Mengambil upah mengutip hutang secara paksa dan kekerasan.
HUKUMAN
Jika seseorang terlibat didalam aktiviti
kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:-
DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69
Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh
ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum
oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak,
Pulau Pinang selama 2 tahun
Atau
Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh
diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama
2 tahun.
NASIHAT
Jika anak-anak anda terlibat dalam
aktiviti-aktiviti kongsi gelap, badan-badan pertubuhan haram, sebarang kegiatan jenayah,
maka anak anda boleh ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Jika sabit kesalahannya keputusan
akan dicatit di dalam rekod Pendaftaran Penjenayah terhadap anak anda seumur hidupnya. Ini
akan menyusahkan anak anda untuk mendapatkan sebarang pekerjaan atau kemudahan yang
diberikan kepada rakyat yang jujur dan setia.
LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN YANG PERLU ANDA INGATKAN:-
Menentukan atau menggalakkan anak-anak anda melibatkan diri
dalam ajaran-ajaran Agama
Menggalakkan anak-anak anda menceburi dalam
aktiviti-aktiviti, ko-kurikulum disekolah-sekolah selain daripada pelajaran sekolah biasa.
Menceburkan diri dalam bidang-bidang sukan
Jangan memberi wang berlebihan kepada anak-anak anda.
Jangan membiarkan anak-anak anda balik kerumah sehingga jauh
malam
Mengawasi anak-anak anda tentang perubahan, perangan dan
kelakuan mereka.
Mengambil berat antara pergaulan dan sahabat-sahabat mereka.
Ini adalah bertujuan untuk menentukan mereka-mereka ini bukanlah orang-orang yang jahat.
Melarang anak-anak anda daripada berkunjung ke tempat-tempat
yang boleh membazirkan masa seperti tempat hiburan, disko, pusat snooker dan lain-lain.
Membuat lawatan mengejut ke tempat-tempat yang anak anda
selalu pergi samada betul atau tidak.
Menjauhkan anak-anak anda daripada tempat-tempat perjudian,
maksiat, sarang-sarang kongsi gelap dan tempat-tempat ahloi kongsi gelap selalu berkumpul.
-Ke Muka Depan-
| |
|